Erra Fazira - Google Blog Search |
- Rumah <b>Erra Fazira</b> Dipecah Masuk | OHBULAN!
- <b>Erra Fazira</b> Trauma Pencuri Masuk Rumah | Berita Hiburan & Gosip <b>...</b>
- Isteri Izin Awie Bergandingan Dengan <b>Erra Fazira</b> | Berita Hiburan <b>...</b>
Rumah <b>Erra Fazira</b> Dipecah Masuk | OHBULAN! Posted: 01 Apr 2013 06:12 PM PDT Semalam kita dikejutkan dengan berita cermin kereta Yasmin Hani dipecah dibahagian tempat duduk penumpang ketika berhenti di simpang jalan. Hari ini Harian Metro pula melaporkan bahawa rumah Erra Fazira dipecah masuk oleh dua orang lelaki yang dipercayai mahu mencuri keretanya. Kejadian ini berlaku sekitar tengahari semalam apabila Erra dihubungi oleh jirannya yang memberitahu rumahnya telah dipecah masuk. "Saya dan anak (Engku Aleesya) bersama pembantu rumah tiada di rumah kerana menghantar anak ke sekolah yang baru dibuka semalam selepas cuti seminggu. Kami keluar dari rumah pada jam 1 tengah hari, bagaimanapun 45 minit kemudian, saya dihubungi jiran memberitahu rumah saya dipecah masuk. "Saya terkejut dan lantas berpatah balik ke rumah. Namun ketika itu pencuri terbabit sudah melarikan diri, tetapi menurut jiran saya, kebetulan ketika itu ada sebuah kereta peronda yang melalui kawasan berkenaan. Peronda mengejar pencuri yang juga memandu kereta sehingga melanggar beberapa kereta yang diletakkan di hadapan rumah di kejiranan itu." |
<b>Erra Fazira</b> Trauma Pencuri Masuk Rumah | Berita Hiburan & Gosip <b>...</b> Posted: 01 Apr 2013 06:47 PM PDT Pelakon dan penyanyi cantik jelita, Erra Fazira berada dalam keadaan trauma apabila dua lelaki yang tidak dikenali masuk ke halaman rumahnya untuk mencuri keretanya semalam. Erra ketika itu keluar untuk menghantar anaknya, Engku Eleesya ke sekolah selepas bercuti selama seminggu namun setelah 45minit dia dihubungi oleh jiran bahawa rumahnya dimasuki pencuri.
Setelah mendapat panggilan tersebut, Erra terus bergegas pulang ke rumah namun didapati pencuri itu telah melarikan diri dan sempat dikejar oleh peronda yang merondo pada ketika itu.
Pengalaman ngeri ini, membuatkan Erra sangat trauma malah membuatnya berfikir untuk berpindah ke rumah lain. Erra telah pun membuat laporan polis di Balai Polis Damansara, malam tadi. OHARTIS: SABAR ERRA, SEMOGA TERUS BERHATI-HATI KERANA PENCURI ADA DIMANA-MANA. |
Isteri Izin Awie Bergandingan Dengan <b>Erra Fazira</b> | Berita Hiburan <b>...</b> Posted: 11 Mar 2013 10:30 PM PDT Siapa tak kenal dua bintang popular Malaysia, nama besar Erra Fazira dan Awie begitu gah dalam industri seni tanah air. Mereka berdua pernah menjadi lagenda yang hebat menerusi filem "Sembilu" arahan Dato' Yusof Haslam dan pernah juga juga mengikat tali pertunangan pada tahun 1997. Namun, Allah Maha mengetahui impian untuk bersatu putus ditengah jalan apabila kedua-dua artis ini memutuskan pertunangan yang dibina mereka. Setelah itu masing-masing membawa haluan sendiri demi meneruskan perjuangan dalam industri seni sampailah tahun 2008 mereka digandingkan bersama dalam filem Cuci. Kini, sekali lagi mereka bakal digandingan dalam rancangan yang dihostkan oleh Awie sendiri iaitu Tunggu Sekejap di TV3. Dalam rancangan itu, Erra dijemput sebagai artis jemputan dan untuk tidak mengundang salah faham Awie memberitahu perkara tersebut kepada isterinya.
Menurut Awie dia sebenarnya tidak ingin isu dia bergandingan dengan Erra diperbesarkan kerana mereka bersifat professional. Tambahnya lagi, dia juga turut merancang untuk mengambil Erra sebagai pelakon utama dalam filem yang bakal diterbitkan di bawah syarikat miliknya iaitu Awie Entertainment tidak lama lagi selain bakal menganjurkan sebuah konsert trio bergandingan Awie, Ziana Zain dan Erra Fazira yang akan berlangsung tahun ini. OH!ARTIS : INDUSTRI SENI DI MALAYSIA KECIK JER, LAMA-LAMA JUMPA JUGAK. |
You are subscribed to email updates from Erra Fazira - Google Blog Search To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan