Fizo Omar - Google Blog Search |
- (15 GAMBAR)<b>Fizo Omar</b> Bercuti Di Beijing, Kini Sudah Ada Kekasih |
- Pilihan Anda: Cabuli pelakon wanita, Nama <b>Fizo Omar</b> dan Fauzi <b>...</b>
- <b>Fizo Omar</b> Tidak Beri Keutamaan Soal Cinta
(15 GAMBAR)<b>Fizo Omar</b> Bercuti Di Beijing, Kini Sudah Ada Kekasih | Posted: 09 Feb 2013 06:29 PM PST Abang Nara respek Fizo Omar kerana mempunyai wawasan di dalam hidupnya. Fizo sedar yang kerjaya pelakon tidak akan menjamin masa depan. Maka Fizo tampil dengan francais Hot Burger yang kini sedang hangat di pasaran. Memang satu langkah yang bijak. Berita kurang baik kepada gadis-gadis yang ingin memikat hati Fizo Omar. Hati Fizo sudah pun dimiliki oleh gadis di dalam gambar di atas. Gadis tersebut berasal dari Kedah. Sekali pandang, memang ada iras wajah mereka. Semoga perhubungan ini akan berterusan ke jinjang pelamin. Baru-baru ini juga Fizo telah bercuti ke Beijing. Nampak meriah sungguh gambar-gambar yang telah dikongsikannya menerusi Instagram. Lagi 13 keping gambar Fizo Omar dengan membaca entri ini sepenuhnya. Baca Yang Ini Pulak:- |
Pilihan Anda: Cabuli pelakon wanita, Nama <b>Fizo Omar</b> dan Fauzi <b>...</b> Posted: 09 Mar 2013 08:01 PM PST Ahad, Mac 10, 2013 | Posted by Desperado Susulan dari laporan seorang pelakon wanita, Carmen Chew Richy yang mendakwa dirinya dicabul, diraba dan diajak ke ranjang oleh seorang pengarah, dua orang 'hero Malaya' pula dikaitkan dengan kes tersebut. Baca juga: 'Saya di ajak ke ranjang, diraba dan dipukul' Namun begitu mereka berdua menafikan tuduhan tersebut dan menegaskan ianya tiada kaitan langsung dengan kehidupan mereka. Melalui Metro Ahad hari ini, Fizo berkata: "Kenapa perlu babitkan saya dalam hal ini, sedangkan saya langsung tidak ada kena mengena. Tuduhan itu boleh menjejaskan nama baik saya."Fizo juga mendakwa beliau tidak mengenali pengarah yang dimaksudkan oleh Carmen. Fauzi Nawawi pula berkata: "Tidak perlu 'memetik' dan mengaitkan saya salam perkara ini, tambahan pula saya tak pernah berjumpa kedua-dua mereka. Ini hanya fitnah dan tuduhan melulu," katanya. Fauzi menyifatkan tindakan pengarah terbabit seperti 'menjolok sarang tebuan'. PERINGATAN: Pilihan Anda tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri. Post Berkaitan : HIBURAN, TERKINI Posted by Desperado on Ahad, Mac 10, 2013. Filed under HIBURAN, TERKINI . © 2008 - 2012 Desperado, Hakcipta Terpelihara. Pilihan Anda tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri. |
<b>Fizo Omar</b> Tidak Beri Keutamaan Soal Cinta Posted: 09 Apr 2013 08:53 PM PDT PETALING JAYA – Pelakon Fizo Omar menjelaskan dunia percintaan bukanlah keutamaannya buat masa ini walaupun dia pernah mengaku sedang menjalinkan hubungan dengan seorang gadis dikenali sebagai Haas Jaafar. Fizo, 28, berkata, dia tidak mahu cerita peribadinya terlalu digembar-gemburkan kerana ingin memberikan tumpuan kepada kerjaya lakonan dan perniagaan burger yang sedang diusahakannya. "Bukan kata cinta itu tidak penting kerana ia adalah lumrah dalam kehidupan seseorang manusia tetapi saya memilih untuk tidak memberi keutamaan kepada perkara itu buat masa ini kerana mahu tumpukan perhatian kepada kerjaya dan perniagaan," ujarnya kepada mStar Online. Bagaimanapun kata Fizo, hubungannya dengan kekasih berjalan dengan baik dan mereka masih dalam peringkat mengenal hati budi masing-masing. "Semuanya dalam keadaan baik tetapi kita tidak dapat meramalkan apa yang akan terjadi pada masa hadapan. "Saya menolak untuk terlalu bercakap soal cinta kerana banyak hati yang perlu saya jaga terutama keluarga," katanya. Dalam pada itu, Fizo berkata, dia juga bimbang apabila kisah cinta yang terlalu diberi perhatian akan merosakkan kariernya sebagai anak seni. "Saya tiada masalah jika pihak media sering bertanyakan mengenai kisah peribadi dan percintaan tetapi saya kalau boleh tidak mahu ia terlalu diberikan penekanan. "Saya mahu dikenali dan berjaya dalam industri ini bukan kerana cerita peribadi tetapi mutu lakonan," jelasnya. Dalam perkembangan lain, Fizo memberitahu, perniagaannya iaitu Hot Burger semakin maju dan dia bakal membuka sebanyak 30 cawangan di Johor dalam masa terdekat. "Buat permulaan saya mulakan di Johor terlebih dahulu dan Insya-Allah saya akan meneruskan di negeri-negeri lain pada masa hadapan," jelasnya. Setakat ini, Fizo telah berjaya membantu golongan belia yang berminat dengan perniagaan itu dengan memberikan mereka gerai serta keperluan memasak selain latihan pengendalian sebagai persediaan. Setakat ini Hot Burger mempunyai lebih 30 cawangan di sekitar Lembah Klang. - mStar Online Iklan Teks:PERINGATAN: Mynewshub tidak bertanggungjawab terhadap komen yang diutarakan dalam laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri |
You are subscribed to email updates from Fizo Omar - Google Blog Search To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan