Nuffnang

Ahad, 9 September 2012

Erra Fazira - Google Blog Search

Erra Fazira - Google Blog Search


<b>Erra Fazira</b> Tarik Diri & Lisa Surihani Bakal Bawa Watak Tun Siti <b>...</b>

Posted: 29 Aug 2012 01:17 AM PDT

Erra Fazira Tarik Diri & Lisa Surihani Bakal Bawa Watak Tun Siti Hasmah

Maaf jika kami bersikap perlahan tetapi kami baru sahaja mendapat tahu yang Erra Fazira telah pun sah menarik diri dari pementasan Teater Tun Siti Hasmah di Istana Budaya.

Alasan Erra Fazira tidak dapat meneruskan tugas membawa watak utama iaitu Tun Dr. Siti Hasmah adalah kerana jadual kerja yang bercanggah selepas pementasan tertangguh.

Teater Tun Siti Hasmah di'jadualkan bermula pada 30 Ogos 2012 ini namun khabar terbaru mengatakan tarikh baru sudah di'anjak ke 14 September 2012 sebagai tarikh mula.

Menariknya, Media Hiburan hari ini melaporkan yang tugas Erra Fazira bakal di'galas oleh Lisa Surihani yang sebelum ini di'ura urakan sebagai pilihan kedua produksi.

Pementasan teater kali ini kembali menampilkan Esma Daniel sebagai Tun Mahathir & Nazim Othman di'beri cabaran membawa watak Tun Mahathir ketika muda.

Related Posts
Categories
Tag

<b>Erra Fazira</b> Ralat, Tarik Diri Sebagai Tun Siti Hasmah

Posted: 29 Aug 2012 05:00 AM PDT

berita | Tempatan

Teks oleh Kheme Rosly

khemerosly@yahoo.com

KUALA LUMPUR, 29 OGOS 2012: Pementasan teater Tun Siti Hasmah yang sepatutnya dijadualkan bermula pada 30 Ogos 2012 lalu mencetuskan tanda tanya di kalangan pihak media dan khalayak penonton. Apakah statusnya kerana setakat ini tiada sebarang promosi dilakukan pihak penganjur terhadap teater tersebut.

Malah, tunggak utamanya iaitu , Erra Fazira yang memegang watak sebagai Tun Dr Siti Hasmah pula telah mengumumkan untuk menarik diri daripada terlibat dalam pementasan tersebut. Ketika dihubungi portal murai.co.my, Erra Fazira nyata ralat serta turut menjelaskan situasi sebenar yang telah berlaku.

"Ya memang benar saya telah menarik diri daripada menjayakan teater Tun Siti Hasmah dan saya telah berbincang dengan produksi mengenai hal ini dan mereka maklum dengan situasi dan keadaan saya.

"Walaupun di hati saya terasa begitu ralat kerana tidak dapat membawakan watak salah seorang daripada idola yang saya sangat kagumi namun saya akur dengan situasi yang menuntut saya untuk menarik diri.

"Perkara ini disebabkan jadual saya yang telah disusun pada awalnya untuk memberi ruang kepada sesi latihan dan pementasan yang sepatutnya berakhir sehingga 10 September. Namun sehingga akhir ramadan tiada sebarang perkembangan mengenai latihan dan skrip untuk teater tersebut.

"Jadi saya sudah berbincang dengan Datin Paduka Umie Aida selaku penganjur dan dia juga sudah jelas mengenai komitmen saya yang lain kerana mengikut jadual sesi latihan sepatutnya sudah bermula dan tarikh pementasan pula sepatutnya akan bermula pada 30 Ogos ini,"jelasnya panjang lebar.

Ditanyakan mengenai hal penarikan dirinya ini seolah-olah mengikuti jejak langkah Adlin Aman Ramlie dan Zizan Nin, Erra menegaskan bahawa situasinya berbeza kerana dia memang menunggu saat untuk tampil sebagai Tun Dr Siti Hasmah.

"Kalau saya dapat menukar tarikh untuk disamakan dengan tarikh baru pementasan teater itu, mungkin saya akan mampu menjayakan watak tersebut, tetapi selepas 10 September saya akan berada di Singapura atas urusan lain.

"Semua orang juga sudah sedia maklum bahawa lokasi di Istana Budaya mempunyai protokol sendiri dan slot-slot yang telah ditetapkan tidak sewenang-wenangnya boleh ditukar untuk mengikut jadual para pelakon dan saya hormati perkara tersebut,"tambah aktres cantik ini lagi.

Perkara ini telah disahkan sendiri oleh wakil penganjur yang juga teman rapat Erra sendiri iaitu Umie Aida yang telah tampil membuat kenyataan.

<b>ERRA FAZIRA</b> PRIMADONA ANGGUN BUSANA UNGU - Pezol Stylez

Posted: 08 Sep 2012 05:42 PM PDT

Siapa yang tidak kenal dengan primadona cantik ini. Orangnya yang cantik dan kekal maintain dari dulu hingga kini. Walaupun dah berumahtangga dan mempunyai seorang anak akan tetapi beliau masih mampu bertahan sehingga kini dalam dunia seni. Cuma dalam entry ni just nak berkongsi gambar beliau yang berbusana ungu yang nampak sungguh anggun sesuai dengan gelaran primadona melayu terakhir. 



Tiada ulasan:

Catat Ulasan