Nuffnang

Rabu, 21 Mei 2014

Farid Kamil - Google Blog Search

Farid Kamil - Google Blog Search


pdrm nafikan <b>farid kamil</b> menyertai latihan utk - Bersama Mazidul

Posted: 17 Jan 2014 09:20 AM PST

[ Sumber : Kosmo Online ]

Pelakon dan pengarah filem, Farid Kamil Zahari mendakwa  menyertai latihan Unit Tindakan Khas, UTK di Muar, Johor seperti dilaporkan oleh Utusan Malaysia.

Klik di sini.



Farid juga didapati membuat kenyataan serupa di Kosmo Online.
Klik di sini.

TIDAK mungkin 2 akhbar tersalah lapor.
Maksudnya, pelakon dikenali ramai itu berkongsi kenyataan sama dan dipaparkan oleh di dua akbar berbeza. Barangkali dia terlalu kepingin menyertai UTK lalu mendakwa sanggup berpisah selama 3 bulan dengan anak kecilnya demi memenuhi impian itu. 
Hebat.


[ Petua PERCUMA komunikasi berkesan, klik di sini ]
Berikutan dakwaan itu, Penolong Ketua Urus Setia KPN (Komunikasi Korporat), ACP Datin Asmawati Ahmad bertindak pantas mendedahkan FAKTA.



Farid ternyata TIDAK menjalani latihan UTK seperti dihebahkan di media.
Terima kasih Pasukan Polis Diraja Malaysia, PDRM kerana meleraikan kekeliruan tercetus. Menjelaskan FAKTA, simbol integriti PDRM masih terus terpelihara. 
Pembaca kini tidak mudah diperkotak-katikkan dengan berita 'lakonan' sebegitu. 


Masih terfikir, apakah motif sebenar Farid menghebahkan berita kononnnya dia berlatih 12 jam sehari, mendaki bukit, berlari 3 kilometer setiap hari serta menggunakan senjata api?
Saya mempunyai sebilangan rakan menganggotai skuad elit PDRM itu. Mereka lazimnya enggan identiti diri didedahkan kepada majoriti masyarakat umum biarpun berbangga dengan tugasan berisiko tinggi dipikul.


Tiada ulasan:

Catat Ulasan