Farid Kamil - Google Blog Search |
- <b>Farid Kamil</b> dan Diana Danielle bertunang | JEJAKTREND
- Pelakon Baru Tidak Ancam <b>Farid Kamil</b> | MyNewsHub
- Diana Danielle – <b>Farid Kamil</b> Soulmate Saya – Perak Today
<b>Farid Kamil</b> dan Diana Danielle bertunang | JEJAKTREND Posted: 04 Sep 2012 06:09 AM PDT Congratulation! Farid Kamil dan Diana Danielle bertunang~ Last Sunday, Farid Kamil eventually engaged with Diana Danielle after they has been together for a while. Diana received a ring on that day ceremony, sheathed by Farid's mother. "Alhamdulillah, segala-galanya berjalan lancar. Sebagai ibu tiada apa yang lebih menggembirakan selain melihat Diana bahagia. "Bukan niat untuk merahsiakannya daripada sesiapa. Cuma itu kehendak Diana dan Farid yang mahu majlis dihadiri keluarga dan saudara mara terdekat. Tiada rakan artis yang diundang. Lagipun ini hanyalah majlis pertunangan saja. Jadi kami buat seringkas yang boleh," – Norsiah They didn't promise the date that they will get into the marriage, however Farid's mother, Norsiah said that it will be arrange within a year. Incoming search terms:
|
Pelakon Baru Tidak Ancam <b>Farid Kamil</b> | MyNewsHub Posted: 21 Aug 2012 08:08 PM PDT PETALING JAYA – Pelakon terkenal, Farid Kamil tidak melihat kemunculan banyak pelakon baru dalam industri hiburan Malaysia sebagai satu ancaman buat dirinya. Malah dia menyifatkan kehadiran mereka adalah sebagai persaingan sihat dan percaya setiap daripada mereka mempunyai keistimewaan tersendiri. "Tidak perlu melihat mereka sebagai ancaman kerana apa yang lebih penting ia satu persaingan sihat di antara pelakon baru dan sedia ada. "Sebagai pelakon yang telah lama berada di dalam industri seni kita perlu melakukan persediaan untuk kekal lama dan bukan hanya duduk tanpa berbuat apa-apa," katanya kepada mStar Online. Tambah Farid, dia cukup bertuah kerana masih mendapat tempat dalam industri hiburan dengan beberapa kejayaan manis sepanjang kariernya. Dalam pada itu, Farid berkata, walaupun sudah lama bertapak sebagai pelakon dia mengakui masih banyak perkara yang perlu diperbaiki dalam memastikan mutu lakonannya sentiasa berada pada tahap yang membanggakan. Farid memberitahu, dia tidak mahu kerjaya lakonannya berada pada kedudukan statik dan membawa watak-watak klise. "Melakukan kesilapan adalah perkara biasa tetapi apa yang penting kita belajar daripada kesilapan tersebut dan jangan cepat berpuas hati dengan apa yang telah dibuat," ujarnya. Ditanya perkembangan terkini, Farid kini sibuk di lokasi penggambaran filem Pengapit arahan Wan Hasliza Wan Zainuddin di samping Rita Rudaini, Anne Ngasri dan Nadiya Nisa. Selain itu, aktor dari Alor Setar, Kedah ini bakal muncul sebagai watak gengster bernama Ewan dalam filem komedi aksi berjudul Hantu Gangster arahan Namewee. Filem itu sudah pun menemui penonton bermula 9 Ogos lalu. – mStar Online Iklan Teks:Berita Berkaitan:PERINGATAN: Mynewshub tidak bertanggungjawab terhadap komen yang diutarakan dalam laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri |
Diana Danielle – <b>Farid Kamil</b> Soulmate Saya – Perak Today Posted: 09 Aug 2012 07:02 PM PDT Peranan sebagai Jameela, guru sekolah rendah yang dibawakan oleh aktres cantik Diana Danielle memberikan dia sebuah pengalaman baru kala beraksi dalam Hantu Gangster di bawah arahan Namewee. Namun kali ini dia beraksi bersama Namewee sebagai pasangannya dan bukan Farid Kamil. Dalam pada itu, portal Murai sempat bertanyakan tentang arah tuju hubungan Diana dan Farid kerana sebelum Farid telah menghadiahkan Diana sebentuk cincin hadiah ulangtahun percintaan mereka. Aktres berusia 21 tahun itu ditemui di Malam Gala Premier filem Hantu Gengster yang diadakan di GSC Berjaya Times Square, semalam. "Kami masih lagi bercinta, tetapi mungkin lebih manis kalau saya katakan Farid merupakan soul mate saya. Dia memahami diri saya dan seorang teman yang sentiasa ada untuk saya. "Saya beruntung mengenalinya kerana Farid seorang yang matang, macam abang pun ada sebab dia selalu bagi tunjuk ajar dan nasihat tidak kiralah dalam lakonan mahupun hal-hal lain,"jawabnya ringkas. Bercakap mengenai Hantu Gangster, menurut Diana, filem ini mengenengahkan konsep baru dalam pembikinan filem seumpamanya. Berpeluang beraksi sebagai pasangan kepada Te Sai lakonan Namewee, Diana merasakan keserasian diantara dirinya dan pelakon tersebut. "Bagi Diana sendiri, Diana mahu mencuba dan mencari watak yang jarang atau tidak pernah Diana lakonkan. Secara tidak langsung ia memberi peluang untuk Diana menambah ilmu dan dalam masa yang sama variety kepada penonton. "Hantu Gangster sebuah filem yang menarik untuk ditonton kerana ia adalah filem kita, filem Malaysia. Bukan selalu penonton dihidangkan dengan hasil karya sebegini. Ia juga dapat memupuk perasaan hormat menghormati diantara kita masyarakat pelbagai kaum di Malaysia. "Namewee pula seorang yang fun, dia menjadi dirinya sendiri dan saya sangat selesa bekerjasama dengannya,"ujarnya yang pertama kali berlakon dibawah arahan Namewee. Tambah Diana lagi, filem yang berkonsepkan penyatuan sesama masyarakat ini perlu dibanyakkan sebagai menyampaikan mesej kepada umum erti perpaduan yang ada di negara kita ini. "Kenapa baru sekarang ada filem seperti ini sebab bagi saya konsep yang ditonjolkan sangat menarik dan mesej yang ingin disampaikan juga diharapkan sampai kepada penonton. "Besar harapan saya untuk filem Hantu Gangster kerana ia memberi peluang kepada semua kaum majoriti yang ada di Malaysia bergabung didalam sebuah filem yang menggunakan bahasa Malaysia. "Secara tidak langsung ia mengajak semua penonton daripada pelbagai kaum pergi menonton dan ia menyatukan kita sesama masyarakat dan ia merupakan perkara yang bermanfaat kepada kita," jelasnya lagi. -murai.com |
You are subscribed to email updates from Farid Kamil - Google Blog Search To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan