Nuffnang

Ahad, 9 September 2012

rosyam nor - Google Blog Search

rosyam nor - Google Blog Search


<b>Rosyam Nor</b> Salahkan Pelakon Jika Drama “Trilogi Cinta 2″ Tak <b>...</b>

Posted: 29 Aug 2012 11:57 PM PDT

Drama "Trilogi Cinta" sebelum ini pernah mencipta kejayaan yang memberangsangkan apabila berjaya mencatatkan rating hampir 2 juta penonton setiap episod ketika ditayangkan di Tv1.

Kini, drama ini kembali semula dengan "Trilogi Cinta 2″ kesinambungan dari siri yang pertama. Ia mengisahkan tentang rumahtangga Norjinah (Fouziah Ghous) dengan Razif (Rosyam Nor). Hubungan Norjinah dan Razif diuji sekali lagi.Bagaimana Norjinah menghadapinya? Manakalah adik Norjinah pula, iaitu Norseha sudah berubah. Selepas kelahiran anak pertamanya, dia yang baru saja bernikah ingin berpisah dengan suaminya. Apakah yang akan jadi selepas ini?

Dalam sidang media yang diadakan di FINAS, pengacara majlis turut memetik kata-kata azimat dari Rosyam Nor sendiri. Rosyam menegaskan bahawa filem ini sememangnya mempunyai aura yang tersendiri dan mampu memikat hati penonton dengan jalan cerita yang menarik.

"Kalau drama ini tidak berjaya, bukan salah skrip atau pengarah, tapi salah pelakonnya." – Rosyam Nor.

Siri baru "Trilogi Cinta" ini juga bakal menampilkan watak-watak baru yang akan dipegang oleh Rita Rudaini dan juga Rebecca Nur Islam. Selain itu, Rosham turut menampilkan 4 orang pelakon baru dari Pilih Kasih 3 dan juga 2 orang dari Pilih Kasih 2. Drama ini berkemungkinan mampu memberikan mereka pendedahan yang lebih kerana ia mempunyai peminatnya yang tersendiri.

Rosyam menjelaskan, "Saya sasarkan rating lebih dari 2 juta penonton. Saya berani cakap juga yang musim kedua Trilogi Cinta lebih bagus dari musim pertama."

Dalam pada itu, sebuah novel yang diadaptasi dari siri pertama "Trilogi Cinta" berjudul "Yang Indah Hanya Mimpi" turut dilancarkan. Apa yang menarik, ini adalah kali pertama sebuah novel diadaptasi dari drama berbanding drama ataupun filem yang selalunya diadaptasi dari novel.

Drama ini akan mula ditayangkan bermula 6 September ini setiap hari Khamis & Jumaat, pukul 10 malam di Tv1.

<b>Rosyam Nor</b> & Jack Lim Berganding Dalam Filem Cina, “Once Upon <b>...</b>

Posted: 02 Aug 2012 10:34 AM PDT

Jika mendengar tajuknya, anda pasti ingat Rosyam Nor akan berlakon dalam filem lakonan Jet Li kan? Bagus kalau benar itu berlaku.

Namun, sebenarnya Rosyam Nor bakal berlakon dalam sebuah filem Cina tempatan yang akan diarahkan oleh pengarah, Silver. Setelah sekian lama bertapak dalam industri, Rosyam memberitahu bahawa dia memang sudah lama mengimpikan untuk berlakon didalam filem berbahasa Cina.

"Apabila mendapat peluang untuk berlakon dalam filem berkenaan (Once Upon A Time) saya bersetuju kerana bukan sahaja memang teringin untuk berlakon dalam filem berbahasa Cina tetapi ia dapat mengembangkan kerjaya saya." – Rosyam Nor.

Rosyam dalam temubualnya bersama mStar Online turut menjelaskan bahawa dia menerima tawaran ini ketika dia sedang menjalani penggambaran untuk filem arahannya, Balistik.

"Semasa melakukan penggambaran filem Balistik, Jack bertanya adakah saya mahu terlibat sama dalam filem tersebut dan saya bersetuju," ujar Rosyam Nor.

Jika sekarang kita lihat Soo Wincci sudah mula menapakkan diri kedalam industri hiburan tempatan dan menarik peminat khususnya peminat berbangsa Melayu, mungkin selepas ini kita boleh lihat Rosyam Nor pula menguatkan lagi pengaruh lakonannya kedalam industri hiburan Cina tempatan.

<b>Rosyam Nor</b> bakal membintangi filem berbahasa Cina - Tupai

Posted: 09 Aug 2012 06:41 PM PDT

Pelakon hebat Rosyam Nor yang pernah menggarap anugerah Asia Pacific Film Festival Award sebanyak dua kali bakal berlakon dalam filem berbahasa Cina yang berjudul "Once Upon A Time". 

Di bawah arahan Silver, filem tersebut turut akan dibintangi Jack Lim yang merupakan seorang juruhebah radio MY FM, Gan Mei Yan, Jason, dan juga Jeff. 

Rosyam dan Silver sememangnya berkawan baik, seperti yang diketahui ramai. Menurut Rosyam, tawaran tersebut dibuat semasa penggambaran filem "Balistik" yang diarah oleh beliau yang turut dibintangi beberapa pelakon sama dalam "Once Upon a Time". 

"Kami sedang memupuk semangat 1 Malaysia, yang mana filem "Balistik" juga dibintangi beberapa pelakon Cina, dan saya sendiri akan berlakon dalam "Once Upon a Time," katanya. 

Sambil berjenaka, beliau menyambung, "Saya percaya yang Silver akan memberikan saya watak besar kerana saya memberikan watak ketua samseng kepada Jack dalam filem saya. Memandangkan Jack memegang watak raja dalam "Once Upon a Time", saya mengharapkan watak seorang raja dari negara lain!" 

Namun, watak yang dipegang Rosyam dalam filem Silver itu adalah seorang pengemis. 

Rosyam kemudianya ditanyakan sama ada beliau tidak kisah hanya diberikan watak kecil. 

"Tidak kira betapa kecil atau besar watak sesebuah filem, semua watak adalah penting. Saya sudahpun berasa istimewa kerana saya seorang yang akan bertutur dalam bahasa ibunda dalam filem tersebut." 

"Once Upon A Time" adalah sebuah filem adaptasi lakonan pendek "Palace Stories" yang popular di saluran MY FM dan disuarakan oleh Jack Lim da Gan Mei Yan. 

Ianya mengisahkan sebuah pengembaraan seorang raja yang biasa hidup senang bersama dua orang temannya di zaman moden setelah melarikan diri dari kekecohan negara yang berlaku. 

Filem tersebut dikatakan bakal diriliskan pada Tahun Baru Cina 2013.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan