Eira Syazira - Google Blog Search |
- <b>Eira Syazira</b> dan Ryzal Jaafar Dalam Telemovie Sejadah Dari <b>...</b>
- <b>Eira Syazira</b> Hamil, Azad Semakin Romantik | OHBULAN!
- Gambar <b>Eira Syazira</b> & Azad Jazmin Berhari Raya | Media Hiburan <b>...</b>
<b>Eira Syazira</b> dan Ryzal Jaafar Dalam Telemovie Sejadah Dari <b>...</b> Posted: 08 Aug 2012 01:51 AM PDT Keinsafan Seorang Anak Dalam Telemovie Sejadah Dari Mekah Di TV2 Jika sudah terbit hasrat murni dalam hati untuk berubah ke arah kebaikan, usah sesekali terniat untuk menangguhkannya kerana rahmat Allah hanya hadir pada seseorang dan situasi dikendakiNya. Kisah sama penuh pengajaran yang melatari telemovie menarik disiarkan khas dalam bulan Ramadan yang mulia ini dikongsi bersama penonton setia RTM mengisi slot Citra bertajuk Sejadah Dari Mekah pada 14 Ogos 2012, jam 10.00 malam menerusi TV2. Mengetengahkan pelakon handalan Nasir Bilal Khan, Izreen Azminda, Eira Syazira, Ryzal Jaafar, Mohd Shahfriz dan Hairee Es, drama terbitan Ardwerk Production Sdn Bhd ini pastinya mampu meruntun hati dan membuat penonton menitiskan air mata bila mana seorang bapa tunggal yang menjaga dua anak gadisnya setelah kematian isterinya 15 tahun lalu diuji dengan sikap salah seorang anak gadisnya. Panas yang disangkakan hingga ke petang rupanya tidak berpanjangan apabila anak bongsunya mula berubah sikap. Rohaya dilihat jauh berubah terutama dari segi perwatakan dan pergaulannya. Dia berpewatakan seperti lelaki dan kemuncaknya terlibat dengan najis dadah. Situasi itu mencalarkan kreadibiliti kakaknya, Suraya yang juga seorang guru apabila dirinya mula dicemuh masyarakat kerana sebagai seorang pendidik dia telah gagal membimbing adik sendiri. Suraya tertekan dengan situasi itu dan sejak itu hubungan mereka adik-beradik mulai dingin. Apatahlagi tingkah Rohaya semakin hari semakin menjadi-jadi. Pak Akhil kecewa dengan persengketaan yang wujud antara kedua-dua anak kesayangannya itu. Dia mahu membawa Rohaya pulang ke pangkal jalan. Namun tidakannya tidak direstui Suraya yang nyata putus asa untuk memulihkan adiknya. Harapannya sudah hancur berkecai sejak dirinya terpaksa menanggu malu atas keterlanjuran sikap Rohaya. Satu hari Pak Akhil meluahkan hasrat mahu menghantar Rohaya menunaikan umrah. Tindakan ayahnya itu dibantah keras oleh Suraya kerana hasratnya mahu Pak Akhil yang menunaikan umrah dan bukannya Rohaya yang dianggap jauh tersesat. Apatahlagi telah lama ayahnya menyimpan hasrat mahu menjejakkan kaki ke tanah suci. Akhirnya doa Pak Akhil makbul untuk melihat Rohaya berangkat menunaikan umrah meskipun sebelum itu terjadi beberapa perkara yang memilukan hatinya sebagai seorang bapa dengan sikap anaknya itu yang bertindak melarikan wang simpanan miliknya. Rohaya terpana bila mendengar rintihan bapanya yang bersungguh-sungguh mahu melihat perubahan dirinya. Berkat doa Pak Akhil, Rohaya kembali ke tanah air dengan selamat dan dia sempat menitipkan sejadah dari Mekah untuk dihadiahkan kepada ayahnya itu. Namun kemudiannya berlaku situasi yang tidak diduga sama sekali bila Pak Akhil menemui ajal di atas tikar sejadah yang dihadiahkan oleh Rohaya. Apakah hikmah yang tersembunyi di sebalik kejadian itu? Nantikan kesudahannya dalam Sejadah Dari Mekah hanya di TV2. No tags for this post.Click on the following buttons to share this article with your friends: Baca artikel lain yang berkaitan: |
<b>Eira Syazira</b> Hamil, Azad Semakin Romantik | OHBULAN! Posted: 02 Sep 2012 05:43 PM PDT Menerusi laporan Sinar Harian bertarikh 2 September semalam, pelakon cantik dan juga sinonim dengan jolokan ratu air mata, Eira Syazira, 28, kini dikatakan telah hamil 2 bulan. Ketika berkongsi berita gembira tersebut, Eira memaklumkan bahawa dirinya hanya mengalami alahan sewaktu di awal kehamilan. Namun begitu, alahan tersebut beransur hilang sejak memasuki Ramadhan lalu, dan kini dia sudah tidak mengalami sebarang alahan mahupun mengidam. Akan tetapi, berbeza pula dengan suaminya, Azad. Di mana Azad dikatakan telah mengalami alahan yang teruk, sehingga sering muntah di waktu pagi. "Malah, pernah sekali, Azad mengidam memakan laksa dan sanggup mencari sehingga jumpa sedangkan sebelum ini dia tidak suka laksa. Manakala nasi kandar yang selama ini jadi makanan kesukaannya tidak lagi digemarinya," jelas Eira kepada pihak Sinar Harian. Selain itu, Eira turut memaklumkan bahawa Azad berubah sikap menjadi seorang yang lebih lucu dan romantik. "Bayangkan, boleh dikatakan setiap hari dia akan menyorok dan saya perlu mencari dia. Pernah kami sedang membeli-belah mencari pakaian bayi, tiba-tiba dia hilang. Mula-mula dulu saya cari juga, bila dah lama-lama saya buat tak tahu sahaja." Merujuk kepada perkembangan terbaru, pada 6 September ini Eira akan memulakan penggambaran untuk sebuah telefilem siaran TV Alhijrah. Sebagai rujukan, Eira Syazira dan Azad Jazmin telah melangsungkan perkahwinan pada 16 September 2011. |
Gambar <b>Eira Syazira</b> & Azad Jazmin Berhari Raya | Media Hiburan <b>...</b> Posted: 05 Sep 2012 02:51 AM PDT Gambar Eira Syazira & Azad Jazmin Berhari Raya Sempena Hari Raya yang lalu pasangan suami isteri ini, Eira Syazira bersama suaminya Azad Jazmin mengambil peluang yang ada untuk meraikan hari raya bersama ahli keluarga tersayang yang dikongsikan melalui laman twitter miliknya, @EiraSyaziraS. Eira yang kini sudah berbadan dua dan dijangka melahirkan cahayamata pada 2 Januari tahun depan serta bakal menjadi ibu tidak lama lagi sangat berseri-seri wajahnya di hari lebaran disamping suami tercinta dan keluarga tersayang. Masih belum terlewat Kami di Mijamedia mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri Maaf Zahir Batin buat Eira Syazira dan suaminya Azad Jazmin. Cerita Menarik Yang Lain: |
You are subscribed to email updates from Eira Syazira - Google Blog Search To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan