Nuffnang

Rabu, 21 Mei 2014

Eira Syazira - Google Blog Search

Eira Syazira - Google Blog Search


"Biar Pihak Polis Selesaikan" - <b>Eira Syazira</b> - Gua.com.my

Posted: 15 May 2014 11:55 PM PDT

Menerusi laporan akhbar Harian Metro semalam, aktres Eira Syazira didakwa telah menampar seorang krew produksi ketika penggambaran telefilem 'Pulanglah Abah', baru-baru ini.

Menafikan perkara tersebut, Eira memberi respon yang tuduhan tersebut adalah mengarut. Namun begitu, krew produksi terbabit berharap Eira memohon maaf kepadanya atas kejadian tersebut.

GUA menghubungi Eira untuk mendapatkan penjelasan lanjut mengenai kes tersebut.

"Buat masa ini, saya enggan komen lanjut mengenai isu ini. Saya tidak mahu berikan apa-apa kenyataan. Ada pihak yang cuba untuk menjatuhkan saya. Saya sudah melakukan laporan polis mengenai perkara ini. Tunggu dan lihat sahaja, biar pihak polis selesaikan nanti," ujar Eira memulakan bicara.

"Sebenarnya, sewaktu kejadian, saya sudah buat laporan polis. Tapi kini saya buat susulan lanjut untuk laporan tersebut. Sepatutnya, perkara ini boleh diselesaikan, tapi kenapa dia menggunakan media? Perkara ini tidak baik untuk saya dan seakan cuba menjatuhkan saya. Jadi, saya akan mengambil tindakan undang-undang," ujar Eira lagi.

Bercakap mengenai perasaaan Eira apabila ditimpa dengan kontroversi sebegini,  aktres drama 'Cinta Balqis' ini mengakui dirinya tidak terkilan. Namun, turut berasa lucu.

"Saya tidak terkilan, tapi saya rasakan perkara ini kelakar. Pihak sana mendakwa saya menampar dan memukul dirinya, sedangkan dia lelaki, saya perempuan. Perkara ini mengarut. Kini, saya harap pihak di sana bersabar dan biar polis yang selesaikan," ujar Eira mengakhiri bicara.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan