Nuffnang

Rabu, 21 Mei 2014

Neelofa - Google Blog Search

Neelofa - Google Blog Search


<b>Neelofa</b>: Saya Menulis Bukan Untuk Hentam Sesiapa | ROTIKAYA

Posted: 18 May 2014 05:27 AM PDT

Kerana Nota Neelofa setiap Ahad di akhbar Metro, nama Neelofa kembali hangat diperkatakan. Penulisan Neelofa dalam akhbar tersebut dikatakan agak sinis seolah olah ditujukan kepada seorang selebriti yang sedang perang dingin dengan wartawan hiburan.

"Lofa tak bergaduh dengan sesiapa," ringkas jawapan yang diberikan Neelofa ketika ditemui di majlis pelancaran hLive! Astro baru baru ini.

Neelofa meminta orang ramai untuk mengikuti penulisan Nota Neelofa pada setiap Ahad untuk mendapatkan sebarang jawapan kerana dia tidak akan memberikan sebarang kenyataan lisan dan bertegas tidak akan menjawab sebarang pertanyaan berhubung isu tersebut.

Bagi Neelofa, peluang yang diberi oleh pihak Metro Ahad adalah satu penghormatan buat dirinya. Nota Neelofa bukan sekadar diari tapi medium untuk berkongsi segala ilmu yang dimiliki selain berkongsi pengalaman melawat negara luar dan isu semasa.

"Nota Neelofa adalah untuk satu Malaysia baca. Untuk dibaca oleh semua. Bukan surat yang ditujukan kepada seseorang"

Terang Neelofa, bukan sekadar isu Nota Neelofa saja dia dihentam malah sebelum ini pun sentiasa ada dua pihak yang menyokong dan menentang dan baginya itu adalah perkara normal yang perlu dilalui setiap hari.

Semakin Kerap Ikuti Ceramah Agama

Dalam perkembangan lain, Neelofa sekarang dilihat sering menghadirkan diri di majlis-majlis agama. Baginya ilmu yang diterima dari kelas-kelas agama mampu membuka fikiran tentang sesetengah perkara yang kadangkala manusia alpa tentang bertapa pentingnya sesuatu perkara tersebut.

Jelas Neelofa dia sudah terlalu lama meminati Profesor Muhaya namun baru sekarang berpeluang menghadirkan diri ke ceramah ceramah beliau.

"Dari dulu lagi Lofa memang suka dengar ceramah. Lofa memang peminat setia Professor Muhaya. Semua ceramah beliau kat ikim.fm tu Lofa dah dengar semua. Cuma Lofa takde kawan yang selalu ajak ke ceramah-ceramah macam ni. Sejak akhir-akhir ni Lofa bersyukur kerana dipertemukan dengan kawan-kawan perempuan yang suka dengar ceramah dan forum"

Neelofa juga berkata yang dia tidak peduli jika ada mulut-mulut jahat yang menuduh dia seolah olah hendak menunjuk-nunjuk.

"Lofa pergi untuk tambah pengetahuan. Yang penting niat, antara Lofa dengan Allah saja yang tahu," tambah Neelofa sebelum mengakhiri perbualan. (rtky/bsr)


Tiada ulasan:

Catat Ulasan