Nuffnang

Jumaat, 12 April 2013

Gambit Saifullah - Google Blog Search

Gambit Saifullah - Google Blog Search


<b>Gambit Saifullah</b> Makin Dibenci Kerana Fear Factor Malaysia |

Posted: 23 Feb 2013 10:11 PM PST


Pasti ramai yang menarik nafas lega apabila Gambit diumumkan tersingkir daripada Fear Factor Malaysia semalam. Daripada apa yang Abang Nara baca, ramai betul  membenci perwatakan yang ditunjukkan oleh Gambit di dalam rancangan tersebut. Jahat sangat katanya!!!

gambit fear factor malaysiaBercakap kepada Kosmo hari ini, Gambit menyatakan teknik suntingan yang digunakan menyebabkan dirinya nampak jahat dan menjadi watak antagonis di dalam Fear Factor Malaysia. Kata Gambit:-

Mungkin juga khalayak terbawa-bawa dengan cerita lama saya yang mengatakan saya poyo dan sombong. Ini lebih menokok tambah rasa benci penonton. Bagus juga untuk permainan Fear Factor. Cara suntingan itu menampakkan saya jahat. Tetapi penonton kena bijak mentafsir.

gambit fear factor malaysia

Bagi Abang Nara, memang setiap rancangan realiti kena ada watak jahat. Kalau dulu di rancangan Masterchef Selebriti, Azwan Ali menjadi penyeri dengan celotehnya yang over. Kalau tak ada orang macam Gambit dan Azwan Ali, pasti bosan rancangan tersebut. Apa pula kata anda?

P.S: Katak paling comel di dunia

Baca Yang Ini Pulak:-


<b>Gambit Saifullah</b> Tersingkir Fear Factor Selebriti Malaysia | Bro <b>...</b>

Posted: 23 Feb 2013 06:18 AM PST

Gambit tersingkir fear factor selebriti MalaysiaAkhirnya

Gambit Saifullah tersingkir dari rancangan Fear Factor Selebriti Malaysia.

Lepas ini baru dapat menonton Fear Factor Selebriti Malaysia dengan hati yang tenang tanpa dengar bebelan dari isteri.

Disebabkan bebelan ini,

Bro rasa nak tutup tv atau tukar channel lain asalkan tak tengok Fear Factor Selebriti Malaysia.

Good luck pada peserta yang masih lagi bertahan dalam rancangan ini.

Kumpulan Gambit tersingkir selepas undian seri bagi 3 kumpulan terendah.

Maka penyingkiran diambil dari keputusan pusingan pertama dimana kumpulan Gambit yang menamatkan cabaran dengan masa terbanyak.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

<b>Gambit Saifullah</b> Dicemuh Peminat, Bersifat Antagonis Fear Factor <b>...</b>

Posted: 23 Feb 2013 11:00 AM PST

Gambit Saifullah Fear Factor

Dalam satu kaji selidik di sebuah laman internet mendapati 35 peratus daripada 587 pengundi mendakwa mereka benci menonton lakonan Gambit Saifullah. Semua rasa dan komen ini terhambat keluar selepas mereka menonton program realiti keluaran Astro, Fear Factor Selebriti Malaysia yang sedang rancak ke udara kini.

Gambit dan pasangannya Alif Hadi menjadi pasukan yang paling mahu disingkirkan oleh pesaing yang masih tinggal. Bersikap kompetitif dan menjalankan strategi provokasi jelas membuatkan pasangan ini mendapat perhatian positif paling sikit daripada khalayak.

Lebih-lebih lagi Gambit yang dilihat sebagai antagonis dalam Fear Factor ini. Memburukkan keadaan apabila pergaduhan antara Gambit dan Farish turut membuah kebencian dalam hati penonton.

Gambit sedar akan hal itu. Dia tahu dia sedang berkarakter antagonis di mata khalayak. Namun dia mengakui bahawa tidak bermasalah dengan mana-mana peserta program tersebut malah persahabatan dengan Farish masih baik.

"Jujurnya, saya tidak tahu apa-apa tentang arwah bapa Farish yang meninggal kerana lemas. Setelah selesai baru saya tahu," ujarnya yang dilihat tidak sensitif terhadap peserta Fear Factor.

Dalam salah satu cabaran, Gambit menjalankan perang psikologi apabila menyatakan: "Aku harap ada yang akan lemas melakukan aksi ini."

Gambit mendakwa, dia bersikap kompetitif kerana berada dalam sebuah game show di mana semua orang ingin menang.

"Saya tertanya kenapa audiens tidak boleh faham dengan permainan program ini. Mereka terlalu sensitif dan tidak terbuka. Mereka perlu faham istilah game show," kesalnya yang merasakan bahawa penonton perlu memandang daripada sudut produksi dan permainan program.

Pada awalnya, dia mengaku enggan terlibat dalam program realiti ini malah tidak terfikir untuk menjadi antagonis dalam permainan Fear Factor.

"Saya tidak terfikir untuk jadi jahat. Saya tahu permainan game show ini kerana saya juga merupakan seorang produser dan ada produksi sendiri. Sesebuah game show memang mempunyai elemen psikologi. Itu strategi dalam permainan," katanya yang mendapat banyak luahan tidak puas hati dan kebencian di laman sosial, Twitter.

Ditanya tentang persahabatannya dengan selebriti lain dalam Fear Factor, Gambit mengaku mereka tidak bersengketa.

"Saya baik dengan semua orang. Saya tidak tahu kalau mereka terasa tentang psikologi saya tetapi sejauh ini kami baik. Saya dan Farish masih boleh main bola di padang sama-sama. Begitu juga dengan Johan dan Kaka, kami bersahabat," jelas pelakon filem Karipap Karipap Cinta ini.

"Mungkin juga khalayak terbawa-bawa dengan cerita-cerita lama saya yang mengatakan saya poyo dan sombong. Ini lebih menokok tambah rasa benci penonton. Bagus juga untuk permainan Fear Factor. Cara suntingan itu yang menampakkan saya jahat. Tetapi penonton kena bijak mentafsir," senyumnya yang juga mendapat pujian khalayak kerana memberi rencah keseronokan dalam Fear Factor.

Lebih memburukkan keadaan apabila laman peminat Facebook milik Gambit diganggu seseorang yang mengakui sebagai dirinya.

Pengurus Gambit, Lina Merican mendakwa, ada individu menyamar di laman Facebook sebagai Gambit dengan menggunakan nama dan gambarnya.

"Apabila saya letakkan status, dia akan memberi komen dengan carutan dan kata-kata kesat. Walhal itu bukan Gambit. Saya tidak mahu peminat salah sangka dan memberi kesan buruk kepada Gambit," ujar Lina yang sudah membuat aduan kepada ibu pejabat Facebook namun tiada respons.

"Ada juga jenis peminat yang gila nak jatuhkan saya. Saya sedar dan perasan apabila ada isu sahaja pasti 'peminat' ini akan masuk ke laman Facebook dan memberi komen. Memperlihatkan seperti saya memaki peminat," keluh Gambit.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan