Lisdawati - Google Blog Search |
rita rudaini halang suami <b>lisdawati</b>, fauzi nawawi <b>...</b> - ammboi dot com Posted: 16 Jan 2013 07:00 PM PST Rita Rudaini Halang Suami Lisdawati, Fauzi Nawawi Berada Di Lokasi Penggambaran | Kita semua sudah tahu bahawa Rita Rudaini dan Lisdawati sudah berdamai. Ini bermakna pergaduhan mereka pada tahun 2006 itu sudah selesai. Paling menarik, kedua pelakon ini bersedia untuk digandingkan bersama selepas ditawarkan berlakon dalam drama bersiri 'Kerana Sarah'. "Lebih baik kita tutup cerita lama. Yang penting, silaturrahim antara saya dan Kak Rita telah pulih dan kembali terjalin. Saya bersyukur maklumbalas daripada dari Kak Rita juga baik. Saya harap tiada pihak yang cuba mengeruhkan lagi keadaan", ujar Lisdawati dalam laporan gua.com.my. Selain itu, Rita Rudaini juga turut meluahkan rasa lega kerana persengketaan di antaranya dengan Lisdawati telah berakhir. Baginya perkara yang lepas biarkan ia berlalu. Biarpun begitu, Rita tanpa berselindung mengakui bahawa dia ada meletakkan satu syarat kepada pihak produksi sebelum membuat keputusan untuk terlibat dalam drama itu. Jelas Rita, dia tidak mahu suami kepada Lisdawati iaitu Fauzi Nawawi berada di lokasi penggambaran ketika adegan yang membabitkan dirinya. Bagaimanapun, Rita enggan mendedahkan sebab dia berbuat demikian. Jelas Rita lagi, sepanjang tempoh penggambaran dia dan Lisdawati ada bertegur-sapa namun bersikap lebih berhati-hati agar insiden lalu tidak berulang lagi. " ); (function() { var nn = document.createElement('script'); nn.type = 'text/javascript'; nn.src = 'http://synad2.nuffnang.com.my/lr.js'; var s = document.getElementsByTagName('script')[0]; s.parentNode.insertBefore(nn, s.nextSibling); })();CARIAN BERKAITAN
Category: HIBURAN |
You are subscribed to email updates from Lisdawati - Google Blog Search To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan