Nuffnang

Khamis, 14 Mac 2013

Bunkface - Google Blog Search

Bunkface - Google Blog Search


UNITE SAHAJE: Fakulti Filem Membawakan Konsert Dihatiku <b>...</b>

Posted: 28 Feb 2013 05:42 AM PST

Salam semua pembaca.
Kalau jalan-jalan je kat sekitar kawasan kampus aku ni, mesti akan ternampak secara sengaja atau tak sengaje poster ni. Konsert Dihatiku ni dianjurkan sepenuhnya oleh pelajar-pelajar diploma Pengurusan Industri Kreatif semester 3, 4 dan 5 dari Fakulti Filem, Teater dan Animasi, UiTM Kampus Puncak Perdana pada 13 Mac 2013 bermula jam 8.30 malam.
Bertempat di Dewan Sri Budiman kat UiTM Shah Alam, Konsert Dihatiku menampilkan tiga band terkemuka iaitu Bunkface, Jinbara dan SYJ (juga dikenali sebagai Sofea). Peranan sebagai hos diberikan kepada pelawak legend negara, Saiful Apek. Tiket yang ditetapkan lak berharga RM50 untuk tempat duduk VIP manakala RM25 untuk tempat duduk Arena. Yang pastinya, hasil kerja daripada 103 orang pelajar dari jurusan Pengurusan Industri Kreatif ini akan mempersembahkan sebuah projek pengurusan kreatif yang berkualiti dengan menggabungkan tenaga ilmu dari mereka dan artis-artis tempatan.
Untuk mendapatkan tiket secara online, klik FACEBOOK KONSERT DIHATIKU
Untuk pembelian tiket , sila hubungi/mesej 011 1572 7951 (Ashaari) atau 011 1562 6920 (Hakim)


P/s: Berbaloi dengan mengeluarkan dua keping duit merah, dapat tengok band Bunkface secara live. Aku dah pun ada tiket Arena, kredit kepada Ashaari yang tolong dapatkan.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan