Nuffnang

Khamis, 14 Mac 2013

kumpulan Estranged - Google Blog Search

kumpulan Estranged - Google Blog Search


<b>Estranged</b> Sertai Versus Untuk Serlah Kreativiti - Gua.com.my

Posted: 12 Mar 2013 08:14 PM PDT

Versus musim kedua bakal menghangatkan industri hiburan tanahair bermula April ini. Estranged merupakan salah satu kumpulan yang akan menunjukkan kreativiti mereka. Sebelum ini Estranged pernah menyertai satu lagi program realiti nyanyian di sebuah saluran televisyen yang lain namun mereka tewas di tangan artis solo.

" TV9 yang tawarkan kami peluang untuk sertai Versus musim kedua ini. Mula-mula saya ragu. Patut atau tidak kami turut sama bertanding sebab sebelum ini pun kami dah sertai Mania. Saya skeptikal sedikit pada awalnya. Tetapi ahli kumpulan lain memang  teruja hendak sertai dan akhirnya mereka berjaya yakinkan saya peluang ini cukup berharga," ujar Rich, vokalis Estranged.

"Saya ada buat 'research' tentang program ini.  Ketika Versus musim pertama ditayangkan, saya tak sempat nak tengok sangat sebab kami terlibat dengan program yang lagi satu itu (Mania). Apa yang saya boleh katakan, Versus ini lain daripada lain. Kita tak perlu risau tentang penyingkiran. Apa yang perlu kita buat adalah fikir untuk lakukan persembahan yang terbaik . Tambahan pula, konsepnya lebih dekat dengan jiwa kami," jelas Rich lagi.

Konsep persembahan mingguan yang menggunakan tema berbeza pastinya memberi cabaran kepada Estranged untuk tampil dengan persembahan unik serta hebat. Namun begitu, pengalaman Rich sepanjang menyertai Akademi Fantasia 4 suatu ketika dahulu sedikit sebanyak membantu dia untuk memahami kehendak dan konsep pelbagai jenis genre lagu.

Menurut Rich lagi, antara faktor utama yang mendorong mereka menerima tawaran menyertai Versus adalah peluang yang diberi rancangan itu untuk mereka menyerlahkan kreativiti mereka dalam gubahan lagu dan seni persembahan. Jelasnya lagi, menang atau kalah itu bukanlah persoalan utama. Apa yang penting, persembahan yang mereka lakukan berjaya memberi impak di hati penonton.

ketika sidang media Versus pada Selasa, Estranged turut menyanyikan single terbaru mereka berjudul 'Kita Satu'. Menariknya, lagu itu dicipta khas tanda dedikasi mereka terhadap perajurit yang terkorban di Lahad Datu baru-baru ini.

Estranged bakal tampil dengan album terbaru berjudul 'Anugerah Hidup'. Album yang memuatkan 10 buah lagu itu sudah pun dirakam dan menunggu masa sesuai untuk dilancarkan. Yang pasti, kesempatan menyertai Versus merupakan satu bonus buat kumpulan ini untuk membuat kemunculan semula setelah agak lama sepi dari lanskap dunia hiburan tempatan.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan