Nuffnang

Jumaat, 12 April 2013

Zizan Razak - Google Blog Search

Zizan Razak - Google Blog Search


<b>Zizan Razak</b> ingin akhiri zaman solo tahun depan – Perak Today

Posted: 18 Mar 2013 07:31 AM PDT

Pelawak dan pengacara popular, Zizan Razak meletakkan sasaran untuk mengakhiri zaman bujangnya tahun hadapan apabila usianya menjangkau 30 tahun.

Dipetik dari laporan Kosmo!, Zizan yang bakal mencecah usia 29 tahun pada 15 April akan datang berkata, dia ada terfikir tentang mendirikan rumah tangga, tetapi lebih selesa memberi tumpuan sepenuh masa terhadap kerjaya.

"Secara terus-terang, saya mahu berkahwin pada tahun hadapan apabila usia saya menjangkau 30 tahun. Walaubagaimanapun, sehingga kini saya masih belum bertemu gadis yang sesuai untuk dijadikan teman hidup saya.

"Saya tidak kisah sangat tentang paras rupa kerana kriteria yang paling penting adalah keserasian. Selain itu, gadis tersebut perlulah menghormati keluarga dan memahami kerjaya saya," jelas pemilik nama sebenar Mohd Razizan Abdul Razak ini.

Sebelum ini, Zizan pernah dikhabarkan mempunyai hubungan istimewa dengan aktres gandingannya dalam filem "Hantu Bonceng" dan "Mael Lambong", Juliana Evans.

Sementara itu, selain sibuk dengan kerjaya mengacara program hiburan popular "Melodi", jejaka kelahiran Dungun, Terengganu ini bakal muncul dalam filem aksi komedi arahan Helmi Yusof, "Bikers Kental yang akan ditayangkan di pawagam bermula 23 Mei akan datang.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan