Nuffnang

Ahad, 9 September 2012

Fizo Omar - Google Blog Search

Fizo Omar - Google Blog Search


<b>Fizo Omar</b> Keluar Dari Pengurusan MIG | Sensasi Selebriti

Posted: 17 Aug 2012 06:27 AM PDT

Pelakon Fizo Omar telah membuat keputusan meninggalkan syarikat pengurusannya Metrowealth International Group (MIG) sejak minggu lalu kerana ingin memberi fokus kepada perniagaan yang sedang diusahakan.

Fizo, 27, berkata, dia tidak berhasrat menyambung kontrak bersama syarikat produksi itu selepas dua tahun kerana komitmennya dalam bidang perniagaan selain enggan memberi masalah kepada mereka.

Fizo Omar

"Fokus saya bukan tertumpu kepada bidang lakonan sahaja tetapi beberapa perniagaan yang sedang saya usahakan selain bidang pengacaraan. Saya sedar jadual saya akan padat dengan pelbagai tanggungjawab jadi rasanya lebih baik saya bergerak sendiri dan tidak menyusahkan pihak MIG."

Fizo ditemui selepas mencuba baju Melayu tajaan daripada Lord's Tailor di sini pada Rabu.

Tambah Fizo, Ketua Pegawai Eksekutif MIG, David Teo juga memahami keputusannya itu namun dia akan tetap bekerjasama jika mendapat tawaran sesuai dengan jadualnya.

"David sendiri merupakan seorang ahli perniagaan dan dia faham apabila saya jelaskan mengapa saya mahu bergerak sendiri. Bagaimanapun jika ada rezeki saya akan terus bekerjasama dengan MIG. Tambahan pula MIG banyak berjasa dengan saya sehingga berada di tahap sekarang," katanya.

Dalam pada itu, Fizo berkata, dia bakal menubuhkan syarikat produksinya sendiri iaitu F1ZO Enterprise yang bukan sahaja memfokuskan kepada penerbitan program tetapi juga terhadap promosi sosial media dan pemasaran makanan.

Menurut Fizo, dia memang telah berhasrat untuk menubuhkan sebuah syarikat sendiri sebagai salah satu jaminan masa hadapannya.

"Ini adalah perancangan lima tahun saya dan ia perlu dimulakan sekarang sebagai persediaan untuk masa akan datang," katanya yang tidak merancang meninggalkan dunia lakonan."

Dalam perkembangan lain, Fizo memberitahu dia akan pulang menyambut Syawal ke kampung halamannya di Kelantan selepas mengendalikan program Nasi Lemak Kopi O di TV9 pada Hari Raya pertama. via Mstar Online

No tags for this post.

Click on the following buttons to share this article with your friends:

Baca artikel lain yang berkaitan:

:: MYARTIS.COM ::: <b>FIZO OMAR</b> BERCINTA DENGAN DOKTOR

Posted: 12 Aug 2012 02:18 PM PDT


Setelah didesak berkali-kali oleh media, akhirnya pelakon Fizo Omar, 27, atau nama sebenarnya Wan Hafizol Wan Omar mengakui dia kini sudah memiliki teman istimewa. Bagaimanapun, Fizo enggan mendedahkan siapakah gadis tersebut melainkan memberi gambaran yang sigadis masih melanjutkan pelajaran di luar negara dalam jurusan kedoktoran.

"Ada tu ada. Tapi dia sekarang tak ada di Malaysia. Dia masih belajar di luar negara. Tapi saya tak mahu cakap tentang perkara ini lebih-lebih sebab kami belum betul-betul ada ikatan lagi. Tapi saya dan dia memang sudah lama kenal dan kami berkawan.

Fizo ketika di Mekah - Klik untuk imej besar...

"Lagipun buat masa saya masih belum memikirkan soal bercinta. Fokus saya adalah pada kerjaya seni, perniagaan serta keluarga. Kalau ada jodoh, InsyaAllah", ujar Fizo dipetik sebagai berkata.

Menjawab soalan lain, tanpa berdalih Fizo berkata dia mahu berkahwin dalam masa setahun lagi ketika usia 28 tahun. Bagaimanapun, mungkin kerana segan... dia kemudian mengubah pendiriannya iaitu hanya akan berkahwin sebelum usia 30 tahun.

Fizo dan keluarga

Untuk info, baru-baru ini Fizo telah menunaikan umrah dan menyambut hari lahirnya di tanah suci Mekah. Lebih manis, dia pergi bersama ibunya, Hasnah Jidin, 62, setelah hasrat membawa ibunya dipendam sekian lama.

"Allhamdulillah walaupun suhu cuaca 50 darjah celcius, tapi tidak terasa sangat panasnya. Dapat berbuka puasa di sana, satu pengalaman yang unik. Bayangkan kami hanya menjamah kurma sahaja tapi tahan sehingga solat Isyak. Selain dapat sambut hari jadi di sana, hasrat saya nak bawa ibu sudah tercapai", tambah Fizo yang akan beraya di Kelantan pada hari raya nanti.

Bersama ibu, Hasnah Jidin...

Kenangan di tanah suci...

<b>Fizo Omar</b> Mahu Fokus Berniaga

Posted: 16 Aug 2012 01:47 AM PDT


Pelakon Fizo Omar telah membuat keputusan meninggalkan syarikat pengurusannya Metrowealth International Group (MIG) sejak minggu lalu.

Ini kerana beliau ingin memberi fokus kepada perniagaan yang sedang diusahakan.

Dia tidak berhasrat menyambung kontrak bersama syarikat produksi itu selepas dua tahun kerana komitmennya dalam bidang perniagaan selain enggan memberi masalah kepada mereka..

Beliau sedar jadualnya akan padat dengan pelbagai tanggungjawab dan belisu tidak ingin menyusahkan pihak MIG.

Ketua Pegawai Eksekutif MIG, David Teo juga memahami keputusan Fizo itu namun dia akan tetap bekerjasama jika mendapat tawaran sesuai dengan jadualnya.

Fizo bakal menubuhkan syarikat produksinya sendiri iaitu F1ZO Enterprise yang bukan sahaja memfokuskan kepada penerbitan program tetapi juga terhadap promosi sosial media dan pemasaran makanan.

Beliau memang telah berhasrat untuk menubuhkan sebuah syarikat sendiri sebagai salah satu jaminan masa hadapannya.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan