Nuffnang

Sabtu, 14 April 2012

kumpulan Sofaz - Google Blog Search

kumpulan Sofaz - Google Blog Search


BLOG-BLOG HIBURAN: <b>kumpulan Sofaz</b> - Google Blog Search

Posted: 13 Apr 2012 01:41 AM PDT


BLOG-BLOG HIBURAN: <b>kumpulan Sofaz</b> - Google Blog Search

Posted: 18 Jan 2012 12:00 AM PST


Pencinta Terbaik Milik <b>Sofaz</b> | buahmulut.com

Posted: 18 Jan 2012 12:51 AM PST

Tanggal 13 Januari telah berlangsungnya pengambaran muzik video "Pencinta Terbaik" nyanyian kumpulan SOFAZR dan penggambaran tersebut telah pun dijalankan di Studio B KRU Studios, Cyberjaya. Lagu yang dicipta sepenuhnya komposer Edry Abdul Halim ini juga adalah merupakan lagu tema kepada filem ke-10 terbitan KRU Studios iaitu "Cinta Kura-kura". "Cinta Kura-kura" merupakan filem fantasi komedi yang menampilkan watak animasi 3D seperti peneraju Smurf dan Garfield yang akan berada dipawagam pada 1 March 2012.


Bujang Telajak

CST Production tampil sebagai salah sebuah produksi tempatan yang telah diberikan kerpecayaan sepenuhnya oleh KRU Studios untuk melaksanakan kerja-kerja pengambaran muzik video tersebut. Muzik video yang berada di bawah arahan Al Fahim Mokhtar ini diberi sentuhan elemen-elemen keceriaan warna. Ini adalah bertujuan untuk memastikan konsep muzik video ini selari dengan elemen lakaran kertas yang terdapat di dalam filem fantasi komedi tersebut.


Bujang Telajak

KRU Studios sudah lama mengikuti perkembangan SOFAZR dan gembira dapat bekerjasama melalui lagu "Pencinta Terbaik". Lagu ini sememangnya memerlukan sentuhan live band dan SOFAZR bukan sahaja dilihat sebagai pilihan yang tepat, malah mampu membawa lagu ini dengan baik. "Lagu tema dan MTV untuk filem bukan sesuatu yang baru buat kami, tetapi sudah menjadi tradisi KRU merangkul banyak kejayaan melalui lagu tema dan antaranya seperti 'Sedetik Lebih' (Hikayat Merong Mahawangsa), 'Penyembuh Rindu' (Magika) dan banyak lagi" kata Norman, Presiden Eksekutif KRU Studios.

SOFAZR berasa berbesar hati kerana mendapat kepercayaan sepenuhnya Edry dan terpilih sebagai penyanyi yang menyanyikan lagu "Pencinta Terbaik". "Pada awalnya, kami hanya diberikan sebuah demo untuk diperdengarkan. Selepas mendengar demo tersebut, kami sepakat dan membuat keputusan untuk memberikan kerjasama sepenuhnya kepada KRU Studios memandangkan sebelum ini kami belum pernah bekerjasama dengan Edry dan peluang yang muncul sekarang harus digunakan sebaiknya" kata Zimi anggota kumpulan SOFAZR. "Edry seorang komposer yang mempunyai kreativiti tersendiri, memahami tahap dan keperluan seorang artis di dalam berkarya. Kami juga yakin lagu yang sudah pun mula dimainkan dibeberapa corong radio tempatan ini mampu menarik minat ramai terutamanya golongan remaja" tambahnya lagi.

Penggambaran yang mengambil masa lapan jam ini akan melalui proses suntingan terlebih dahulu. Muzik video ini dijadualkan siap sepenuhnya dan akan dipertontonkan kepada umum pada awal bulan Febuari sempena promosi filem "Cinta Kura-kura".


Bujang Telajak

Bujang Telajak

Bujang Telajak

Bujang Telajak

Random Posts

Tiada ulasan:

Catat Ulasan