Nuffnang

Jumaat, 12 April 2013

rosyam nor - Google Blog Search

rosyam nor - Google Blog Search


(5 Gambar) <b>Rosyam Nor</b> beli McLaren MP4-12C dengan harga <b>...</b>

Posted: 15 Feb 2013 08:17 PM PST


Rosyam Nor beli McLaren MP4-12C dengan harga RM940,000 - Makin bertambah-tambah rezeki pelakon dan pengarah terkenal, Rosyam Nor. Baru-baru ini, beliau difahamkan telah membeli sebuah kereta McLaren MP4-12C berwarna hitam yang berharga RM940,000. Keupayaan Rosyam membeli kereta mewah sedemikian menunjukkan beliau merupakan seorang jutawan dan boleh digelar sebagai artis yang paling berjaya. Jom tengok empat lagi gambar kereta baru Rosyam Nor di bawah.




Cherita AyueJean: Bakal Heroin <b>Rosyam Nor</b>!

Posted: 07 Apr 2013 07:57 PM PDT


"Celoteh Dari Mulut Comel, Turun Ke Papan Kekunci"

<b>ROSYAM NOR</b> TERIMA MENANTU

Posted: 12 Apr 2013 03:18 AM PDT

Tahniah Mangga ucapkan kepada pelakon terkenal Rosyam Nor dan  isterinya, Runika Mohd Yusof  yang bakal menerima menantu sulung pada 12 Mei ini. Anak perempuan mereka,  Arniesha Azureen, 23, bertemu jodoh dengan,  Mohd Hafiz Mohd  Said , 28, dari Melaka.

Majlis meraikan kedua pengantin itu bakal berlangsung di Dewan Perdana Felda,  Jalan Semarak  pada 18 Mei ini. Mereka bertunang pada Oktober tahun lalu.

Rosyam Nor bertemankan pembantunya, Julia Juhasu datang sendiri menghantar kad undangan majlis resepsi ke syarikat-syarikat media. Kad berwarna kuning cair itu menampilkan foto Arniesha dan Hafiz tersenyum girang dengan berpakaian putih ala 60-an.

Kata Rosyam,  walaupun masanya agak terbatas tetapi dia tetap mahu menghantar sendiri kad majlis perkahwinan itu memandangankan hubungannya yang akrab dengan media.

.``Datang sendiri,  menghantar sendiri dan menjemput sendiri dengan mulut lebih afdal sebab rakan-rakan media ni dah jadi kawan-kawan saya.  Jadi, saya memang mahu mereka datang sebagai rakan-rakan yang meraikan perkahwinan anak saya, bukan datang berkerja atau membuat liputan tau.

``Urusan perkahwinan rupanya tak semudah yang dilihat. Memang banyak  betul kerjanya.  Tapi tak mengapalah, saya seronok sebab nak dapat menantu sulung walaupun banyak yang perlu diuruskan.

``Apa yang penting, saya harap majlis ini akan berjalan lancar tanpa cacat-cela dan semua tetamu berpuas hati .''

Mangga pasti akan datang ke majlis ini demi Rosyam Nor yang sangat menjaga baik hubungannya dengan pihak media.  Tahniah Rosyam!

Tiada ulasan:

Catat Ulasan