Nuffnang

Khamis, 14 Mac 2013

Syamsul Yusof - Google Blog Search

Syamsul Yusof - Google Blog Search


<b>Syamsul Yusof</b> Dan Yusof Haslam Berbaik Semula Dalam Suasana <b>...</b>

Posted: 25 Feb 2013 05:06 PM PST

Persamaan karakter di antara anak dan bapa iaitu Syamsul dan Datuk Yusof Haslam membuatkan mereka sering berbalah terutamanya membabitkan pendirian masing-masing.

Datin Fatimah Ismail yang merupakan isteri kepada Yusof dan ibu buat Syamsul berkata, keadaan itu membuatkan beliau risau dan serba salah sama ada mahu berada di 'belakang' suaminya atau anak setiap kalin terjadinya ketegangan di antara mereka.

 

p/s : Air dicincang takkan putus.

 Syamsul Yusof Dan Yusof Haslam Berbaik Semula Dalam Suasana Penuh Syahdu - Terbakor

"Pening juga saya dibuatnya. Saya tak tahu nak menyebelahi suami atau anak apabila mereka berbalah, namun sebagai isteri dan juga ibu, saya perlu menenteramkan kedua-dua mereka apabila situasi itu terjadi.

"Itulah, orang kata, jika anak dan ayah memiliki karakter yang sama, mereka tak boleh ngam.

"Tetapi Alhamdulillah, perbalahan mereka sekejap sahaja kerana air yang di cincang tak akan putus," katanya yang dihubungi mStar Online di sini pada Isnin.

Baru-baru ini, Yusof dikatakan berkecil hati dengan tindakan Syamsul yang cuba menjauhkan diri daripadanya sejak dua bulan lalu.

Syamsul dikatakan bersikap sedemikian kerana Yusof yang juga Pengarah Urusan Skop Productions Sdn Bhd itu telah memberi tekanan kepada Syamsul yang dilihat tidak serius untuk menyiapkan filem KL Gangster 2 arahannya.

Bagaimanapun, pada Ahad lalu, Syamsul menerusi kolumnya di sebuah akhbar membuat pengakuan bahawa dia dan bapanya sudah pun berdamai dalam suasana penuh air mata dan saling berpelukan kira-kira dua minggu lalu.

Beritahu Fatimah, ketika pertemuan itu, suasana begitu sayu apabila masing-masing saling bermaaf-maafan dan meluahkan isi hati yang dipendam selama ini.

"Melihat keadaan mereka, saya pula yang menjadi sayu dan menangis lalu kami bertiga berpelukan.

"Alhamdulillah, syukur, keadaan yang tegang kembali tenang. Walaupun suami saya dilihat seorang yang tegas tetapi jauh di sudut hatinya, dia seorang yang lembut dan pemaaf.

"Bayangkan, saya pernah mengajaknya keluar berdua bagi melupakan sekejap ketegangan dia dan Syamsul, tetapi sepanjang kami keluar wajahnya murung mengenangkan anak lelakinya itu. Lebih-lebih lagi apabila Syamsul hanya mengirimkan SMS kepada saya, tetapi tidak kepadanya," ujar Fatimah.

Sementara itu, Fatimah juga gembira apabila Syamsul menunjukkan perubahan lebih mendekati agama Islam, berkat doanya selama ini.

 

-Mstar-

 Nak tahu teknik buat Ratusan USD percuma ?? klik sini!  

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

<b>Syamsul Yusof</b> Tak &#39;Sebulu&#39; Dengan Bapanya | Koqin&#39;s World

Posted: 06 Feb 2013 06:39 PM PST

Penerbit filem Skop Production, Datuk Yusof Haslam menyangkal dakwaan kononnya hubungannya tegang dengan anaknya pengarah filem Syamsul Yusof.

Yusof berkata, tuduhan tersebut adalah tidak benar dan dia hanya menggertak Syamsul ekoran sikap lelaki berusia 29 tahun itu yang dilihat seperti melengahkan proses suntingan filem KL Gangster 2. Katanya kepada Harian Metro, dia berbuat demikian bagi meningkatkan motivasi anaknya untuk menghasilkan filem berkualiti.

"Saya sayangkan dia (Syamsul), sayangkan masa depannya dan berharap sebelum kaki ini berundur, dia mampu membuktikan layak menerajui Skop Production. Syamsul perlu tahu, kalau bukan kerana bapanya orang tidak akan mengenalinya," kata penerbit berusia 59 tahun itu.

Difahamkan, hubungan dua beranak itu semakin renggang akibat sikap Syamsul yang melenggahkan suntingan filem aksi itu, selain tindakannya membintangi filem berjudul Oh Mak Kau.

"Saya tidak tahu kenapa dia menerima tawaran lakonan filem itu. Tindakan tidak matangnya menjejaskan nama sendiri. Namun sebagai bapa dan majikan, saya sentiasa menyokong selain menasihatinya," katanya.

Yusof berkata, Syamsul semakin berubah sikap selepas meraih banyak anugerah.

"Sebelum ini, dia mampu siapkan tiga filem setahun termasuk KL Gangster dan Khurafat tetapi KL Gangster 2 sudah mencecah dua tahun pun belum siap," katanya yang merancang untuk menayangkan filem sekuel itu selewat-lewatnya pada Ogos depan.

Kata Yusof, anaknya itu perlu memanfaatkan masa sebaik yang mungkin kerana setiap detik adalah pendapatan.

"Dia perlu hargai apa yang dimiliki sekarang," katanya. - mStar Online

" ); (function() { var nn = document.createElement('script'); nn.type = 'text/javascript'; nn.src = 'http://synad2.nuffnang.com.my/lr.js'; var s = document.getElementsByTagName('script')[0]; s.parentNode.insertBefore(nn, s.nextSibling); })();

Tiada ulasan:

Catat Ulasan