Que Haidar - Google Blog Search |
- Nama Anak <b>Que Haidar</b> Tiada Kaitan Dengan Ratu Firaun <b>...</b>
- CLEOPATRA BUKAN NAMA FIRAUN - <b>QUE HAIDAR</b> - MyArtis
- Isu Beri Nama Anak 'Cleopatra' Dicemuh: <b>Que Haidar</b> Bersuara
Nama Anak <b>Que Haidar</b> Tiada Kaitan Dengan Ratu Firaun <b>...</b> Posted: 27 Aug 2012 08:30 PM PDT You Are Here: Home » Berita Hiburan » Nama Anak Que Haidar Tiada Kaitan Dengan Ratu Firaun Pelakon Que Haidar menyifatkan individu yang mempersoalkan nama anak keduanya iaitu Tengku Cleopatra Haidar yang dikatakan menyerupai nama Firaun sebagai tidak masuk akal. Que berkata, nama tersebut dipilih berdasarkan maksudnya daripada bahasa Greek yang menggambarkan seorang wanita cekal dan berkepimpinan tinggi. "Semasa membuat pemilihan nama itu saya dan isteri langsung tidak terfikir tentang kaitan nama itu dengan seorang ratu Firaun sebaliknya lebih tertumpu kepada gambaran seorang wanita yang tabah dan cekal dalam kehidupannya. "Apabila orang mengatakan saya memberi nama yang tidak elok kepada anak, ia satu tuduhan yang tidak betul. Ibu bapa tidak akan berbuat demikian malah kita sentiasa mahukan yang terbaik buat zuriat kita," ujarnya. Que diminta mengulas tuduhan kononnya dia dan isteri, Linda Jasmine tidak sensitif terhadap pemilihan nama anak yang dikatakan menyamai nama ratu Firaun semasa pemerintahan kerajaan Mesir Purba iaitu Ratu Cleopatra VII. Tambah Que, pemilihan tersebut dibuat atas persetujuan dengan isterinya dan tuduhan-tuduhan yang dilemparkan kepada mereka dibuat tanpa sebarang usul periksa. Dalam pada itu, Que memberitahu apa yang lebih penting anak yang dilahirkan itu adalah seorang Islam dan tumpuannya kini adalah untuk membesarkannya dengan didikan agama yang kuat supaya menjadi seorang Muslim yang sejati. Que berkata, dia tidak terlalu memberikan perhatian terhadap apa yang dikatakan oleh masyarakat terhadap perkara itu sebaliknya ingin terus berusaha untuk membesarkan anak-anak. "Saya sendiri yang iqamatkan anak-anak saya dan mereka adalah seorang Islam. Apa yang lebih penting bagaimana anak-anak saya dibesarkan dan bukannya pada nama," katanya. Sementara itu, Que memberitahu mereka belum bersedia untuk memperkenalkan anaknya itu kepada umum dan hanya akan berbuat demikian semasa majlis cukur jambul selepas Hari Raya Aidilfitri ini nanti. Tengku Cleopatra Haidar atau lebih mesra dengan sapaan Cleo dilahirkan pada 26 April lalu secara pembedahan di Hospital Gleneagles Kuala Lumpur. Selain Cleo, pasangan itu turut dikurniakan seorang lagi anak perempuan iaitu Tengku Ratu Haidar, 2 selain Qalif Khan, 12, iaitu anak pertama Linda bersama bekas suami. Linda dan Que itu berkahwin pada 14 Februari 2009. | ||
CLEOPATRA BUKAN NAMA FIRAUN - <b>QUE HAIDAR</b> - MyArtis Posted: 27 Aug 2012 12:21 PM PDT Ada segelintir pihak berkata, mencari nama yang baik bukan untuk mendapat pujian atau untuk melambangkan status sosial dan seumpamanya, tetapi ia adalah satu ibadah yang dituntut oleh agama. Abu Dawud telah meriwayatkan dari Abu Darda' RA. katanya, Rasulullah SAW bersabda: "Sesungguhnya kamu semua akan dipanggil dengan nama-nama kamu dan nama-nama bapa kamu pada Hari Kiamat, maka perelokkanlah nama-nama kamu." Bagaimanapun, bagi pelakon Que Haidar, beliau menyifatkan individu yang mempersoalkan nama anak keduanya yang diberi nama 'Tengku Cleopatra Haidar' yang didakwa menyerupai nama Firaun sebagai tidak masuk akal..! Dua anak Que & Linda, sebelum lahirnya Tengku Cleopatra... Dakwanya, nama Cleopatra dipilih berdasarkan maksud bahasa Greek yang menggambarkan seorang wanita cekal dan berkepimpinan tinggi. "Semasa membuat pemilihan nama itu saya dan isteri langsung tidak terfikir tentang kaitan nama itu dengan seorang ratu Firaun sebaliknya lebih tertumpu kepada gambaran seorang wanita yang tabah dan cekal dalam kehidupannya. "Apabila orang mengatakan saya memberi nama yang tidak elok kepada anak, ia satu tuduhan yang tidak betul. Ibu bapa tidak akan berbuat demikian malah kita sentiasa mahukan yang terbaik buat zuriat kita," ujarnya dipetik sebagai berkata kepada media. Untuk info, tuduhan tersebut timbul berikutan kononnya dia dan isteri, Linda Jasmine tidak sensitif terhadap pemilihan nama anak yang dikatakan menyamai nama ratu Firaun semasa pemerintahan kerajaan Mesir Purba iaitu Ratu Cleopatra VII. "Apa yang lebih penting anak yang dilahirkan itu adalah seorang Islam dan tumpuan saya kini adalah untuk membesarkannya dengan didikan agama yang kuat supaya menjadi seorang Muslim yang sejati. "Saya sendiri yang iqamatkan anak-anak saya dan mereka adalah seorang Islam. Apa yang lebih penting bagaimana anak-anak saya dibesarkan dan bukannya pada nama," katanya seolah memulang 'paku buah keras'. Bagi yang masih belum tahu, Tengku Cleopatra Haidar atau panggilan manjanya Cleo dilahirkan beberapa bulan lalu melalui pembedahan di Hospital Gleneagles Kuala Lumpur. Mereka mempunyai seorang lagi anak perempuan iaitu Tengku Ratu Haidar, 2, dan Qalif Khan, 12, (anak pertama Linda bersama bekas suami). | ||
Isu Beri Nama Anak 'Cleopatra' Dicemuh: <b>Que Haidar</b> Bersuara Posted: 27 Aug 2012 07:55 PM PDT
Siapa tak sayang anak! Begitu juga perasaan pelakon, Que Haidar apabila baru-baru ini nama cahaya mata keduanya yang dilahirkan tiga bulan lalu menjadi pertikaian banyak pihak. Ada yang mendakwa nama Tengku Cleopatra Haidar sangat kebaratan dan tidak sesuai diberikan untuk seorang yang beragama Islam, malah ramai yang menyarankan dia memilih nama yang lebih mencerminkan nilai Melayu dan Islam. Que atau nama sebenarnya Tengku Iskhan Shah Tengku Haidar, 33, yang juga memiliki dua orang anak bersama guru tarian, Linda Jasmine iaitu Qalif Khan (anak hasil perkahwinan pertama Linda) dan Tengku Ratu Haidar, 4, Bercakap kepada Kosmo!, Que berkata sebelum beliau dan isterinya memilih nama itu, mereka sudah memikirkan baik buruk dan sudah memahami maksud di sebalik nama itu. Ertinya kekuatan bapa atau glory of father daripada bahasa Greek. "Sebelum pilih nama itu, kami sudah memikirkan baik buruk dan memahami maksud di sebalik nama itu. Jadi apa masalahnya? Saya rasa tidak perlu timbul isu sesuai atau tidak sesuai nama yang saya beri kepada anak saya. Apakah nama yang sesuai dan melambangkan orang Johor atau orang Malaysia?", Meskipun banyak komen-komen negatif di internet berkenaan pilihan nama Cleopatra, namun Que tetap dengan pendiriannya dan tidak anggap perkara itu besar. Sebaliknya menganggap orang yang memberikan komen di internet, sebagai kurang bijak "Saya tidak anggap perkara itu besar dan saya rasa orang yang memberikan komen di internet tidak berapa pandai. Anak saya seorang Islam dan saya sendiri yang qamat Tengku Cleopatra Haidar. Saya rasa tidak menjadi masalah, Pun begitu, Que mengakui berasa sedih dan terkejut apabila kebanyakan yang memberikan komen terdiri daripada kaum Melayu dan menganggap mereka berfikiran sempit. Namun segala tanggapan negatif itu tidak langsung memberi kesan kepada mereka sekeluarga. Dalam perkembangan lain, Que yang agak lama tidak tampil berlakon baik di kaca TV mahupun di layar perak, berkata dia masih menunggu skrip dan karakter, pengarah dan pelakon lain menepati kriteria yang diinginkan. Bagaimanapun dia masih menantikan tayangan filem Rock 2 pada bulan Mac tahun depan dan ada terfikir untuk berlakon dalam beberapa buah teater lain, tapi belum diputuskan buat masa sekarang.
- mD
|
You are subscribed to email updates from Que Haidar - Google Blog Search To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan