Nuffnang

Ahad, 9 September 2012

Misha Omar - Google Blog Search

Misha Omar - Google Blog Search


Semakin Cantik: Apa Rahsia <b>Misha Omar</b>? | EH!

Posted: 12 Aug 2012 09:00 PM PDT

Misha Omar 1 1024x709 Semakin Cantik: Apa Rahsia Misha Omar?

Misha bukan sahaja tampil makin cantik namun kulitnya juga tampak lebih berseri. Ramai beranggapan itu adalah seri pengantin, namun apabila mengetahui berita Misha Omar kini disunting Shiseido, terjawab segala persoalannya.

Dilamar Shiseido

Misha sebenarnya terkejut dan tidak langsung menyangka dipilih sebagai duta Shiseido, Malah dia juga tidak teragak-agak menerima pelawaan itu. "Bayangkan Shiseido sudah wujud selama 140 tahun, manakala saya bertapak dalam industri hiburan hanya 10 tahun, siapa yang tidak terkejut? Dan tidak mungkin saya menolak lamaran ini," kata Misha.

Shiseido juga hadir dengan persediaan yang sempurna kala melamar Misha, dan Misha juga turut mencuba semua produk yang ditawarkan, ternyata produk ini memang sesuai dengannya labih-lebih lagi rangkaian White Lucent. Bagi Misha menjadi duta ini satu tanggungjawab besar malah dia juga rasa ia bagaikan satu keperluan untuk menyampaikan atau memperkenalkan produk yang berkualiti kepada wanita di luar sana. Ditanya apakah ciri-ciri yang menarik minat Sheseido pada Misha. "I'm a survivor! Saya bebas dari gosip dan punyai kredibiliti tersendiri, itu antara kriteria yang dititik beratkan Sheseido."

Rejim KecantikanMisha Omar 2 Semakin Cantik: Apa Rahsia Misha Omar?

Penjagaan asas kulit adalah amat penting bagi saya, yang mana membersih, melembut, merawat dan melembap antara yang harus dilakukan setiap hari. Di waktu siang, saya memakai krim tabir suria. Saya tahu kesan cahaya matahari kepada kulit adalah matahari kepada kulit adalah memudaratkan, jadi saya mengamalkan pemakaian krim tabir suria satu tabiat setiap kali keluar rumah.

Serum juga amat penting untuk kulit, dulunya saya tidak begitu disiplin dalam penjagaan kulit, namun semakin meningkat usia, saya menjadi lebih peka akan rawatan kulit. Pemakaian serum mampu merawat kulit dari dalam, malah dengan serum anti-dark spot Shiseido bukan saja mencerah malah menghilangkan tompok hitam pada wajah.

Tip solekan Misha Omar

  1. Saya sukakan gincu merah bertekstur pusam, jadi saya selalu mengoles dua lapisan pada bibir bagi memberi impak yang lebih menonjol.
  2. Memilih bedak asas yang sesuai dengan ton kulit juga penting, jadi pastikan anda memilih rona yang betul.
  3. Pilihlah bedak yang mengandungi SPF. Ia melindungi kulit daripada sinaran matahari yang memudaratkan.
  4. Untuk penggayaan rambut yang menarik, gunakan Shiseido Professional Design Tex 5, ia memastikan gaya rambut anda kekal lama malah tidak melekit dan berminyak.

Teks Izzati Saadin
Gambar Shiseido

<b>Misha Omar</b>: Semakin Berusia, Bertambah Jelita

Posted: 14 Aug 2012 09:00 PM PDT

"I want to age beautifully…" itu kata-kata Misha Omar sebagai duta baru Shiseido dan ia menjadikan produk-produk jenama itu sebagai kemestian dalam rutin harian kecantikannya. Ikuti bicara cantik GLAM bersama penyanyi dan pelakon jelita ini.

Cabaran menjadi jurucakap Shiseido?
Sebagai duta, saya pikul tanggungjawab besar apatah lagi mewakili Shiseido yang punya kronologi sejarah 140 tahun! Mengekalkan imej bersih saya dan kualiti kulit yang baik dan terbela juga menjadi salah satu cabarannya. Tetapi sudah tentu produk Shiseido memberi jalan mudah pada saya dan kualitinya tidak dapat disangkal. Jadi, it's not so much of a challange.

Selepas dipilih menjadi jurucakap, apakah aktiviti seterusnya bersama Shiseido?
Sesi penggambaran dan majlis pelancaran produk adalah aktiviti yang banyak dihabiskan sejak saya menjadi wajah baru Shiseido. Saya mahu berkongsi pengalaman bersama peminat mengenai penggunaan produk Shiseido ini.

Tip kecantikan anda?
Saya percaya untuk kulit sentiasa kekal terhidrat, saya perlu minum air yang banyak dan memakai pupur. Salah satu produk Shiseido kegemaran saya adalah Shiseido White Lucent Intensive Brightening Mask. Selepas pakai, kulit saya jelas nampak lebih cerah dan permukaan kulit muka juga terasa lebih lembap.

Idola kecantikan anda?
Cameron Diaz. Walaupun dia mempunyai banyak garis kedut, kedutan itu nampak cantik seakan terjaga. Untuk wanita seusia Diaz, dia antara idola cantik – baik untuk wajah ataupun bentuk tubuhnya.

Sedikit updates mengenai perkembangan terkini?
Sekarang saya dalam proses merakam lagu baru untuk album solo saya yang keempat.

Anda rasa cantik…
Bila menghabiskan masa bersama yang tersayang, tanpa secalit solekan di muka…

Produk mesti dibawa ke mana sahaja?
White Lucent Intensive Spot Targeting Serum+. Ia membantu merawat dan meratakan warna kulit saya. Ia juga menghalang pembentukan tompok hitam dek kerana panahan matahari kerana saya sering menghabiskan masa di luar rumah bersama anak lelaki saya.

Gaya pemakanan yang diamalkan?
Kurangkan gula, makanan bebas lemak, meminimumkan karbohidrat, minum banyak air putih dan tidak lupa pengambilan buah-buahan serta sayur-sayuran.

Corak senaman atau penjagaan kesihatan harian?
Yoga beri saya ketenangan, buat badan lebih fleksibel. Untuk stamina pula, saya gemar berjoging. Mengamalkan pengambilan makanan lebih sihat dengan tambahan multivitamin serta vitamin C.

Tip kekal muda, cantik dan sihat?
Hidup mesti gembira. Bila hati senang, kulit akan kelihatan sihat dan cantik. Penting mengamalkan rejim penjagaan kulit yang baik untuk mengekalkan kemudaan dan seri kulit berpanjangan.

<b>Misha Omar</b> Kahwin Tahun Depan? | OHBULAN!

Posted: 07 Aug 2012 08:49 PM PDT

Selepas menangguhkan perkahwinan bersama tunangnya, Firos Ezzwan Rossly, Misha Omar tampil membuat pengakuan bahawa tunangnya yang juga seorang juruterbang Penerbangan Malaysia (MAS) itu bukan lelaki idamannya.

Menerusi portal hiburan Gua.com, Misha Omar mengaku bahawa beliau suka lelaki yang bersifat Metroseksual, akan tetapi ciri-ciri tersebut tiada pada tunangnya. Walaupun Firos tidak memiliki ciri-ciri lelaki idaman, Misha Omar tetap memilihnya sebagai tunang kerana Misha melihat dari  segi keikhlasan dan kebaikan hati budi yang dimiliki oleh Firos.

Menurut Misha, kalau  boleh beliau ingin menamatkan zaman bujangnya tahun depan. Oleh kerana Firos terlalu sibuk dengan komitmen kerjanya, membuatkan Misha Omar tidak mahu membuat keputusan tergesa-gesa. Firos dikatakan kini sibuk untuk selesaikan latihan penerbangannya dan dikatakan sering tertekan.

Selain itu, Misha turut mengaku bahawa hidupnya kini bertambah seimbang selepas memegang status sebagai tunang orang. Ini kerana, orang yang dicintai sentiasa berada di sisinya. Misha turut mengaku bahawa beliau merasakan perbezaan yang ketara di dalam dirinya selepas bertunang. Firos juga dikatakan sebagai pelengkap hidupnya dan sentiasa menggembirakan dirinya.

Apabila berlaku perselisihan faham antara Misha dan Firos, mereka akan berbincang dengan baik. Tambahan pula, Misha akui tempoh pertunangan ini merupakan masa yang terbaik untuk mereka belajar menyesuaikan diri antara satu sama lain.

Misha dan Firos telah mengikat tali pertunangan mereka pada 21 Februari 2012 yang lalu. Majlis dijalankan secara sederhana dan tertutup di Kubang Kerian, Kota Bharu, Kelantan.

Kredit Foto : D Sayang's Photography 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan