Nuffnang

Sabtu, 12 Oktober 2013

rosyam nor - Google Blog Search

rosyam nor - Google Blog Search


(TAHNIAH)Ramli Sarip & <b>Rosyam Noor</b> Terima Gelaran Datuk |

Posted: 10 Oct 2013 06:32 PM PDT


Penyanyi rock, Ramli Sarip; pelakon popular, Rosyam Nor dan jurulatih skuad Harimau Muda A, Ong Kim Swee akan dianugerahkan darjah kebesaran negeri Melaka yang membawa gelaran Datuk sempena hari jadi ke-71 Yang Dipertua Negeri Melaka, Tun Mohd. Khalil Yaakob.
ramli sarip datukSetiausaha Kerajaan Negeri, Datuk Naim Abu Bakar berkata, Rosyam atau nama sebenarnya Mohd. Noor Shamsuddin, 46, dan Kim Swee, 43, dianugerahkan Darjah Mulia Seri Melaka (DMSM) manakala Ramli, 61, menerima DMSM Kehormat.

Menurutnya, ketiga-tiga individu berkenaan antara 901 penerima darjah, bintang dan pingat kebesaran negeri Melaka yang akan berlangsung di Dewan Seri Negeri, Ayer Keroh di sini pada hari ini, Ahad dan 24 Oktober ini.

Jutaan tahniah Abang Nara ucapkan kepada Ramli Sarip dan Rosyam Noor. Satu penghargaan yang cukup bernilai buat anak seni sehebat mereka. Semoga dengan penghargaan ini, anak-anak seni akan lebih dipandang tinggi di mata masyakat. Tahniah!!!

Baca Yang Ini Pulak:-

Twitter Boleh Bikin Orang Berbalah – <b>Rosyam Nor</b> – Perak Today

Posted: 09 Oct 2013 08:00 PM PDT

rosyam 2

Penerbit filem dan pelakon Rosyam Nor menyifatkan kegilaan terhadap penggunaan laman sosial seperti Twitter boleh menjadi satu perdebatan jika pengguna memuat naik mesej-mesej yang boleh menimbulkan kemarahan.

Rosyam atau nama sebenarnya Mohamed Noor Shamsuddin, 46, berkata, penggunaan laman sosial berkenaan sepatutnya digunakan ke arah yang lebih positif jika tidak, ia boleh merosakkan pemikiran manusia tanpa sedar.

"Sekarang ini orang ramai guna Twitter untuk luah perasaan dan ia menjadi satu perkara yang normal.

"Secara tidak sedar, ada yang mengaibkan diri sendiri, ada yang meluahkan rasa tidak puas hati antara satu sama lain sehingga ia menimbulkan pergaduhan," katanya yang ditemui pada sidang media Festival Drama Kuala Lumpur (DFKL) anjuran TV3 di Terrace, pusat beli belah Bangsar (BSC) di sini pada Rabu.

Sementara itu, Rosyam juga gembira apabila watak Tailong dalam filem KL Gangster 2 lakonannya benar-benar memikat hati penonton sehingga membuatkan peminatnya lupa dengan watak lama dia dalam filem Castello.

"Saya gembira Tailong benar-benar memberi kesan yang sangat mendalam buat penonton. Selepas ini filem Balistik pula bakal muncul.

"Harap-harap lakonan saya dalam filem tersebut juga memberi kesan buat penonton," tuturnya.

-mStar

Tiada ulasan:

Catat Komen