Nuffnang

Sabtu, 12 Oktober 2013

Syamsul Yusof - Google Blog Search

Syamsul Yusof - Google Blog Search


<b>Syamsul Yusof</b> Bidas Sharifah Amani Di Twitter | - Beautifulnara

Posted: 08 Oct 2013 12:55 AM PDT


Baru-baru ini, Sharifah Amani telah muncul sebagai antara pelakon utama filem arahan Nam Ron, Psiko Pencuri Hati. Filem itu mendapat klasifikasi 18PL, dan ini secara langsung menghadkan jumlah penonton yang ada kemungkinan menonton filem tersebut. Khabarnya, kutipan bagi filem Psiko Pencuri Hati di pawagam tidak begitu memberangsangkan.

Besar kemungkinan juga, inilah yang dipersoalkan oleh Amani apabila mengeluarkan tweets berbunyi begini:-

 photo amani.png

Mungkin kerana menganggap tweets Amani ditujukan kepada dirinya, Syamsul Yusof selaku pengarah KL Gangster 2 telah memberikan reaksi beliau, namun tweetnya ditujukan terus kepada ibu Amani.

Image Hosted by ImageShack.us

Berhubung reaksi Syamsul, Amani selepas itu juga memberikan maklumbalas secara terus kepada pengarah muda itu:-

 photo amani2.png

Sebenarnya memang mudah untuk Syamsul 'terasa' dengan tweets tersebut, kerana walaupun merujuk kepada filem Syamsul, apa yang tersirat ialah kritikan Amani kepada pihak yang mengklasifikasikan filem, mungkin juga Lembaga Penapis Filem (LPF) tentang 'double standards' yang diamalkan dalam memberikan klasifikasi .

Mungkin juga ada benarnya apa yang diperkatakan Amani, kerana beberapa masalah berkenaan LPF dan 'double standards' sudah diperkatakan oleh penggiat industri filem sejak dekad 80′an.

Apa pun diharap keduanya akan berbaik selepas ini, dan mungkin LPF patut memberikan perhatian kepada perkara ini untuk mengelakkan kritikan pada masa akan datang dan kesan negatif kepada industri filem negara secara umumnya. Apa pendapat anda?

Baca Yang Ini Pulak:-

Favouritism In the Industry Gets Sharifah Amani And <b>Syamsul Yusof</b> <b>...</b>

Posted: 07 Oct 2013 09:15 PM PDT

All hell broke loose last night when two Malaysian celebrities got into a Twitter war.

Syamsul Yusof, local director and actor has decided to remain silent after the controversy that surrounded his movie KL Gangster 2. The movie which was leaked and pirated before it even premiered has caused a stir as Syamsul missed his premier. However, fans nor the media has yet to receive a single comment or feedback from Syamsul about his thoughts on it.

After a long silence, Syamsul decided to break it by firing back at actress Sharifah Amani who condemned the favourtism going in the industry with her tweets. The two were seen exchanging tweets that included Syamsul who sent a direct tweet to Sharifah's mom calling Sharifah rude and Sharifah telling Syamsul to leave her mom out of it in as a response to his tweet.

The Sepet actress then cleared the air with her other tweets stating that she respects Syamsul's work and is just disturbed by the unfairness and obvious double standard treatment in the industry.

(Source)

Sharifah Amani Sindir <b>Syamsul Yusof</b> di Twitter | Oh! Artis

Posted: 08 Oct 2013 08:10 PM PDT

Sejak kebelakangan ini, pelbagai isu yang dikaitkan dengan filem terbaru arahan pengarah muda Syamsul Yusof iaitu KL Gangster 2. Selain dari telah disabotaj dan dibocorkan ke laman internet sebelum tarikh tayangan rasmi kini giliran pelakon Syarifah Amani pula menyatakan perasan tidak puas hatinya terhadap filem itu melalui laman sosial Twitter.

ohartis-sharifah-amani-syamsul-yusof-gaduh-twitter-1

Biarpun Syarifah Amani tidak menyatakan filem yang dimaksudkan namun melalui setiap penulisannya itu sudah cukup jelas mengambarkan dia sedang memperitikaikan filem KL Gangster 2. Menurut Amani, dia agak terkilan kerana filem Syamsul Yusof itu tidak dilabelkan sebagai PG13 biarpun mempunyai banyak unsur-unsur ganas, lucah dan lain-lain.

Syamsul yang kini sedang memdiam diri akhirnya muncul membalas kenyataan Syarifah Amani tersebut malah sekali gus melabel pelakon wanita itu sebagai kurang ajar.

ohartis-sharifah-amani-syamsul-yusof-gaduh-twitter-2

ohartis-sharifah-amani-syamsul-yusof-gaduh-twitter-3

Namun, selepas mendapat reply dari Syamsul Yusof, Sharifah Amani segera menafikan bahawa ia pendapat peribadinya malah mengagumi karya pengarah muda itu dan adiknya.

OHARTIS: APAPUN, REZEKI MASING-MASING. TAK PAYAH NAK PERTIKAI LAH.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan