Zizan Razak - Google Blog Search |
- <b>Zizan Razak</b> Sah Pengacara, AF 2013 Tiada Kelainan? |
- Rasa Kerdil Jika Terpilih Jadi Pengacara AF2013 – <b>Zizan Razak</b> |
- .: Istimewanya <b>Zizan Razak</b>
<b>Zizan Razak</b> Sah Pengacara, AF 2013 Tiada Kelainan? | Posted: 08 Sep 2013 05:04 AM PDT Selepas lama berdolak-dalik, akhirnya semalam kemunculan Zizan Razak di Konsert Prelude AF 2013 mengesahkan dirinya adalah pengacara bagi rancangan realiti Astro ini. Memang Zizan nampak agak gementar dan sering tersasul, mungkin Zizan masih tidak dapat membiasakan diri mengacarakan rancangan sebegini secara berseorangan. Apa pun masih banyak boleh diperbaiki oleh Zizan di minggu-minggu seterusnya. Baca Yang Ini Pulak:- |
Rasa Kerdil Jika Terpilih Jadi Pengacara AF2013 – <b>Zizan Razak</b> | Posted: 27 Aug 2013 06:22 PM PDT Abang Nara tiada masalah dengan Zizan Razak. Abang Nara rasa Zizan seorang yang sangat berbakat. Orangnya memang kelakar, spontan dan mampu menarik perhatian penonton. Namun sekiranya Zizan diberikan tugasan untuk menjadi pengacara AF2013, mampukah dia memikul tanggungjawab tersebut? Mungkin juga kerana AF2013 ini akan menampilkan konsep serba baharu, teknik pengacaraannya juga akan berubah. Daripada sering dilanda kesedihan, mana tahu penyingkiran peserta kali ini dipenuhi dengan gelak tawa. Tiada lagi tangisan. Kadang kala Abang Nara menyampah juga tengok budak-budak tue menangis. Sorang-sorang muka sedih macam tak dapat beli aiskrim. Walaupun begitu, sehingga sekarang Zizan tidak membuat kenyataan sama ada dia sudah menerima tawaran untuk menjadi pengacara AF2013. Terpaksalah kita semua menanti. Kata Zizan kepada Mstar Online:-
Selalunya kalau memang sudah disebut-sebut sehingga ke tahap begini, memang betullah orang yang disebut akan menjadi pengacara. Kalau benar, memang rezeki Zizan. Semoga Zizan dapat membawa kelainan dan pembaharuan di dalam AF2013. Baca Yang Ini Pulak:- |
.: Istimewanya <b>Zizan Razak</b> Posted: 15 Sep 2013 06:56 AM PDT ZIZAN RAZAK-- Nama yang tak asing lagi dalam kalangan wanita seMalaysia aku kira. Baik yang baru nak mengenal tulis dan baca tapi Zizan Razak dulu disebut sebut tiap masa. Baik si dara mahupun yang dah berumah tangga. Malah nenek nenek si bongkok tiga juga mungkin suka akan dia. Sepanjang mengenalinya secara jarak jauh memang diakui anak jati Terengganu ini bekerja keras untuk mencapai tahap tertinggi dalam perjalanan karya seni nya. Wajah yang bisa buat ramai anak gadis tergila-gila. Mengidam nak dijadikan imam dan ketua keluarga. Jumpalah dia kali pertama, yang pasti dia boleh buatkan anda jatuh cinta. Itu pengalaman yang bisa saya kongsi bersama. Dia baik dan sangat menjaga tutur kata. Memang cair hati mak-mak mertua. Tapi apa yang aku suka pada nya ialah cara DIA dan JOHAN bila berdua. Tak segan silu nak katakan YA, AKU SAYANG DIA. Itu tak semua lelaki boleh lakukan pada sahabat mereka. Mungkin ada. Mungkin juga tiada. Tak ramai lelaki yang begitu berani tampil dihadapan ribuan peminat dan mencium pipi sahabat kesayangannya. Siapa mahu dilabel GAY terutama bila di Malaysia, keadaan ini dianggap luar biasa. Tapi semuanya, bukan atas dasar NAFSU yang tak tentu hala tapi atas dasar menghargai pengorbanan Sang Sahabat yang begitu setia. Manja. Itu salah satu sifatnya. Tapi ni bukan manja mengada-ngada. Manja tu lagi terserlah bila Johan ada bersama. Zizan Razak. Lagi yang aku suka pasal dia. Kalau nampak Johan, orang lain dia lupa. Program Super Spontan jadi bukti yang nyata. Pergi pada Johan untuk memberi semangat dan sokongan yang ada. Bersorak bersama tanda meraikan kemenangan kumpulan lawannya. Haha. Semangat persahabatan tu memang lebih ketara selalunya pada dia. Sebab Johan jenis yang diam diam tapi tetap menyerlah sayang pada sahabatnya. Cuma perlu paham dengan caranya. Pada Zizan Razak, mustahil untuk anda membaca ini, tapi ketahuilah ada ribuan peminat sangat teruja tiap kali anda dan Johan berdua. Tiap kali Johan,anda bawak dalam pelukan, tiap kali itulah kami bersorak kegembiraan. Pada setiap kalimah sayang yang anda ucapkan, buat kami tersentuh dengan sendiri. Ada kalanya menangis walau kami tak tahu mengapa itu terjadi. Dan, untuk pengorbanan anda bertahan berminggu minggu keseorangan di MLM yang lalu, tak cukup dengan terima kasih, anda selayaknya mendapat lebih dari itu. Buat Zizan Razak, teruslah mengorak langkah dalam industri ini. Anda insan berbakat dan ikutlah resmi padi. Pasti anda lebih dihormati. |
You are subscribed to email updates from Zizan Razak - Google Blog Search To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan