Ning Baizura - Google Blog Search |
<b>Ning Baizura</b> Hiba Lihat Nasib Gelandangan @Kotaraya Posted: 22 Jul 2013 05:00 AM PDT ramadhan & raya 2013 |
Cerita R&R
Jangan Tak Lihat
Teks oleh Haswari Ali KUALA LUMPUR, 22 JULAI 2013: Hati siapa yang tidak hiba apabila melihat nasib golongan gelandangan yang tidur di kaki lima tanpa berselimut dan hanya beralaskan surat khabar atau lapisan kotak bagi merehatkan badan semalaman? Hati siapa yang tidak tersentuh apabila mendengar cerita sedih salah seorang gelandangan yang ditinggalkan anak kandungnya dan terpaksa hidup merempat di kaki lima setiap hari? Begitulah perasaan yang dirasai oleh penyanyi popular Ning Baizura apabila berkesempatan mendekati kehidupan golongan gelandangan di sekitar Masjid Jamek dan Chow Kit ketika mengikuti program Ziarah Sahur Jumaat lalu. Ning Baizura bersama-sama pihak Jabatan Kebudayaan & Kesenian Negara (JKKN) yang diketuai Ketua Pengarah jabatan berkenaan, Dato Norliza Rofli telah sama-sama turun padang memberikan juadah bersahur kepada golongan gelandangan di dua lokasi berkenaan. Bercakap ringkas kepada portal murai.com.my, Ning Baizura berkata dia sama sekali tidak menyangka wujudnya orang-orang daif yang menjalani hidup sesetengah individu di dalam kepekatan malam di tengah-tengah ibu kota . "Sayup hati saya apabila melihat keadaan mereka yang hanya tidur di kaki lima, tidak bertilam, berselimut dan juga berbantal. Siapa sangka, dalam kemajuan negara kita, ternyata masih ramai individu yang hidup tidak berumah dan berada dalam keadaan daif seperti ini. "Ianya membuatkan saya insaf dan bersyukur dengan apa yang kita miliki sekarang. Harapan saya supaya golongan ini dapat menerima bantuan secara berterusan daripada pihak tertentu," katanya sedih mengenangkan nasib mereka. Ning Baizura bersama-sama pihak JKKN telah menyerahkan sebanyak 300 bungkus makanan kepada golongan gelandangan di sekitar ibu kota sebagai salah satu projek amal terbaru anjuran jabatan berkenaan. Operasi memberi makanan kepada golongan gelandangan telah dimulakan seawal jam 1 pagi di sekitar Masjid Jamek dan berakhir sekitar jam 3 pagi di kawasan Chow Kit. Ning Baizura sempat berborak ringkas dengan seorang wanita tua yang kesedihan kerana ditinggalkan anaknya dan terpaksa hidup merempat di kaki lima. Tidak keseorangan, kemunculan penyanyi Pelangi Untukmu itu juga turut ditemani suami tercinta, Chris Dalton yang sama-sama memberikan sokongan moral kepada Ning Baizura untuk menjalankan aktiviti amal berkenaan. "Saya kasihan melihat keadaan dan nasib golongan gelandangan ini. Tak sangka hidup mereka sangat daif dan saya rasa bantuan secara berterusan perlu diberikan agar dapat meringankan beban mereka semua. "Seperti di luar negara, ada pusat khusus yang membantu golongan gelandangan dan saya harap agar wujudnya pusat seperti itu di negara ini," katanya. |
You are subscribed to email updates from Ning Baizura - Google Blog Search To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan