Nuffnang

Rabu, 21 Mei 2014

Sharnaaz Ahmad - Google Blog Search

Sharnaaz Ahmad - Google Blog Search


Nisdawati Dakwa Dimarah Dan Dimaki Oleh <b>Sharnaaz Ahmad</b> |

Posted: 23 Feb 2014 06:45 PM PST


Nampak gayanya nama Sharnaaz Ahmad memang tidak pernah lekang daripada kontroversi. Baru sahaja "diam" selama 2,3 bulan, hari ini nama Sharnaaz Ahmad kembali menjadi panas. Mana tidaknya, Nisdawati mendakwa pelakon lelaki itu telah memaki dan memarahi dirinya di lokasi penggambaran drama Bukan Aku Tak Cinta.

sharnaaz ahmad

Kejadian yang berlaku pada 19 Februari dan 21 Februari lalu di Kuang, Sungai Buloh menyaksikan Sharnaaz memarahi dan cuba menyerang Nisdawati. Cerita Nisdawati menerusi Harian Metro hari ini:-

Sharnaaz tiba-tiba memarahi saya tanpa sebab dan tidak juga menyatakan kenapa dia berbuat demikian. Ketika itu saya hanya mendiamkan diri bagi mengelakkan keadaan bertambah buruk. Selepas tamat penggambaran, saya memaklumkan kepada suami.

Suami menenangkan saya sebelum menasihatkan supaya bersabar dan hanya mendiamkan diri. Namun pada 21 Februari lalu, keadaan bertambah buruk apabila Sharnaaz sekali lagi mahu menyerang saya di lokasi penggambaran di Sungai Buloh. Saya bernasib baik kerana dia dihalang kru.

nisdawati

Suami Nisdawati, Fauzi Nawawi turut sama berkongsi SMS berbaur ugutan yang diterimanya daripada Sharnaaz. SMS tersebut dihantar oleh Sharnaaz selepas Fauzi Nawawi meminta penerangan kenapa isterinya ditengking. SMS tersebut tertulis seperti di bawah:-

Sekarang lu cerita apa pun wa mau beli. Big bos sudah roger gua. Wa tak boleh kasi malu wa punya bos. Harp lu faham. Ini kali kita kasi habis.

poji

Laporan polis telah pun dilakukan oleh Fauzi Nawawi dan Nisdawati mengenai tindakan Sharnaaz Ahmad ini. Sama-samalah kita nantikan hasil siasatan. Sukar juga untuk mengetahui kebenaran cerita ini. Pastinya ada saksi yang terdiri daripada kru penggambaran drama ini yang boleh tampil untuk membantu siasatan.

Baca Yang Ini Pulak:-

Tiada ulasan:

Catat Ulasan