Nuffnang

Selasa, 6 Ogos 2013

Aliff Aziz - Google Blog Search

Aliff Aziz - Google Blog Search


Saya Tak Mahu Dikaitkan Lagi Dengan Adira – <b>Aliff Aziz</b> |

Posted: 31 Jul 2013 07:10 PM PDT


Fuh ~~ Memang berkerat rotan, berpatah arang sungguh Aliff Aziz terhadap Adira. Mana tidaknya, Abang Nara pasti tahap kekecewaan Aliff Aziz sangat tinggi kerana cintanya ditolak oleh Adira. Sedih kot. Pasti Aliff sendiri tidak menyangka niat sucinya tidak diterima oleh Adira.

alif aziz adira

Tahap kekecewaan Aliff Aziz sehingga enggan lagi bekerjasama secara profesional dengan Adira di dalam apa jua projek. Kata Aliff Aziz kepada portal Murai:-

Bagi saya kami sudah putus dan saya tidak mahu dikaitkan apa-apa lagi dengannya. Saya pun sudah menjalani kehidupan saya tanpa kekasih seperti biasa. Lagipun, saya rasa saya tidak boleh bersikap profesional jika berhadapan atau bekerjasama dengannya kelak jika kami diperlukan bersama.

Itulah yang saya rasa kini dan tak perlu saya mengulas lanjut mengapa. Biarlah tiada apa-apa hubungan walaupun sebagai kawan di antara kami. Cukuplah, apa yang telah kami lalui bersama sebelum ini

aliff aziz

Abang Nara faham perasaan Aliff Aziz. Iyerlah dulu bercinta siap bagi couple ring bagai. Tup-tup kena "reject" begitu aje. Mana tak sedih. Lagi sedih bila Adira sekarang seperti sudah ada kekasih baru. Kata Aliff Aziz lagi:-

Saya tidak kenal siapa dia (Shahrul Nasrun) dan sejak bila mereka berkenalan. Kalau benar dia sudah bertemu cinta baru, saya hanya doakan kebahagiaanya sahaja. Lagipun , kini kami tidak lagi berhubung antara satu sama lain dan saya pula sibuk dengan kerjaya seni saya terutama lakonan yang baru sahaja saya bina

Satu sahaja nasihat Abang Nara kepada Aliff Aziz. Carilah kekasih baru untuk melupakan Adira sepenuhnya. Hanya itu sahaja cara yang paling pantas dan berkesan. Lagipun Aliff Aziz kacak juga orangnya. Takkanlah tak ada awek-awek yang tangkap cintan terhadapnya. Tak gitu?

Baca Yang Ini Pulak:-


Hanya Lagu - <b>Aliff Aziz</b> #Lirik @lagubestbest

Posted: 26 Jul 2013 11:53 PM PDT

Tajuk Lagu/ Song Title: Hanya Lagu
Artis/ Artist: Aliff Aziz
Album/ Info: Single 2013 / Ⓟ 2013 Sony Music Entertainment (M) Sdn Bhd

Video Muzik/ Music Video: Hanya Lagu - Aliff Aziz
Youtube
 (Official MV)

Lirik Lagu/ Lyrics: Hanya Lagu - Aliff Aziz
Ku dalam rasa
Dalam cinta yang membuat aku rindu
Ku hanya mahu
Hanya kamu
Membuat ku menunggu

Ku takkan pernah
Takkan bisa membuat kau terluka
Dan takkan mungkin
Ku tak ingin tanpa kamu di sisi
'Tuk setiap hari

Korus:
Dan ku masih terus menunggu
Tetap memikirkanmu
Tetap mencintai dirimu
Walau kau jauh dari hidupku
Jauh dari hatiku

Tetaplah mengenang diriku

MP3 Download: Hanya Lagu - Aliff Aziz

<b>Aliff Aziz</b> Tidak Mahu Dikaitkan Lagi Dengan Adira - Murai.com.my

Posted: 31 Jul 2013 02:03 AM PDT

berita | Tempatan

KUALA LUMPUR, 31 JULAI 2013: Selepas putus cinta dengan penyanyi, Adira , pelatun lagu Sayang Sayang, Aliff Aziz akui hubungan mereka berdua terus terputus begitu sahaja tanpa berhubung. Malah Aliff Aziz meminta agar dirinya tidak dikaitkan lagi dengan bekas bintang Akademi Fantasia musim ke-8 itu.

"Bagi saya kami sudah putus dan saya tidak mahu dikaitkan apa-apa lagi dengannya. Saya pun sudah menjalani kehidupan saya tanpa kekasih seperti biasa.

"Saya pula kini sudah selesa begini. Cukuplah, apa yang telah kami lalui bersama sebelum ini," katanya kepada murai.com.my ketika dihubungi.

Aliff Aziz diminta mengulas mengenai hubungannya dengan Adira kini selepas baru-baru ini penyanyi wanita itu dikatakan agak cepat bertemu cinta barunya bersama Presiden Gerakan Belia Gagasan 1 Malaysia, Shahrul Nasrun Kamarudin.

Menurut Aliff Aziz, dia tidak tahu mengenai hubungan Adira dengan cinta barunya sebelum ini, namun hanya mendoakan sahaja kebahagian bekas kekasihnya itu.

"Saya tidak kenal siapa dia (Shahrul Nasrun) dan sejak bila mereka berkenalan. Kalau benar dia sudah bertemu cinta baru, saya hanya doakan kebahagiaanya sahaja. Lagipun , kini kami tidak lagi berhubung antara satu sama lain dan saya pula sibuk dengan kerjaya seni saya terutama lakonan yang baru sahaja saya bina," jelasnya lagi.

Bakal muncul dalam telemovie, Raya Pak Pong di TV3 pada hari raya pertama ini, Aliff memberitahu tahun ini dia bakal bercuti raya lama di kampong halamannya di Singapura.

"Saya akan pulang ke Singapura lebih awal iaitu seminggu sebelum raya dan akan bercuti raya lama sehingga ada projek baru atau tawaran berlakon diterima," luahnya lagi.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan