Nuffnang

Ahad, 9 September 2012

Intan Ladyana - Google Blog Search

Intan Ladyana - Google Blog Search


(Gambar) <b>Intan Ladyana</b> Menjadi Perhatian Halimmunan |

Posted: 30 Aug 2012 09:00 PM PDT

Intan Ladyana

Assalamualaikum dan selamat tengah hari semua! Seronok kan korang hari ni cuti. MiG Online pun seronok juga cuti tapi tak lupa untuk post untuk korang semua tau..hehehe. Untuk hari ni MiG Online nak share gambar-gambar Intan Ladyana dalam filem terbaru yang akan ditayangkan minggu depan pada 13 September 2012. Selain Intan, filem ni turut menampilkan Fizo Omar, Gbob Raja Lawak, Zul Suphian, dan ramai lagi. Okay jom kita layan trailer dan gambar-gambar Intan yang muka nampak innocent je pakai baju kurung dalam filem Halimmunan ni. Enjoy!

Apa yang seronok sangat tu Intan??

Intan Ladyana sebagai Suryati dalam Halimmunan

Intan Ladyana dan Fizo Omar

Fizo sebagai Halim bin Munan bersama Suryati lakonan Intan Ladyana

Suryati sedang merasai kehadiran halimunan

Bersama Khatijah Tan yang melakonkan watak sebagai ibu kepada Halim lakonan Fizo

Suryati diganggu oleh halimunan sampai menangis dia..

Antara babak dalam filem Halimmunan

Foto Terbaru <b>Intan Ladyana</b> Berambut Pendek | OHBULAN!

Posted: 08 Aug 2012 09:53 PM PDT

Intan Nurladyana Mohamad Yahaya atau lebih mesra dipanggil Intan Ladyana merupakan nama yang tidak asing lagi di arena filem tempatan. Pelakon manis ini telah membintangi banyak filem terkenal seperti Adnan Sempit, Bini-biniku Gangster, Jangan Pandang Belakang serta V3 Samseng Jalanan.

Sebelum ini Intan Ladyana sering dilihat cantik dengan berambut panjang, namun begitu demi memenuhi keperluan filem lakonan terbarunya, Dampak, Intan terpaksa menukar imejnya kepada berambut pendek.

Menurut Intan Ladyana menerusi akhbar Kosmo! Online, pada awalnya beliau agak gelisah untuk memotong rambutnya kerana sudah terlalu lama dengan imej berambut panjang. Disamping itu, beliau turut mengaku bimbang dengan imej berambut pendek akan menyebabkan mukanya kelihatan lebih berisi. Menurut Intan lagi, kali terakhir beliau berambut pendek adalah ketika menuntut di tingkatan tiga pada zaman persekolahannya dahulu.

Selain itu, Intan turut melahirkan rasa gembira dengan imej terbarunya, kerana kini beliau tidak perlu lagi mengambil masa yang lama untuk bersiap apabila ingin keluar rumah. Tambahan pula untuk menguruskan rambut pendek adalah sangat mudah dan tidak perlu mengambil masa yang terlalu lama untuk berdandan.

Merujuk kepada perkembangan terbaru, Intan dikatakan bakal muncul dalam drama bersiri "Bini-biniku Perkasa" di TV3 yang telah diadaptasi daripada filem Bini-biniku Gangster.

Bagi sambutan Aidilfitri yang akan datang, Intan dan keluarga dikatakan hanya beraya di Kuala Lumpur sahaja. Berbeza dengan tahun-tahun sebelum ini, beliau dan keluarga akan pulang ke kampung ibunya di Bangkok, Thailand.

Kredit Foto : Intan Ladyana

<b>Intan Ladyana</b> selesa berambut pendek

Posted: 08 Aug 2012 12:10 PM PDT

RAMBUT mayang mengurainya sudah begitu sinonim dengan penampilan dirinya yang anggun. Khalayak sudah biasa melihat Intan Ladyana berambut panjang, namun aktres cantik itu terpaksa mengorbankan apa yang menjadi aset penampilannya selama ini.

Bagi memenuhi keperluan filem lakonannya yang baru sahaja tamat penggambaran, Dampak, Intan terpaksa memotong rambutnya menjadi pendek.

Bakal muncul dengan filem Halim Munan yang bakal ditayangkan pada 13 September ini, dia tetap gembira apabila menerima respons baik terhadap imej terkininya itu.

"Memang sayang nak potong rambut, tetapi dalam filem Dampak, saya memegang watak Qyra. Dia harus mempunyai kelainan berbanding adik-beradik yang lain, jadi caranya adalah dengan memotong rambut," jelasnya yang kali terakhir berambut pendek ketika menuntut di tingkatan tiga pada zaman persekolahannya dahulu.

Ujar pelakon filem Bini-Biniku Gangster itu lagi, dia pada awalnya agak gelisah untuk memotong rambutnya itu kerana sudah terlalu lama dengan imej berambut panjang. Selain itu, Intan juga mengakui bimbang dengan imej berambut pendek akan menyebabkan mukanya kelihatan lebih berisi.

"Saya takut muka nampak gemuk, tetapi syukur, semua orang cakap nampak elok. Lagipun bagus juga tukar imej macam ini, ada juga kelainan," jelasnya ketika ditemui pada majlis berbuka puasa bersama pelakon Halim Munan di Restoran Andalus di Bukit Bintang, Kuala Lumpur baru-baru ini.

Jelasnya lagi, dengan imej tersebut, dia kini tidak perlu mengambil masa yang lama untuk bersiap sebelum keluar rumah kerana tidak sukar untuk menjaga rambut pendek.

"Kepala juga terasa ringan dan tidak perlu ambil masa lama untuk urus rambut sikit macam ini," kata kekasih kepada pelakon Kamal Adli itu.

Sementara itu, Intan yang pernah tercalon sebagai Pelakon Pembantu Wanita Terbaik menerusi filem Bini-Biniku Gangster pada Festival Filem Malaysia ke-24, berharap filem Halim Munan bakal meraih sambutan daripada para peminatnya.

Intan melakonkan watak utama sebagai Suriyat iaitu seorang gadis yang menjadi idaman pemuda di kampung, termasuk Fizo Omar yang memegang watak utama Halim Munan.

"Walaupun penampilan saya dalam filem ini tidak banyak, tetapi ia merupakan filem yang harus ditonton kerana banyak menggunakan teknik janaan imej perkomputeran (CGI) yang tidak digunakan dalam filem lain setakat ini," jelasnya yang sudah berlakon dalam lima buah filem sepanjang tahun ini.

Dalam perkembangan lain, Intan bakal muncul di layar kaca menerusi drama bersiri Bini-Biniku Perkasa di TV3 yang juga merupakan adaptasi daripada filem Bini-Biniku Gangster.

Pelakon yang lebih selesa tidak terpalit dengan kontroversi ini juga berharap karier seninya akan terus berkembang tanpa sebarang kisah kurang manis.

"Saya rela tiada cerita langsung di media berbanding heboh dengan cerita kontroversi," jelasnya.

Bercerita mengenai sambutan Aidilfitri nanti, kata Intan, setiap tahun dia memang mengamalkan kesederhanaan dan tidak membeli baju baharu untuk menyambut Aidilfitri.

"Biasanya setiap hari raya, saya dan keluarga akan pulang ke Bangkok, Thailand. Namun, tahun ini kami beraya di Kuala Lumpur sahaja. Kalau beraya di Bangkok, saya tidak perlu pakai baju kurung, jadi sebab sudah biasa tidak beli baju baharu, tahun ini saya pakai baju biasa sahaja," kata Intan yang berdarah kacukan Thailand sebelah ibunya, Wan Zurina Wan Esa.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan