Nuffnang

Selasa, 6 Ogos 2013

Jehan Miskin - Google Blog Search

Jehan Miskin - Google Blog Search


(5 GAMBAR)Pasangan Bahagia, <b>Jehan Miskin</b> Dan Julie Camelia |

Posted: 30 Jul 2013 09:43 PM PDT


Baru-baru ini, ketika menghadiri majlis berbuka puasa ChurpChurp di Restoran Bijan, Abang Nara terjumpa dengan Jehan Miskin. Jehan telah hadir dengan isterinya, Julie Camelia Rhee. Sempatlah Abang Nara berborak sepam dua dalam bahasa Korea dengan isteri Jehan.

jehan miskin

Isteri Jehan Miskin memang lemah lembut orangnya. Malu-malu tetapi peramah orangnya. Mungkin itu yang membuatkan Jehan jatuh cinta terhadapnya. Apa pun, kedua-dua pasangan ini memang nampak sangat secocok. Kalau tengok secara "live", memang wajah mereka seiras.

jehan miskin

Kepada Jehan dan Julie, selamat berpuasa dan berhari raya sebagai suami isteri buat pertama kali. Harap-harap nanti ada berita gembira mengenai kehadiran orang ketiga di dalam hidup anda. 3 lagi gambar pasangan bahagia ini dengan membaca artikel ini sepenuhnya.
okjom

P.S: Hebat sungguh promosi daripada OKjom ini. Diskaun sehingga 80% untuk barangan berjenama dan gadjet. Lagi menarik, cara pembelian ialah melalui sistem bidding. Kalau nasib anda baik, boleh beli gadjet harga RM2,000 dengan harga RM200 je. Menarik kan? Jom ke OKjom sekarang jugak.


jehan miskin
jehan miskin
jehan miskin

Baca Yang Ini Pulak:-


BERITA ARTIS - <b>Jehan Miskin</b> Berjauhan Dengan Isteri - Gua.com.my

Posted: 22 Jul 2013 09:53 PM PDT

Buat pertama kalinya menyambut bulan Ramadan sebagai seorang suami, pelakon Jehan Miskin berkongsi perasaan gembira apabila dapat meraikan bulan yang mulia ini bersama isteri tercinta, Julie Camelia Rhee.

Lebih mengujakan, Jehan turut memberitahu tidak sabar untuk membimbing  isterinya yang juga merupakan seorang mualaf warga Korea untuk menjalani ibadah Rukun Islam ketiga ini.

"Walaupun isteri saya pernah berpuasa sebelum ini, namun sebagai seorang mualaf baru, dia masih memerlukan sokongan daripada saya. Ini kerana bukan mudah untuk dia menerima perkara baru dalam hidupnya dan sebagai suami saya akan cuba untuk membantunya," ujar Jehan ketika ditemui baru-baru ini.

"Minggu pertama puasa kami tidak berpeluang untuk bersahur dan berbuka bersama kerana dia berada di Korea atas urusan kerja. Saya tak sabar nak tunggu dia balik dan suruh dia masak juadah sahur untuk saya. Isteri saya pandai masak masakan Western, Korea, Japun dan juga Itali," kata Jehan lagi.

Bulan Ramadan ini juga saya nak ambil kesempatan untuk meluangkan masa dengan isteri sebab sejak kahwin Mei lalu, kami tidak ada masa untuk bersama. Kerjaya isteri saya sebagai Pengurus Acara membuatkan dalam sebulan, sekurang-kurangnya seminggu dia perlu bertugas di luar negara. Tidak dinafikan susah juga hidup berjauhan namun saya hormati kerja dia. Memang saya rindukan dia, tapi sebagai suami isteri, kami perlu memahami dan berkorban untuk tanggungjawab masing-masing," ujar Jehan.

Berbicara mengenai soal cahaya mata, pasangan yang akan beraya di Kuala Lumpur ini memberitahu menyerahkan segalanya kepada Tuhan dan tidak mahu terburu-buru dalam menimang cahaya mata.

"Secara peribadi, saya sendiri tidak mahu anak dalam masa terdekat ini. Bukan tak mahu, tapi kami belum lagi merancang ke arah itu. Kalau boleh kami nak masa berdua dulu. Namun, jika ada rezeki, Alhamdulillah kami terima dengan hati terbuka," ujar pengarah drama 'What If' ini mengakhiri perbualan.

<b>Jehan Miskin</b> Bersendirian Tanpa Isteri? | mediasiber

Posted: 04 Aug 2013 05:40 PM PDT


Jehan terpaksa menyambut Ramadan sendirian kerana kesibukan isterinya.

Jehan Miskin Bersendirian Tanpa Isteri |  PETALING JAYA: Pelakon dan pengarah drama, Jehan Miskin mengakui banyak menghabiskan masa bersendirian sepanjang bulan Ramadan ini kerana isterinya sering berulang-alik ke luar negara atas urusan kerja.

Jehan, 34, berkata, walaupun sedih tidak dapat menyambut Ramadan bersama isteri tercinta dia bagaimanapun memahami kerjaya isterinya yang memerlukan sentiasa ke luar negara.

"Kehidupan saya sebenarnya seperti orang bujang kerana isteri kini berada di Jepun dan saya terpaksa melakukan segala kelengkapan harian sendiri.

"Bagaimanapun saya tidak kekok kerana sebelum berkahwin juga saya sudah terbiasa melakukan semua kerja sendiri," jelasnya kepada mStar Online.

Jehan dan Julie akan menghabiskan masa bersama selama dua hari sempena Hari Raya Aidilfitri nanti.

Jehan dan Julie Camelia Rhee, 29, seorang wanita Korea berkahwin pada 4 Mei lalu di Carcosa Seri Negara, dekat sini.

Dalam pada itu, Jehan berkata, pada Hari Raya Aidilfitri kali ini juga mereka hanya akan bersama selama dua hari kerana isterinya akan berangkat ke Australia pada Hari Raya ketiga.

Jelas Jehan, dia akan menggunakan masa tersebut sebaik-baiknya bersama Julie selain membawa isterinya itu berhari raya bersama sanak saudara dan rakan-rakan.

"Walaupun kami sering berjauhan tetapi kami tahu tanggungjawab masing-masing dan menggunakan masa terhad itu sebaik-baiknya," kata Jehan.

Dalam perkembangan lain, drama bersiri pertama arahan Jehan, What If, kini sedang rancak ditayangkan pada setiap Rabu, pukul 9.30 malam di saluran 8TV.-mstar online

Tiada ulasan:

Catat Ulasan