Lisdawati - Google Blog Search |
“Ya, Memang Ini Adalah Imej Terkini Saya" - <b>Lisdawati</b> | Oh! Artis Posted: 12 May 2013 07:40 PM PDT Industri hiburan Malaysia menyaksikan satu demi satu penghijrahan yang dilakukan artis wanita untuk berimej lebih suci iaitu bertudung dan menutup aurat. Sesungguhnya mereka adalah ikon yang patut dijadikan contoh dalam kita menjadi manusia yang lebih baik. Terbaru, pelakon cantik manis Lisdawati telah pun memilih untuk berpenampilan baru iaitu bertudung. Penghijrahan yang berlaku ke atas dirinya bukan lah paksaan dari mana-mana pihak tetapi ianya datang dari hati nya sendiri untuk bertudung. Dengan penampilan barunya, Lisdawati tidak boleh lari daripada situasi dimana watak yang dibawanya dalam lakonan mengharuskan dia untuk tidak bertudung kerana bidang lakonan adalah sumber rezeki baginya.
Lisda juga menegaskan dia akan terus kekal bertudung bukan sekadar suka-suka atau on off. Dia juga kini mula berjinak-jinak dengan perniagaan bagi menambahkan lagi sumber pencariannya untuk masa akan datang. OHARTIS: ALHAMDUILLAH SEMAKIN RAMAI ARTIS WANITA MALAYSIA MEMILIH UNTUK BERTUDUNG DAN MENUTUP AURAT. SEMOGA IA MENJADI CONTOH DAN IKUTAN KEPADA YANG MASIH LAGI BELUM MENDAPAT HIDAYAH. AMIN |
Mulut Orang, Kita Susah Nak Tutup – <b>Lisdawati</b> | - Beautifulnara Posted: 15 May 2013 09:01 PM PDT Selepas memberitahu yang dirinya kini bertudung tetapi masih menerima tawaran yang menampakkan rambut, pelbagai kecaman, cacian dan kritikan telah diterima oleh Lisdawati. Sudah tentu orang ramai memberikan komen negatif kepada Lisdawati kerana masih sanggup menerima tawaran berlakon yang mendedahkan aurat. Berkata kepada portal GUA, Lisdawati mengakui sangat kecewa apabila dihukum oleh orang ramai secara bertubi-tubi. Kata Lisdawati:-
Walaupun masih menerima tawaran yang membuka tudung, Lisdawati memaklumkan yang dia enggan menerima watak-watak daring seperti wanita penggoda. Seboleh-bolehnya, watak yang dibawa tidak memakai pakaian seksi dan mencolok mata. Tambah Lisdawati lagi:-
Bagi Abang Nara, komen-komen negatif yang diterima oleh Lisdawati menunjukkan yang peminat sayang kepadanya. Kalau nak berubah, berubahlah terus. Jangan separuh-separuh. Percayalah pada rezeki yang diberi oleh Allah. Kalau berubah ke jalan kebaikan, pasti lebih murah rezekinya. Sama-samalah kita doakan agar Lisdawati tabah hati untuk menolak tawaran yang menunjukkan rambutnya. P.S: Musang Fennec yang amat comel. Baca Yang Ini Pulak:- |
You are subscribed to email updates from Lisdawati - Google Blog Search To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan