Nuffnang

Rabu, 21 Mei 2014

Zul Huzaimy - Google Blog Search

Zul Huzaimy - Google Blog Search


<b>Zul Huzaimy</b> Bercinta Dengan Isteri Orang? - KeZooM - Blogger

Posted: 01 Apr 2014 11:15 PM PDT

Zul Huzaimy Bercinta Dengan Isteri Orang? | Sekitar tiga tahun lalu, kisah perceraian Zul Huzaimy dan bekas isterinya, Nor Dalilah Muhammad meletup dan menghiasi ruangan akhbar.
Mana taknya, pada ketika itu timbul spekulasi mengatakan bahawa Zul sanggup menceraikan isterinya hanya kerana tergila-gilakan seorang wanita di laman sosial Facebook.

Pernah mengakui bahawa dirinya sunyi selepas berpisah, terkini dua keping foto pelakon kacak itu bersama seorang wanita yang dipercayai teman istimewanya.


Menerusi laman Instagram milik Zul, pelakon tersebut juga dilihat turut berkongsi foto bersama wanita itu dan secara terang-terangan membahasakan wanita itu dengan panggilan sayang.

Namun, apa yang tak sedap didengar apabila beberapa sumber memberitahu bahawa wanita berusia 28 tahun itu khabarnya masih berstatus isteri orang.


Turut dikatakan yang wanita tersebut berasal dari Kuala Lumpur merupakan seorang pelakon bagi sebuah drama terbitan produksi swasta. Harapnya isu yang timbul ini hanya khabar angin semata-mata.

sumber
http://www.ohbulan.com/sudah-lebih-3-tahun-bercerai-zul-huzaimy-kini-didakwa-bercinta-dengan-isteri-orang/

Tiada ulasan:

Catat Ulasan