Bront Palarae - Google Blog Search |
- POLITIK HARIAN: Maya Karin Cintakan <b>Bront Palarae</b>?
- <b>Bront Palarae</b>: Ya, Saya Sudah Punya Kekasih!
- <b>Bront Palarae</b> Seram Masuk Bangsal Jwanita?
POLITIK HARIAN: Maya Karin Cintakan <b>Bront Palarae</b>? Posted: 25 Jun 2012 10:00 PM PDT Keakraban dan kemesraan dua pelakon tempatan, Maya Karin dan Bront Palarae jika bukan dilihat dari sudut profesionalisme, pasti ramai yang menyangka bahawa mereka adalah pasangan kekasih yang sedang hangat bercinta. Heroin filem "Ombak Rindu", Maya Karin tidak menafikan bahawa perasaan cinta itu wujud kepada Bront Palarae. "Saya cintakan Bront sebagai aktor dan juga kawan. Bagi saya, dia adalah kawan saya yang paling rapat dalam industri. "Persamaan kami dapat dilihat daripada cara kami berfikir, tidak kira mengenai isu masyarakat, politik, muzik ataupun filem. Pendek kata pemikiran kami banyak persamaan dalam segenap aspek," jelas aktres berusia 32 tahun ini ketika diusik mengenai kemesraan antara mereka. Ujar Maya lagi, filem terbaru arahan Osman Ali, "Jwanita" ini menyaksikan gandingan kali keenam antaranya dan Bront. "Apa yang boleh saya katakan, Tuhan menyatukan saya dengan Bront, tetapi hanya dalam filem sahaja." Sementara itu Maya yang sudah solo sejak perkahwinannya dengan Steven David Shorthose musnah hampir dua tahun lalu turut enggan mengulas lanjut selepas dikhabarkan hadir di sebuah majlis makan malam bersama seorang ahli perniagaan berpangkat Datuk, baru-baru ini. Malah Maya menafikan tidak mempunyai hubungan istimewa bersama Datuk berkenaan, sebaliknya sudah berkawan baik sejak empat tahun lepas.- Cinema Online |
<b>Bront Palarae</b>: Ya, Saya Sudah Punya Kekasih! Posted: 26 Jul 2012 05:00 AM PDT berita | Tempatan Teks oleh Syafiqah Jalal KUALA LUMPUR, 26 JULAI 2012: Sukar sebenarnya untuk berselindung di kala hati sedang diulit cinta. Barangkali, itulah yang dirasai aktor kacak, Bront Palarae hingga akhirnya dia membuat pengakuan bahawa sebenarnya sudah punya kekasih hati. Begitupun, Bront Paralae yang cukup berhati-hati untuk berkongsi kisah peribadinya kepada umum itu berkaTa dia lebih selesa tidak begitu terbuka bercerita mengenai kekasih yang selama ini dicintainya. "Sebagai seorang manusia yang normal, saya akui saya sedang mencintai dan dicintai oleh seorang wanita yang selami ini menjadi kekasih saya. Namun, saya tidak selesa jika kisah peribadi saya diketahui umum kerana saya juga seperti manusia biasa yang mahukan privasi. "Lagipun, saya tidak nampak apa fungsi saya bercerita mengenai kisah peribadi kepada umum kerana ia tidak memberi kebaikan kepada sesiapa pun. Walau bagaimana pun, saya tidak akan berselindung untuk memberitahu umum bila kami ditakdirkan akan berkahwin nanti" katanya ketika dihubungi murai.com.my Menurut pelakon Jiwa Taiko ini lagi, cukuplah dia berkongsi mengenai kariernya kerana dia berpendapat peminat selama ini meminatinya hanya atas dasar meminati lakonannya sahaja dan bukan dirinya secara peribadi. "Saya rasa peminat lebih suka hendak tahu mengenai karier saya berbanding peribadi kerana mereka meminati lakonan saya dan bukan diri saya. Malah mereka mengenali saya hanya menerusi lakonan saya dan bukan diri saya sebenar. "Jika ada yang sukakan saya dan hendak bergambar dengan saya, itu saya hargai kerana maksudnya mereka mahu jadikan gambar itu sebagai cenderahati daripada karakter yang saya bawakan di dalam mana-mana drama atau filem," jelasnya lagi kepada murai.com.my. Mengenai perkembangan Bront yang lain, dia kini berada di Terengganu bagi menjalani penggambaran filem Jwanita arahan Osman Ali bersama pelakon lain seperti Maya Karin, Cristina Suzanne dan ramai lagi sejak 3 minggu lalu. |
<b>Bront Palarae</b> Seram Masuk Bangsal Jwanita? Posted: 31 Jul 2012 05:00 AM PDT berita | Tempatan Teks oleh Syafiqah Jalal KUALA LUMPUR, 31 JULAI 2012: Tidak seperti ramadan sebelum ini, Bront Palarae akui tahun ini dia tidak punya kesempatan untuk berehat sepanjang menjalani ibadah puasa pada bulan ini kerana sibuk terlibat dalam pembikinan filem Jwanita. Bront yang sudah menjalani penggambaran Jwanita selama 3 minggu di Kemaman Terengganu sejak seminggu lebih sebelum menjelangnya ramadan berkata, agak mencabar apabila dia terpaksa menjayakan penggambaran filem arahan Osman Ali itu ketika menjalani ibadah puasa. "Kalau boleh, saya tidak mahu berlakon ketika bulan puasa kerana saya takut ia akan menjadi alasan untuk saya tidak berpuasa (sekiranya berlaku). Mana tidaknya, sudah tentu kita akan penat apabila berlakon ketika berpuasa. "Namun, kali ini saya terpaksa berkorban sedikit. Bagaimana pun, saya bersyukur kerana penggambaran Jwanita banyak dijalankan pada waktu malam dan ianya tidak langsung mengganggu ibadah berpuasa saya di siang hari. "Cuma di siang hari, badan akan berasa sakit-sakit sedikit kerana sewaktu melakukan penggambaran pada waktu malam, saya perlu melakukan banyak babak-babak aksi seperti bergaduh berkejar dan sebagainya,"katanya ketika dihubungi murai.com.my. Bront Palarae kini sudah pun pulang ke Kuala Lumpur sejak 27 Julai untuk menyambung sebahagian penggambaran filem Jwanita di sini. Mengulas mengenai filem yang turut dibintangi pelakon hebat seperti Maya Karin dan Cristina Suzanne, Bront memberitahu, Jwanita merupakan filem pertama bergenre seram thriller yang pernah dibawakannya. "Secara peribadi, saya seorang yang tidak gemar menonton filem seram kerana jika saya tonton, saya takut ia akan terbawa ke mimpi. Tapi tidak tahu bagaimana saya pula boeh berlakon dalam filem seram pertama arahan Osman Ali ini. "Walaubagaimanapun setakat ini, apa yang saya lihat Osman Ali berjaya membawa cerita ini menjadi filem seram yang segar terutama dari segi cara penyampaiannya yang agak berbeza daripada filem seram biasa tempatan. "Saya tidak mahu mengulas lanjut mengenai filem ini kerana saya rasa penonton patut tunggu sehingga ia ditayangkan untuk lebih menjiwai dan merasai sendiri genre baru daripada pengarahnya. "Namun, apa yang boleh saya beritahu, saya sendiri seram ketika melangkah masuk ke dalam bangsal yang disediakan krew produksi untuk menjayakan babak seram dalam filem ini. Suasana agak menakutkan," jelasnya lagi. Sungguh pun begitu, Bront memberitahu dia tidak perlu risau kerana dalam filem tersebut dia hanya memegang watak sebagai pakar sakit jiwa dan tidak banyak berhadapan dengan babak-babak seram. "Saya rasa watak saya sebagai ahli psikiatri dalam filem ini adalah cukup sinonim dengan saya yang mana tidak percaya kepada hantu," tambahnya lagi. Selepas Jwanita, Bront Palarare dijangka bakal mebintangi sebuah filem daripada arahan pengarah terkenal yang belum dapat didedahkan lagi. |
You are subscribed to email updates from Bront Palarae - Google Blog Search To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan