Nuffnang

Selasa, 6 Ogos 2013

Que Haidar - Google Blog Search

Que Haidar - Google Blog Search


Kadar Diskaun & Rebat Tol Sempena Cuti Hari Raya Aidilfitri 2013 <b>...</b>

Posted: 01 Aug 2013 06:07 PM PDT

DISKAUN 5 % HINGGA 37.5 %

Sempena Hari Raya Aidilfitri 2013 yang bakal menjelang tak sampai seminggu lagi, sebanyak 22 lebuh raya di seluruh negara bakal memberikan diskaun dan rebat kepada pengguna yang ingin pulang ke kampung. Dikhabarkan diskaun dari 5 % hingga 37.5 %. Dari jumlah itu, 17 lebuh raya akan memberikan diskaun bermula 7 hingga 9 Ogos 2013.

Dapatkan Sampul Raya Percuma Di Sini [Klik]

Bagi 5 lagi lebuh raya kendalian PLUS, pengguna KELAS 1 (kenderaan ringan) yang membayar secara elektronik akan ditawarkan rebat 20 % pada 5 dan 6 Ogos serta 14 dan 15 Ogos nanti. Kalau dengar pasal diskaun semua akan berebut untuk balik kampung pada hari-hari tersebut. Rancang pemanduan anda. Jangan kerana diskaun yang tak seberapa nyawa pula melayang.


Download aplikasi percuma Waze
Android & Apple untuk keselesaan pemanduan anda [ Klik]

Senarai lebuh raya yang terlibat dalam pemberian diskaun dan rebat tol untuk tahun 2013.

 

DISKAUN 5 - 37.5 %

  1. Lebuh Raya Koridor Guthrie (GUTHRIE)
  2. Lebuhraya Kemuning Shah Alam (LKSA) 
  3. Lebuh raya Bertingkat Ampang-Kuala Lumpur (AKLEH)
  4. Lebuh Raya SMART
  5. Lebuh Raya Shah Alam (KESAS)
  6. Lebuh Raya KL-Karak (KLK) 
  7. Lebuh Raya Pantai Timur Fasa 1 (LPT 1) 
  8. Lebuh Raya Duta-Ulu Kelang (DUKE)
  9. Lebuh Raya Baru Pantai (NPE)
  10. Lebuh Raya Pintas Selat Kelang Utara Baru (NNKSB)
  11. Lebuh Raya KL-Putrajaya (MEX)
  12. Lebuh Raya Sungai Besi (Besraya)
  13. Lebuh Raya Kajang Seremban (LEKAS)
  14. Lebuh Raya Senai Desaru (SDE)
  15. Lebuh Raya Lembah Klang Selatan (SKVE)
  16. Lebuh Raya Damansara Puchong (LDP)
  17. Lebuh Raya Sistem Penyuaraian Trafik KL-Barat (SPRINT)
*Bermula 7 hingga 9 Ogos sahaja

REBAT TOL 20 % (Touch & Go | Smart TAG)

  1. Lebuh Raya Utara Selatan kecuali Plaza Tol Bukit Kayu Hitam dan Bangunan Sultan Iskandar 
  2. Lebuh Raya Seremban-Port Dickson (SPDH)
  3. Lebuh Raya Utara Selatan Hubungan Tengah (ELITE)
  4. Lebuh Raya Kulim-Butterworth (KLBK)
  5. Lebuh Raya Laluan Kedua Malaysia-Singapura (LINKEDUA) kecuali Plaza Tol Tanjung Kupang. 

*Bermula 5 hingga 6 Ogos & 14 hingga 15 Ogos sahaja
Entri : Lokasi Speedtrap Seluruh Malaysia di Hari Raya 2013 [Klik]

Selamat pulang ke kampung halaman dan Selamat Hari Raya Aidilifitri 2013

PATUHI HAD LAJU & JADILAH PEMANDU YANG BERTIMBANG RASA

Like jika anda suka entri ini dan share dengan rakan anda ;) Tq

Entri berkaitan : balik kampung, diskaun, had laju, hari raya aidilfitri, isu semasa, jalan raya, kempen, lebuh raya, perayaan, rebat, speedtrap, tol

Tiada ulasan:

Catat Ulasan