Iqram Dinzly - Google Blog Search |
- <b>Iqram Dinzly</b> Akui Terkilan Tahu Berita Pertunangan Fouziah Gous |
- <b>Iqram Dinzly</b> Makan Hati Bila Fouziah Gous Bertunang? | ROTIKAYA
- <b>Iqram Dinzly</b> ralat dengan pertunangan Fouziah – Perak Today
<b>Iqram Dinzly</b> Akui Terkilan Tahu Berita Pertunangan Fouziah Gous | Posted: 16 Jul 2013 08:36 PM PDT Dengan tidak berselindung lagi, pelakon dan pengacara Iqram Dinzly mengaku kepada mStar Online yang dirinya terkejut sebaik saja mengetahui tentang kisah pertunangan Fouziah Gous dengan Md Zhafran Md Yusof. Ini kerana dia tidak menyangka yang wanita itu mempunyai kekasih hati.
Menurut Iqram lagi, dia tidak lagi berhubung dengan Fouziah sejak wanita itu melangsungkan pertunangan. Iqram turut mendoakan kebahagian Fouziah, dan menafikan tubuhnya makin kurus kerana 'makan hati' dengan pertunangan tersebut. Sebaliknya, badan Iqram susut kerana sibuk bekerja, tambahan pula sekitar Februari, dia menjalani penggambaran sebuah drama selama dua bulan di Singapura. Iqram Dinzly kacak orangnya dan pandai memasak pula. Rasanya tidak sukar beliau mencari pengganti. Kata orang, ada banyak ikan dalam laut. Kann? Baca Yang Ini Pulak:- |
<b>Iqram Dinzly</b> Makan Hati Bila Fouziah Gous Bertunang? | ROTIKAYA Posted: 15 Jul 2013 05:38 PM PDT Rasanya semua orang tahu yang Iqram Dinzly dan Fouziah Gous sangat rapat dan pernah juga di'gossipkan bercinta tetapi sehingga ke akhirnya mereka masih kekal sebagai sahabat baik sahaja. Dalam ruangan gossip Harian Metro hari ini, Iqram Dinzly khabarnya kini sedang makan hati apabila insan yang di'pujanya itu kini sudah menjadi tunangan orang — sehingga diri semakin kurus. Namun apabila di'tanya, Iqram Dinzly berkata perubahan fizikal beliau hanyalah kerana sibuk bekerja dan letih berlakon. Kalau betul Iqram Dinzly makan hati kerana Fouziah Gous bertunang sehingga menjejaskan keadaan diri sendiri, ada eloknya tengok kembali perjalanan hidup sendiri dan cari seseorang yang lain sebagai teman. Bukan'nya tidak kacak dan menjadi pujaan ramai gadis di luar sana 'kan? |
<b>Iqram Dinzly</b> ralat dengan pertunangan Fouziah – Perak Today Posted: 21 Jul 2013 03:00 PM PDT Suatu ketika dahulu, pelakon Iqram Dinzly dan Fouziah Gous pernah rapat dan dikatakan bercinta namun sehingga kini mereka masih kekal sebagai kawan baik. Walaubagaimanapun, Iqram dikatakan kesal dengan pertunangan Fouziah Ghous yang kelihatan seperti tergesa-gesa. Iqram atau nama sebenarnya Muhammad Iqram Dinzly Muhammad Saipuddin, 32, memberitahu dia hanya mengetahui berita tersebut menerusi laporan media sebelum diberitahu kira-kira dua minggu sebelum majlis berlangsung. Malah, Iqram juga tidak tahu Fouziah mempunyai kekasih selama ini. "Saya ralat melihat cara dia (Fouziah) seperti tergesa-gesa untuk bertunang. Benda-benda penting macam ini dia tidak beritahu pun lebih awal kepada saya. Orang tahu macam mana keakraban perhubungan kami, tetapi saya hanya diberitahu dua minggu sebelum majlis. Itu pun saya dapat tahu lebih awal selepas membaca laporan di majalah. Sebenarnya saya tidak mahu komen panjang tentang hal ini kerana apa yang dah berlaku terlalu merumitkan. Jadi lebih baik saya berdiam," katanya menerusi mStar. Dalam ruangan Harian Metro hari ini juga dikatakan Iqram Dinzly kecewa dan semakin kurus selepas Fouziah menjadi tunangan orang namun Iqram menafikan perkara tersebut dan menjelaskan perubahan itu berlaku kerana dia kesibukan kerja dan penat berlakon. |
You are subscribed to email updates from Iqram Dinzly - Google Blog Search To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan