Fizz Fairuz - Google Blog Search |
- <b>Fizz Fairuz</b> Memiliki Rumah Banglo ~ JOMKONGSISTORY.COM
- <b>Fizz Fairuz</b> Beli Banglo & Kondo Sebagai Persediaan Hari Tua | Zon <b>...</b>
- <b>Fizz Fairuz</b> Mahu Susah Dahulu, Senang Kemudian | MyNewsHub
<b>Fizz Fairuz</b> Memiliki Rumah Banglo ~ JOMKONGSISTORY.COM Posted: 06 Aug 2012 06:13 PM PDT Pelakon Fizz Fairuz kini mampu menjadi contoh kepada sebilangan artis baru di negara ini apabila telah berjaya memiliki rumah bernilai jutaan ringgit yang dibeli menggunakan wangnya sendiri sebagai pelakon supaya hidupnya tidak melarat pada hari tua. Fizz atau nama sebenarnya Mohd Fairuz Zainal Abidin, 33, berkata, disebabkan mengambil masa kira-kira 10 tahun untuk bergelar artis popular, dia kini sudah bersedia untuk memiliki harta sendiri sebagai persediaan hari tua. "Syukurlah saya tidak lupa diri apabila mendapat peluang yang banyak selepas 10 tahun bergelar artis. Kesusahan yang saya lalui sedikit masa dahulu mengajar saya untuk berjimat selain mengumpul aset selagi boleh," katanya. Anak jati kelahiran Raub, Pahang ini berkata, dia sangat bersyukur rezekinya sebagai pelakon filem dam drama membolehkannya membeli sebuah kondominium yang terletak di Mont Kiara, Damansara di sini serta sebuah lagi rumah banglo yang sedang dalam pembikinan di Bukit Beruntung, Rawang. Menurutnya, dia terpaksa "ikat perut" bagi mengeluarkan wang yang agak banyak setiap bulan untuk membayar rumah berkenaan semata-mata untuk memastikan tidak menghadapi kesusahan pada kemudian hari. "Semasa tengah "laku" dan orang nak ambil saya bekerja, masa inilah saya gunakan betul-betul peluang untuk mengumpul harta. Sebab itulah saya terpaksa bekerja kuat untuk membayar segala hutang saya itu. "Pada saya, biarlah saya susah dahulu kerana kesenangannya kita akan dapat kemudian," jelas pemenang Pelakon TV Lelaki Terbaik, Anugerah Bintang Popular 2011 ini. Fizz turut memberitahu, pada mulanya pihak bank agak sukar untuk memberikannya pinjaman atas kapasiti kedudukannya sebagai artis yang tidak mempunyai pekerjaan tetap. Bagaimanapun dia mampu meyakinkan mereka apabila menerima pendapatan bulanan yang konsisten hasil tugasnya sebagai pelakon. Tambah Fizz, dia yakin rezeki dalam bidang seni akan terbuka luas sekiranya seseorang itu berusaha dengan gigih selain ikhlas untuk bekerja bagi menyara kehidupan. "Saya tak macam artis lain yang naik secara mendadak. Sebab itulah saya benar-benar jaga diri saya apabila berada pada tahap sekarang. Saya juga percaya suatu hari nanti, orang akan lupakan saya juga," katanya. Terbaru Fizz tampil sebagai wanita menerusi filem terbaru terbitan KRU Studio iaitu Mat Tudung. |
<b>Fizz Fairuz</b> Beli Banglo & Kondo Sebagai Persediaan Hari Tua | Zon <b>...</b> Posted: 06 Aug 2012 12:28 PM PDT Fizz Fairuz yang pada kaca mata kami tidaklah popular seperti pelakon-pelakon yang mempunyai nama besar kat Malaysia ni yang pastinya job payment takdelah besar mana. Tapi serius kami tabik spring kat Fizz Fairuz bila dapat tahu yang dia sudah memiliki rumah bernilai jutaan ringgit yang dibeli menggunakan wangnya sendiri sebagai pelakon. Fizz Fairuz atau nama sebenarnya Mohd Fairuz Zainal Abidin, 33, berkata, disebabkan mengambil masa kira-kira 10 tahun untuk bergelar artis yang dikenali ramai, dia sudah bersedia untuk memiliki harta sendiri sebagai persediaan supaya hidupnya tidak melarat pada hari tua nanti. Seperti kata Fizz kepada mStar Online:-
Menurut Fizz Fairuz, kerana perlu mengeluarkan wang yang agak banyak setiap bulan bagi membayar rumah berkenaan, dia sanggup "ikat perut" semata-mata untuk memastikan tidak mengalami kesusahan pada kemudian hari.
Fizz Fairuz turut memberitahu, pada mulanya pihak bank agak sukar untuk memberikannya pinjaman atas kedudukannya sebagai artis yang tidak mempunyai pekerjaan tetap. Bagaimanapun dia mampu meyakinkan mereka apabila menerima pendapatan bulanan yang konsisten hasil tugasnya sebagai seorang pelakon. Oh ya, Fizz Fairuz telah membeli sebuah kondominium yang terletak di Mont Kiara, Damansara, Kuala Lumpur serta sebuah lagi rumah banglo yang sedang dalam pembikinan yang letaknya di Bukit Beruntung, Rawang. . Zon Artis: Apa yang dilakukan oleh Fizz Fairuz ini seharusnya dijadikan contoh oleh semua artis terutamanya artis baru agar pendapatan yang diterima tidak dihabiskan untuk perkara yang tidak berfaedah sebaliknya bijak menguruskan pendapatan tersebut untuk kegunaan jangka masa panjang. Bila dah tak laku nanti, takde la keluar kat paper si artis X perlukan bantuan kewangan dan sebagainya. Maaf! Ayat agak sedikit kurang ajar. |
<b>Fizz Fairuz</b> Mahu Susah Dahulu, Senang Kemudian | MyNewsHub Posted: 06 Aug 2012 08:19 PM PDT KUALA LUMPUR – Pemenang Pelakon TV Lelaki Terbaik, Anugerah Bintang Popular 2011, Fizz Fairuz sanggup bekerja keras kerana mahu kehidupannya sekarang 'susah' dahulu dan memperolehi kesenangan di kemudian hari. Kerana itu selepas hampir 10 tahun bertungkus-lumus 'menjual' dirinya untuk menjadi pelakon terkenal, baru sekarang Fizz mampu untuk mengumpul aset hartanya sendiri. Malah, setiap kesusahan yang dia alami sejak menceburi bidang seni juga mengajar Fizz untuk sentiasa berjimat-cermat hinggakan dia mampu untuk membeli rumah banglo sekarang. "Syukurlah saya tidak lupa diri apabila mendapat peluang yang banyak selepas 10 tahun bergelar artis. "Kesusahan yang saya lalui sedikit masa dahulu mengajar saya untuk berjimat selain mengumpul aset selagi boleh," kata Fizz yang dipetik dari mStar Online. Dengan usaha menyimpan duit sendiri sejak 10 tahun lepas, Fizz mampu membeli sebuah kondominium di Mont Kiara, Damansara dan sebuah rumah banglo yang masih lagi dalam pembinaan di Bukit Beruntung, Rawang. Menceritakan di awal usahanya untuk membeli dua buah rumah itu, Fizz memberitahu agak sukar untuk dia meyakinkan pihak bank memandangkan kerjayanya sebagai artis bukanlah kerja yang tetap. Namun, Fizz mampu untuk meyakinkan pihak bank yang dia mampu untuk membayar bulanan pembelian rumah-rumah tersebut. "Semasa tengah "laku" dan orang nak ambil saya bekerja, masa inilah saya gunakan betul-betul peluang untuk mengumpul harta. Sebab itulah saya terpaksa bekerja kuat untuk membayar segala hutang saya itu. "Pada saya, biarlah saya susah dahulu kerana kesenangannya kita akan dapat kemudian," katanya. Oleh: NAIMAH SHAARI Iklan Teks:Berita Berkaitan:Rahsia Amber Chia Terus Langsing, Cantik Fauziah Nawi Enggan Dilabel Artis Veteran Johan Nafi Gaduh Dengan Zizan Johan Raja Lawak Belum Terima Surat Peguam Ogy Jangan Bandingkan Saya Dengan Ogy – Neelofa Pippa Atasi Populariti Lady Gaga Katil Schwarzenegger Bersebelahan Stallone Osman Kering Kembali Stabil, Kini Di Wad ICU Tidak Kisah Pikul Tugas Menyara Keluarga Buat Pelaburan Di Internet, Adi Putra Ditipu RM19,000 PERINGATAN: Mynewshub tidak bertanggungjawab terhadap komen yang diutarakan dalam laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri |
You are subscribed to email updates from Fizz Fairuz - Google Blog Search To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan