Nuffnang

Rabu, 21 Mei 2014

Didie Alias - Google Blog Search

Didie Alias - Google Blog Search


Video <b>Didie Alias</b> mengandung/hamil - Gossip Artis Malaysia

Posted: 09 Apr 2014 09:30 PM PDT

Pada: Khamis, 10 April 2014
Artis Mengandung, Didie Alias, Hamil, Majalah, Pelakon, Pelawak, Suami Isteri, Video Artis,
Didie Alias yang kini sudah hamil dengan usia kehamilannya dalam 6 bulan. Dalam beberapa minggu lagi untuk bersalin, Didie sempat dipanggil pihak MediaHiburan untuk sesi photoshoot untuk edisi majalah mereka akan datang. Turut bersama adalah suaminya, Norisham Ismail.

Tag : , , , , , , ,

Komen yang betul-betul negative/promosi dan seumpamanya akan dibanned terus untuk berkomen di sini. terima kasih

myartis.com : KES KELAKAR - BILA SUAMI <b>DIDIE ALIAS</b> MENGIDAM

Posted: 15 Apr 2014 08:29 PM PDT

Terbalik!

Itulah yang dapat disimpulkan mengenai kehamilan Didie Alias yang kini sudah masuk bulan ke enam. Bukan dia yang mengidam… tetapi suaminya pula yang mengidam dan turut mengalami alahan bagaikan sedang hamil layaknya.

"Selain muntah-muntah dan loya, suami saya turut mengalami sakit pinggang selain mengidam pelbagai makanan seperti mana berlaku kepada kebanyakan wanita hamil yang lain.

"Saya rasa pelik dengan suami saya kerana dia sering tidak sihat dan membuatkan saya risau akan keadaannya. Dia juga mengalahkan wanita yang sedang mengandung kerana dia sentiasa tidak sihat.

"Sebelum ini semasa saya hamil, saya tidak pernah mengalami alahan termasuklah ketika mengandung kali ini. Jadi apabila pembawakan budak itu berlaku kepada suami saya, ia perkara yang agak pelik dan merisaukan saya," ujarnya kepada media.

"Selalunya dalam tiga bulan simptom 'pembawakan budak' itu akan hilang tetapi tidak pada suami saya kerana dia lagi over dari saya.

"Malah perutnya juga hampir sama besar dengan saya kerana sering mengidam untuk makan pelbagai menu," kata Didie lagi dengan nada lucu.

Didie dijangka akan bersalin Julai depan. Hasil pemeriksaan doktor, Didie dikatakan bakal mendapat bayi lelaki.

"Seronok dapat bayi lelaki. Saya pun hanya ada seorang anak lelaki sahaja," tambahnya.

         ________________________

Tiada ulasan:

Catat Ulasan