Raja Farah - Google Blog Search |
- <b>Raja Farah</b> tunggu zuriat sendiri – Perak Today
- <b>Raja Farah</b> harap tuah anak angkat – Perak Today
- <b>Raja Farah</b> Akan Ambil Anak Angkat Jika.. - Gossip Artis Malaysia
<b>Raja Farah</b> tunggu zuriat sendiri – Perak Today Posted: 27 Jul 2013 12:31 PM PDT Begitu juga dengan pelakon Aku Masih Dara, Raja Farah, 25, setelah mendirikan rumah tangga bersama Megat Bashirun Qayyum, sejak tiga tahun lalu. Menurut Farah, sebagai wanita, dia sememangnya teringin untuk bergelar ibu, namun buat masa ini dia hanya mampu berserah pada Ilahi. "Siapa tidak mahu anak, baik saya atau suami, masing-masing hanya mampu berdoa dan terus berusaha. "Pelbagai jenis rawatan tradisional dan juga moden sudah kami lakukan, tapi sehingga kini masih belum ada rezeki. "Bagaimanapun, hasil rawatan menunjukkan kami berdua tidak mempunyai masalah tentang tahap kesuburan. Mungkin ini dugaan untuk kami," ujar Farah. Tambah Farah, sebelum ini, dia pernah merasa tertekan apabila sering ditanya tentang zuriat. Sementelah ia menjadi persoalan utama bagi sesiapa saja yang mendekatinya. "Dulu memang saya tertekan, tetapi sekarang saya dah jadi 'lali' dengan semua itu. "Alhamdulillah, keluarga kami sangat memahami. Mereka tidak pernah mendesak mahupun bertanya. "Sebaliknya, mereka sentiasa memberikan kami semangat untuk terus berusaha," katanya yang pernah merancang untuk mengambil anak angkat. Sibuk mengacara Sempat berkongsi karier terbarunya, Raja Farah memberitahu, dia baru sahaja selesai mengacarakan program Siri Jelajah Rasa Halal Antarabangsa musim terbaru untuk saluran Astro Oasis. Menurut Farah, dia begitu gembira ketika diberi tawaran bagi menjayakan program tersebut. "Saya sangat teruja ketika diberi tawaran tersebut. Mengendalikan rancangan ini sedikit dapat mengenali budaya pelbagai negara yang dilawati. "Melalui rancangan ini sedikit sebanyak saya dapat menimba pengalaman di negara orang dan memperluaskan lagi bidang pengacara dengan lebih mendalam. "Walaupun sebelum ini saya pernah menjadi pengacara pelbagai jenis seperti Soal Wanita Bual Bicara yang ditayangkan di TV Al-Hijrah, tawaran yang diterima sebegini ia dapat meningkatkan lagi minat yang sedia ada" katanya. Kata Farah lagi, gandingan bersama Akhtar Sahari mampu memberi kelainan tersendiri buat penonton. "Rancangan yang dilakukan secara spontan tanpa menggunakan sebarang skrip, sekali gus dapat menarik minat penonton," kata Farah. Dalam pada itu, Farah memberitahu, dia masih rancak menerima tawaran lakonan meskipun sudah berhijab. "Alhamdulillah, keputusan saya untuk berhijab tidak pernah menyekat tawaran seni yang datang. "Sekarang saya ada menerima lima tawaran lakonan antaranya sebuah telefilem yang bertajuk Siratul Mustaqim. "Walaupun waktu agak terhad dan jadual saya semakin padat, namun ia tidak menghalang saya untuk menerima sebarang tawaran lakonan," katanya. Raya di Kelantan Ditanya mengenai persiapan menjelangnya Syawal, Farah berkata, segala persiapan belum dilakukan lagi kerana sibuk dengan kariernya dalam bidang lakonan dan juga pengacara. Menurutnya, segala persiapan Aidilfitri akan dilakukan selepas semua kerjanya selesai nanti. "Ini merupakan tahun ketiga saya beraya bersama suami. Keseronokannya sememangnya tidak dapat digambarkan. "Tahun ini, saya akan menyambut raya pertama di kampung suami di Kelantan. Selepas itu kami berdua akan beraya di kampung saya di Negeri Sembilan," katanya. - SINAR HARIAN |
<b>Raja Farah</b> harap tuah anak angkat – Perak Today Posted: 11 Jul 2013 12:40 AM PDT SUDAH lama tidak mendengar khabar tentang Raja Farah. Selepas pelakon filem Aku Bukan Dara itu mengahwini Megat Bashirun Qhuyum Zakaria pada 12 November 2010, dia sunyi daripada sebarang publisiti media. Jika ada pun cerita, ia adalah tentang dia membuka kedai yogurt sejuk beku, namun tiada berita tentang perkembangan terkini karier seninya setelah si suami meletakkan syarat dia harus pulang ke rumah pukul 11 malam. Bertemu dengan pemilik nama penuh Raja Farah Raja Aziz pada majlis memperkenalkan program-program Astro sepanjang Ramadan di Muzium Kesenian Islam, Kuala Lumpur, pelakon berusia 26 tahun itu berkata, dia belum ada rezeki memperoleh cahaya mata tatkala perkara tentang anak diajukan kepadanya. "Sudah hampir tiga tahun berkahwin, tetapi tiada berita gembira mengenai anak. Pada mulanya memang tertekan, tetapi kini saya sudah tidak berasa apa-apa," ungkapnya yang kelihatan manis bertudung menutupi dada sambil mengenakan baju kurung berwarna putih. Berkongsi lanjut, akui Raja Farah, dia dan suaminya sudah bertemu pakar untuk memeriksa kesuburan dan hasil pemeriksaan mendapati kedua-dua mereka tidak mengalami sebarang masalah. Mendengar penjelasan daripada doktor, Raja Farah berfikiran positif bahawa mungkin belum rezekinya untuk mendapat anak. Mujurlah keluarganya mahupun keluarga suami memahami dan sentiasa memberi sokongan. Nekad ambil anak angkat Tidak mahu berterusan menunggu, Farah meletakkan tempoh sehingga awal tahun depan (2014) untuk mengambil anak angkat. "Jika sehingga tahun depan saya belum hamil, kami merancang untuk mengambil anak angkat. Mungkin selepas ambil anak angkat, Allah memberi rezeki cahaya mata kepada saya," ujarnya yang sentiasa memanjatkan doa dan harapan untuk memiliki zuriat sendiri. Disoal anak lelaki atau perempuan yang diidamkan sebagai anak angkat mahupun anak sendiri kelak, ujar Raja Farah, jantina tidak lagi menjadi keutamaan, asalkan dia dan suami memperoleh cahaya mata sebagai pelengkap keluarga. Di luar kehidupan peribadinya, Raja Farah mengakui sudah lama tidak berlakon. Bukan tiada tawaran, tetapi ujarnya, suami masih meletakkan syarat yang sama seperti pada awal perkahwinan mereka iaitu pulang ke rumah sebelum pukul 11 malam. Walaupun akur dengan permintaan suaminya, Raja Farah masih menolak tawaran berlakon kerana enggan menyusahkan pihak produksi. Ini kerana dia faham benar bahawa jadual penggambaran kadangkala tidak menentu dan kebarangkalian untuk dia 'melanggar' permintaan suaminya itu akan berlaku. Malah, akuinya secara jujur, perasaan rindu untuk berlakon sudah tidak meresap dalam jiwanya. Selepas tiga tahun meninggalkan dunia lakonan secara perlahan-lahan, dia sudah terbiasa dengan keadaan tersebut. "Mungkin buat masa ini rezeki saya tidak panjang dalam bidang lakonan. Sekarang saya hanya fokus dalam bidang pengacaraan. "Alhamdulillah, saya seronok mengacara dan saya kini menggalas tanggungjawab sebagai pengacara program Rasa Halal Antarabangsa menggantikan Heliza. "Bagaimanapun untuk musim kali ini, saya tidak keseorangan, sebaliknya mengacara bersama seorang pengacara lelaki iaitu Akhtar," jelasnya tentang program yang disiarkan menerusi saluran Astro Oasis setiap Sabtu, pukul 7.30 petang itu. Mengulas lanjut, tutur Raja Farah, peranannya sebagai pengacara program itu adalah berbeza berbanding pengacara terdahulu. Dia hanya fokus kepada gedung-gedung beli-belah di negara yang dilawati. Sebaliknya, peranan Akhtar pula adalah sebagai pengacara yang meneroka tempat-tempat makanan sedap dan halal untuk masyarakat Islam. "Kami telah menjelajah ke lima buah negara iaitu Indonesia, New Zealand, Jepun, Sri Lanka dan Uzbekistan. Saya bersyukur suami izinkan saya merantau jauh biarpun pada mulanya dia agak keberatan. Malah, dia juga jaga pemakanan dan rutin senaman saya agar tidak nampak berisi ketika mengacara program ini," ulasnya sambil ketawa. Perniagaan Snogurt Berkongsi mengenai perniagaan Snogurt miliknya, ujar Raja Farah, perniagaan yogurt sejuk beku ataupun froyo itu diusahakannya bersama bapanya sejak 30 Disember 2011. Menurut Farah, kafe Snogurtnya itu menyediakan froyo sebagai sajian utama sesuai dengan kehendak pasaran sekarang yang gemar menjadikan yogurt sebagai makanan sampingan. "Apabila ayah memberitahu ingin membuka satu bisnes keluarga sebaik sahaja dia bersara Julai tahun lalu, saya terus setuju," ceritanya yang mula mencari perniagaan sesuai dengan kehendak pasaran. Selain perniagaan Snogurt, Raja Farah turut mempunyai perniagaan jubah dalam talian. Jelasnya, jubahnya direka sendiri dan boleh dibeli menerusi laman sesawang www.facebook.com/rajafarahcollection. - KOSMO! |
<b>Raja Farah</b> Akan Ambil Anak Angkat Jika.. - Gossip Artis Malaysia Posted: 04 Jul 2013 06:20 PM PDT Pada: Jumaat, 5 Julai 2013 Aik sama pula kisah Raja Farah ni dengan niat Datuk Siti Nurhaliza yang mahu mengambil anak angkat. Mengikut Farah dia akan menunggu tahun hadapan untuk mengandung zuriat sendiri, namun jika tidak ditakdirkan mengandung, dia akan mengambil anak angkat. Namun hanya kini Raja Farah dan suaminya Megat Bashirun hanya mampu berdoa dan berusaha untuk mendapatkan anak dari zuriat mereka sendiri setelah 3 tahun mendirikan rumahtangga. Tiada masalah dari segi kesihatan dan sebagainya, namun rezeki belum ada lagi nampaknya. Dan ini kata Raja Farah memetik portal mStar semalam... "Ramai yang berkata, usia perkahwinan kami masih muda, jadi tunggu sahajalah rezeki anak yang akan kami peroleh kerana kami tiada sebarang masalah kesihatan. Tetapi kalau nak menunggu masa, sampai bila? Kami perlu melakukan sesuatu. Mungkin rezeki anak sendiri masih belum tiba. Tag : Artis Mengandung , Berita Artis , Hamil , Instagram , Pelakon , Pengacara TV , Raja Farah , Suami Isteri , Tudung |
You are subscribed to email updates from Raja Farah - Google Blog Search To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan