Nuffnang

Jumaat, 12 April 2013

Fida Ibrahim - Google Blog Search

Fida Ibrahim - Google Blog Search


Gambar <b>Fida Ibrahim</b> Dan Didie Alias Di ABPBH 2013 | melvister.com

Posted: 09 Apr 2013 01:55 AM PDT

Gambar pakaian Fida Ibrahim dan Didie Alias di ABPBH 2012 pada 7 April 2013. Pada pandangan kami, dua artis ini adalah merupakan artis yang berfesyen paling unik dalam majlis anugerah tersebut. Didie Alias patut digelar sebagai Lady Gaga Malaysia kerana pakaian yang pelik manakala Fida pula berpakaian seolah-olah puteri duyung. Apapun, cubaan yang sangat berani buat artis ini kerana memperagakan fesyen yang baru dan unik.

Gambar Pakaian Pelik Didie Alias

didie alias

Gambar Fida Ibrahim dengan pakaian ala ikan duyung

Gfida

Lelaki kelakar terapi <b>Fida Ibrahim</b> – Perak Today

Posted: 15 Mar 2013 02:35 AM PDT

Walaupun dikenali dengan imej bertudung dan berperwatakan lemah lembut, namun selebriti cantik, Fida Ibrahim tidak terlepas dari diduga dengan pelbagai kontroversi.

Sedia maklum mengenai hubungannya bersama pelawak, Mamat Sepah, yang sudah berakhir, namun Fida atau nama sebenarnya, Rafidah Ibrahim, 26, tidak mengunci pintu hatinya untuk lelaki lain.

Pun begitu, pilihan Fida masih lagi mengutamakan lelaki dari kalangan pelawak dengan memilih pelakon komedi, Zalif Sidek, sebagai pengganti.

Akui Fida, dia lebih menyenangi lelaki berperwatakan kelakar dan periang. Malah, mengenali lelaki dalam kalangan itu mampu memberi terapi dalam kehidupannya.

"Memang saya mudah tertarik dengan lelaki yang suka berlawak jenaka dan periang. Jenaka mereka mampu membuatkan saya lupa akan masalah yang ada.

"Secara tidak langsung, ia boleh menjadi terapi untuk saya dalam melupakan seketika segala masalah.

"Lagipun, saya lebih selesa berkawan dengan orang kelakar yang boleh buat saya ketawa. Namun, persamaan antara Mamat dan Zalif, hanyalah kebetulan," katanya yang baru sahaja menganjurkan majlis doa selamat untuk wira negara yang terkorban di Lahad Datu, baru-baru ini.

Dimaki kerana Zalif

Tidak berselindung mengenai hubungan cintanya yang baru berputik bersama Zalif, baru-baru ini, Fida akui keterbukaan itu nyata membawa lebih kekusutan.

Sejak hubungan mesra itu diketahui umum, Fida dikatakan telah diganggu wanita yang mengaku dirinya sebagai kekasih Zalif.

Bukan itu sahaja, malah Fida turut diganggu dan dihambur kata-kata kesat serta maki-hamun berikutan hubungan baru terjalin itu.

"Ia memberi pengajaran buat saya supaya berhati-hati dalam perhubungan. Walaupun saya tidak pasti siapa wanita itu, namun cukuplah setakat ini.

"Malah, sejak peristiwa itu, saya lebih selesa menganggap Zalif sebagai kawan biasa sahaja. Masa majlis doa selamat yang saya anjurkan baru-baru ini, Zalif turut menghadirinya.

"Tiada yang istimewa antara kami lagi dan saya tidak terikat dengan mana-mana lelaki buat masa ini" kata pelakon drama bersiri Kasih Alia ini.

Fokus nyanyian

Sejak tampil menerusi lagu duet, Apo Kono Eh Jang bersama, Datuk AC Mizal dan Stellar Band, nama Fida semakin mendapat perhatian.

Malah, populariti lagu yang pernah dipopularkan oleh Ally Nor dan Mastura itu turut membuka pelaung rezeki buat Fida dalam bidang nyanyian.

Terbaru, Fida akan berkolaborasi bersama Datuk AC Mizal dan Qalam Band menerusi lagu dialek Perak, Wan Lebor.

Selain itu, dua lagi single Fida bersama Qalam Band dan Edri Hashim bakal menyusul tidak lama lagi.

"Alhamdulillah, atas rezeki dari-Nya. Insya-ALLAH, kemungkinan dalam bulan Ogos atau selepas raya, saya akan tampil dengan album baru. Kini, saya dalam proses untuk mengeluarkan single dan mengumpul material.

"Buat masa ini, saya menolak tawaran lakonan seketika untuk memberi keutamaan kepada nyanyian dan perniagaan minuman kesihatan, misai kucing.

"Selain itu, saya juga terlibat dalam beberapa persembahan dan program belia. Mungkin selepas segalanya selesai, barulah saya mula berlakon balik," katanya mengakhiri perbualan.

- SINAR HARIAN

<b>Fida Ibrahim</b> Hiasi Majalah Remaja

Posted: 01 Mar 2013 12:00 AM PST

Pada: Rabu, 27 Februari 2013 Majalah Remaja edisi terbaru ini 1 Mac menampilkan Fida Ibrahim sebagai penghias muka hadapan majalah mereka. Memang kelihatan cantik dan anggun sekali Fida.

Namun malangnya, muka hadapan ditutupi separuh mukanya. Mungkin di dalam majalah ini terdapat full muka Fida Ibrahim. Apa tunggu lagi dapatkan di pasaran segera. -gambar Facebook Remaja


Tag: , , , , ,

Komen yang betul-betul negative/promosi dan seumpamanya akan dibanned terus untuk berkomen di sini. terima kasih

Tiada ulasan:

Catat Ulasan