Nuffnang

Ahad, 9 September 2012

Didie Alias - Google Blog Search

Didie Alias - Google Blog Search


Nostalgia : Poster “Kanta Serigala”, Filem Lakonan <b>Didie Alias</b> <b>...</b>

Posted: 06 Jul 2012 02:08 AM PDT

Kepada para pembaca yang sudah berumur 30 tahun dan keatas, anda mungkin pernah menonton filem "Kanta Serigala" yang ditayangkan pada tahun 1991, tapi bagaimana pula dengan yang lain?

OHBULAN! pasti kalau ada pun yang berumur dibawah 30 tahun, pasti anda menontonnya secara tidak sengaja bukan?

Filem lakonan Didie Alias, Faizal Hussein, Rosyam Nor, dan Raja Nor Baizura ini suatu masa dahulu pernah menggegarkan pawagam dengan aksi ngeri didalam filemnya. Namun itu cuma suatu masa dahulu, tidak lagi sekarang. Apa yang OHBULAN! tertarik sebenarnya disini adalah wajah Didie Alias 21 tahun lepas, nampak ranggi dan mantap bukan? Rugi pula rasanya tak sempat menonton Didie Alias berlakon ketika dizaman muda remajanya.

Untuk pengetahuan, filem ini telah diarahkan oleh pengarah, Hussein Abu Hassan dan pada waktu itu, Rosyam Nor hanya memegang watak pelakon pembantu sahaja. Klasik kan?

Mari lihat beberapa keping lagi foto ya!

<b>Didie Alias</b> Sayu Berjauhan Dengan Anak Pada Ramadan

Posted: 07 Aug 2012 08:56 AM PDT

KUALA LUMPUR: Sambutan Ramadan pada tahun ini menimbulkan perasaan sayu dan janggal buat pelakon dan pelawak Didie Alias kerana pertama kali terpaksa berjauhan dengan dua anaknya.
Pemilik nama sebenar Fadzilah Mohd Ali, 39, ini berkata, dia yang tidak pernah berenggang dengan lima anaknya sebelum ini terpaksa menerima hakikat dua daripadanya terpaksa menjalani ibadat itu secara berasingan kerana meneruskan pengajian masing-masing.
"Selama mereka membesar, saya memang tidak pernah berenggang dengan kelima-limanya. Apabila pertama kali berjauhan pada bulan Ramadan begini dengan dua anak, saya rasa lain dan janggal sangat.
"Anak (Muhammad Daniel) sedang belajar di Universiti Teknologi Mara (UiTM) di Perak dan anak ketiga Nur Dinie pula belajar di sekolah berasrama penuh SMK Puteri Wilayah," katanya ketika ditemui mStar Online.
Tiga lagi anaknya hasil perkahwinan dengan pelakon Ridzuan Hashim adalah Nur Dania, dan Nur Diyana dan Nur Dayini.
Didie berkata, dia sering terfikir mengenai soal juadah berbuka dan bersahur kedua-dua anaknya itu memandangkan mereka tidak berada di depan mata buat pertama kalinya.
"Saya tahu perkara (berjauhan) ini adalah proses normal yang dilalui kebanyakan ibu bapa yang memiliki anak-anak sedang membesar.
"Kebetulan pula pada minggu pertama Ramadan, saya bercuti selama seminggu untuk menyambut puasa bersama keluarga, jadi ingatan terhadap mereka makin kuat.
"Setiap kali berbuka dan melihat meja makan, saya berasa sedih terutamanya saya teringatkan Daniel yang memang rapat dengan saya," kongsinya.
Mengenai perkembangan terbaru, Didie kini sibuk di lokasi penggambaran telefilem PA Ku Diva arahan Rashid Sibir di samping Rozita Che Wan dan Enot.
Aktres yang meraih populariti menerusi filem Kanta Serigala (1991) ini bakal muncul dalam beberapa telefilem Hari Raya antaranya Pontianak Beraya Di Kg. Batu 2 1/12, Untung Atas Angin, Daging Batang Pinang dan Siapa Dapat Lisa.

Enot senang hati menguruskan kerjaya seni <b>Didie Alias</b>

Posted: 16 Jul 2012 03:38 AM PDT

Pelakon dan pelawak Enot atau nama sebenarnya Alliza Abdullah mengakui gembira dapat menguruskan kerjaya seni rakan baiknya iaitu Didie Alias sebagai pembantu peribadi apabila mempunyai masa terluang.

Enot berkata, dia tidak mempunyai sebarang masalah untuk membantu pelakon komedi itu berkaitan hal kerjayanya kerana memahami kehendak Didie sebagai seorang pelakon dan rakan baiknya.

"Sudah lama saya uruskan kerjaya Didie iaitu semenjak Anugerah Planet Muzik 2011 di Singapura lagi dan gembira dapat bekerja dengan rakan baik saya.

"Tambahan pula Didie juga banyak membantu saya dalam banyak perkara dan rasanya tiada masalah untuk membantunya pula pada bila-bila masa diperlukan

Tambah Enot, dia juga tidak faham mengapa sesetengah pihak mengatakan hubungan mereka tidak mesra dan menganggap cerita itu sebagai mengarut.

"Saya tidak pernah bergaduh dengan Didie dan pelik dengan cerita yang ditimbulkan oleh sesetengah pihak kerana hubungan kami sangat baik," ujarnya.

Dalam pada itu, Enot tidak menafikan semenjak awal tahun lalu dia dan Didie mengambil keputusan untuk menjarakkan diri buat seketika kerana ingin menghabiskan masa bersama keluarga dan menguruskan hal peribadi masing-masing.

Kata Enot, sepanjang tempoh tiga bulan mereka berenggang, dia juga banyak menghabiskan masa dengan mendalam ilmu agama, menguruskan perniagaan biskut dan kek yang diusahakan.

"Masa dalam tempoh tiga bulan itu juga saya mula dalam proses berubah dan memakai tudung selain menumpukan perniagaan kek dan biskut yang saya usahakan.

"Bukannya kerana kami bergaduh atau bermasam muka. Cerita itu tidak benar sama sekali

Sumber : mStar

Tiada ulasan:

Catat Ulasan