Zul Huzaimy - Google Blog Search |
<b>Zul Huzaimy</b> Nafi Rujuk Kembali Nur Dalilah Muhammad Posted: 09 Sep 2012 09:44 AM PDT Zul Huzaimy Nafi Rujuk Kembali Nur Dalilah Muhammad: Pelakon Zul Huzaimy tampil serta menafikan bahawa dia telah merujuk kembali bekas isterinya iaitu Nor Dalilah Muhammad, 29, seperti yang dilaporkan dalam akhbar Berita Harian pada Ahad. Zul atau nama sebenarnya Zul Huzaimy Marzuki, 34, berkata, berita tersebut benar-benar membuatkan dirinya terkejut kerana dia dan Dalilah tiada lagi sebarang ikatan melainkan berhubung mengenai anak mereka, Awal Haziq, 6, sahaja. "Berita yang ditulis pada akhbar tersebut adalah 100 peratus tidak benar. Kami sudah tidak ada apa-apa hubungan lagi. Kami berbaik pun hanya kerana anak. Masing-masing sudah mempunyai kehidupan sendiri. "Tambah pula Dalilah yang akan mendirikan rumah tangga pada Disember depan, dan dia yang tidak ada kaitan pun dalam indutsri ini pula yang dapat malu. "Apa yang keluarga sebelah pihak tunangnya akan cakap nanti jika mereka mendapat tahu tentang perkara ini?" soalnya ketika dihubungi , di sini, pada Ahad. Dalam artikel tersebut, Zul dan Dalilah dikatakan sudah tinggal bersama semula di Bangi setelah melalui kemelut rumah tangga yang berpanjangan. Malah, Dalilah turut dikatakan sedang hamil anak ke-2. Dalam pada itu, Dalilah yang dihubungi melalui ruang komunikasi 'Whatsapp' berkata, berita tersebut benar-benar memalukannya serta keluarga, sedangkan dia kini menjadi tunangan orang dan bakal mendirikan rumah tangga tidak lama lagi. "Buat masa ini, tunang saya tidak tahu lagi tentang perkara tersebut, saya tak tahu nak terangkan kepada dia macam mana. Sudahlah saya ini ibu tunggal, difitnah dengan perkara sebegini. Apa pula kata keluarga pihak dia nanti. "Pelik rasanya daripada mana penulis berkenaan mendapat informasi yang tidak betul itu. Harap-harap tidak ada yang mendengki. "Saya harap, dengan penjelasan ini, tidak ada lagi isu berkenaan berulang lagi," katanya. Zul dan Dalilah telah mendirikan rumah tangga pada tahun 2005. Bagaimanapun, perkahwinan mereka gagal dipertahankan apabila bercerai talak 2 pada 1 Julai 2010 di Mahkamah Rendah Syariah Kajang. - Zul Huzaimy Nafi Rujuk Kembali Nur Dalilah Muhammad |
<b>Zul Huzaimy</b>, Isteri Cerai Talak Dua Posted: 27 Mar 2011 10:44 AM PDT |
You are subscribed to email updates from Zul Huzaimy - Google Blog Search To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan