Nuffnang

Sabtu, 12 Oktober 2013

Scha Alyahya - Google Blog Search

Scha Alyahya - Google Blog Search


(15 GAMBAR)Awal Ashaari & <b>Scha Al Yahya</b> Bermain Salji Di Mount <b>...</b>

Posted: 01 Sep 2013 08:11 PM PDT


Ah ~~ Teringat kenangan Abang Nara bermain salji di Korea apabila melihat gambar-gambar pasangan suami isteri Awal Ashaari dan Scha Al Yahya ini. Memang seronok. Tambah-tambah lagi kalau pergi main ski. Nampak senang tapi sebenarnya susah. Tergolek itu perkara biasa.

scha alyahya

Semoga dengan percutian sebegini, hubungan Awal dan Scha akan bertambah erat. Mana tahu ada berita baik apabila pulang kelak. Sama-samalah kita doakan semoga akan hadir orang ketiga dalam keluarga mereka. Pasti mereka sendiri tak sabar nak menimang cahaya mata.

scha alyahya

Beberapa lagi keping gambar percutian Awal dan Scha di Mount Buller, Melbourne dengan membaca artikel ini sepenuhnya.


scha alyahya
scha alyahya
scha alyahya
scha alyahya
scha alyahya
scha alyahya
scha alyahya
scha alyahya
scha alyahya
scha alyahya
scha alyahya
scha alyahya
scha alyahya

Baca Yang Ini Pulak:-

Percutian Awal Ashaari & <b>Scha al-Yahya</b> Ke Mount Buller, Australia <b>...</b>

Posted: 20 Aug 2013 10:00 AM PDT

Selepas puas beraya di Malaysia, agaknya musim selebriti kita semua bercuti ke luar negara menghabiskan baki cuti yang mereka ada. Mungkin.

BACA: Aaron Aziz & Isteri Sambut Ulangtahun Perkahwinan Di Maldives

Kali ini, kita ada pasangan Awal Ashaari & Scha al-Yahya yang kini sedang berada di Mount Buller, Victoria, Australia menikmati cuti mereka.

Tiba di bumu Australia pada Isnin lalu, Awal Ashaari menerusi akaun Instagram beliau kongsikan beberapa gambar mereka berdua menikmati cuaca sejuk di lokasi tumpuan sukan salji popular itu.

Pasangan ini nampaknya tidak hanya pergi berdua apabila beberapa orang rakan rapat mereka termasuk adik Scha al-Yahya sendiri dapat di'lihat dalam beberapa gambar yang di'kongsi.


<b>Scha Al Yahya</b> Hidap Ketumbuhan Dalam Rahim

Posted: 23 Sep 2013 12:30 AM PDT

Pada: Isnin, 23 September 2013 Meskipun bukan kali pertama Shcha Alyahya menjalani pembedahan, debaran tetap ada apabila diusung masuk ke bilik bedah pada 5 September lalu.

Hanya Tuhan tahu betapa terkejutnya dia apabila disahkan mengidap Endometriosis ketika melakukan pemeriksaan di Pusat Perubatan Pantai, Bangsar sehari sebelum itu.

Tidak terlintas di fikiran sakit perut melampau yang dialami setiap kali datang bulan berpunca daripada masalah itu. Berkongsi pengalaman itu, dia yang pernah mengidap apendiks sepuluh tahun lalu bersyukur kerana penyakit itu dapat dikesan awal sebelum beralih ke fasa lebih serius.

"Mulanya saya hanya melakukan pemeriksaan pada 4 September lalu kerana sakit perut kronik apabila datang haid. Keadaan itu bertambah teruk selepas berkahwin hingga terpaksa bergantung dengan ubat tahan sakit.

"Selepas buat endoskopik, saya disahkan mengidap endometriosis, sejenis ketumbuhan dalam rahim. Biarpun saiznya kecil, ia ada di beberapa tempat seperti jerawat. Doktor maklumkan ketumbuhan itu belum sampai tahap serius tetapi jika tidak dibuang, ia boleh membesar dan membahayakan nyawa.

"Walaupun terkejut, saya bersyukur sebab tahu awal. Atas nasihat doktor, saya setuju dibedah dan tidak mahu berlengah lagi. Awal pun tidak sampai hati lihat saya selalu sakit perut yang kronik setiap kali datang bulan.

"Doktor tebuk satu lubang di pusat dan dua lagi di tepi perut untuk bersihkan ketumbuhan itu. Syukur pembedahan ini berjaya dan saya dibenarkan keluar hospital pada 7 September lalu,"

"Seminggu saya terpaksa berbaring saja. Bergerak sikit pun terasa sakit. Risau juga bila ambil masa untuk pulih tetapi masuk minggu kedua, saya sudah boleh bangun dan bercakap serta ketawa seperti biasa.

"Saya berterima kasih dengan mama dan Awal kerana menjaga saya dengan baik. Mereka bising bila saya buat kerja rumah. Biasalah, saya tak boleh tengok rumah bersepah, mesti kemas.

"Saya tidak boleh berlari atau angkat benda berat selama 10 minggu. Malah, doktor minta saya kurangkan pengambilan makanan ringan dan segera bagi mengelakkan penyakit itu berulang lagi. Selepas ini, saya kena banyak makan sayur dan buah,

"Sejak kali pertama datang bulan, saya sudah sakit perut. Saya fikir, ia normal kerana ramai mengalami masalah sama. Tak sangka pula sakit perut kronik itu rupa-rupanya berpunca daripada Endometriosis. Kalau tidak melakukan pemeriksaan, sampai sekarang saya tak tahu kewujudan penyakit itu dan ia akan jadi makin parah.

"Kepada wanita termasuklah golongan remaja, jangan abai jika sakit perut. Lakukanlah pemeriksaan dan dapatkan rawatan segera jika ada masalah," -Scha al Yahya

"Sedih tengok isteri lemah atas katil dan ketika menolaknya masuk ke dewan bedah, saya sangat sebak. Saya tunggu sejam setengah di luar dewan pembedahan itu. Lebih membuatkan saya sebak lihat keadaannya ketika keluar dari bilik pembedahan dan dibawa ke bilik.

"Risau sungguh lihat keadaannya yang 'blur' dan tidak kenal saya. Sebaik sampai ke bilik, dia tidur hingga malam. Apabila sedar, barulah dia boleh minum dan ketika itu dia tanya jam berapa dia keluar dari dewan bedah dan apa yang berlaku.

"Selepas dengar soalan itu, barulah saya dapat bernafas lega. Bagi saya dia wanita yang kuat dan saya bangga jadi suaminya. Walaupun tidak dapat selalu menemaninya di hospital berikutan terikat dengan kerja, saya selalu telefon untuk tahu keadaan terkininya.

"Syukur ibu mentua ada untuk pantau Scha. Malam barulah saya dapat temankan dia. Kalau ikutkan hati, saya mahu duduk saja sebelah dia tapi apa boleh buat, saya tidak boleh sewenang-wenangnya batalkan kerja," -Awal Ashaari

kami mendoakan agar Scha cepat sembuh dan pulih seperti sediakala. Amin. -sumber HarianMetro

Tag : , , , , , ,

Komen yang betul-betul negative/promosi dan seumpamanya akan dibanned terus untuk berkomen di sini. terima kasih

Tiada ulasan:

Catat Ulasan