Nuffnang

Khamis, 14 Mac 2013

Misha Omar - Google Blog Search

Misha Omar - Google Blog Search


<b>Misha Omar</b> Perjelas Isu Tangguh Kahwin | ROTIKAYA

Posted: 10 Mar 2013 04:13 PM PDT

Pada mulanya penyanyi Misha Omar dan pasangan, Firos Ezzwan Rossly telah berjanji untuk mengikat pertunangan selama setahun.

Bertunang pada 20 Februari tahun lepas, dalam sebuah majlis tertutup di kediaman Misha Omar di Kampung Guchil Bayam, Kota Baharu, Kelantan.

Penyanyi yang popular menerusi lagu bunga-bunga cinta ini, menjelaskan mengapa pertunangannya bersama juruterbang Syarikat Penerbangan Malaysia (MAS), Firos Ezzwan Rossly, 31 terpaksa ditangguhkan terlebih dahulu.

Menafikan perhubungan mereka menghadapi masalah namun jadual kerja yang terlalu padat membuatkan pasangan ini terpaksa mengangguhkan majlis mereka.

Misha sendiri akui sedang menanti waktu yang sesuai untuk disatukan. Misha sudah bersedia untuk bergelar isteri pada bila-bila masa dari sekarang.

"Hubungan kami langsung tiada masalah cuma kami berdua sibuk sehingga sukar menepis tanggungjawab dalam kerjaya ketika ini"

Tambah Misha lagi, untuk menguruskan sebuah perkahwinan adalah perkara yang sangat besar dan memerlukan pengorbanan masa yang sangat besar. Oleh itu Misha mengambil keputusan untuk benar-benar bercuti dari sebarang aktiviti seni sebulan atau dua bulan bagi membuat persiapan untuk majlis yang bakal menjadi sejarah dalam hidupnya.

Misha memohon agar peminatnya mendoakan semuanya berjalan lancar di pihak dirinya dan tunang.

"Saya faham peminat dan masyarakat risau dan ambil berat tentang saya dan berharap mereka mendoakan perkara yang baik untuk saya dan tunang"

Blog Gadis Kampung: LAGU <b>MISHA OMAR</b> "ANGIN SYURGA <b>...</b>

Posted: 27 Feb 2013 04:55 PM PST

GK bukanlah peminat citer korea pun...tapi bila dah masing-masing dok bercerita mengenai persamaan lagu Misha omar dengan lagu popular korea untuk drama The Moon That Embraces The Sun. terus GK pun search youtube dan cari persamaan...erm...mungkin kebetulan kot..entah la...Kemungkinan besar juga ianya hanya satu kebetulan melodi kedua-dua lagu tersebut (untuk bahagian yang dinyatakan seperti di atas) kedengaran sama.

Dari blog malaysiadigest..
Sejak malam tadi kecoh di laman sosial Twitter apabila ramai peminat mula memperkatakan mengenai single terbaru Misha Omar yang kini semakin rancak diputar dicorong-corong radio berjudul Angin Syurga. Kononnya lagu yang bakal dimuatkan dalam album keempat Misha (kini masih dalam proses pembikinan) itu mirip runut bunyi (OST) berjudul Back In Time yang merupakan lagu tema bagi salah satu drama paling popular di Korea, The Moon That Embraces The Sun. Apa yang menjadi bualan ramai peminat ialah melodi pada dua verse di bahagian korus kedua-dua lagu itu seakan-akan sama bunyinya. Kalau diikutkan lagu OST nyanyi penyanyi bernama Lyn ini di release pada awal Januari 2012  (serentak dengan tayangan dramanya).Sementara lagu Angin Syurga ciptaan Dato M.Nasir dan lirik oleh Budi Hekayat itu pula difahamkan ianya di release sekitar pertengahan tahun 2012.
Korang nilailah sendiri..


post signature

Lirik Lagu Angin Syurga - <b>Misha Omar</b> » Bukan Cincai ®

Posted: 25 Feb 2013 10:53 PM PST

Lirik Lagu Angin Syurga - Misha Omar

Ku himpun waktu ucapan terindah
terbenam sudah asmara
mesranya siang dan malam
selalu kau tiup kan angin syurga padaku

ku himpun makna kata darimu
harum yang mekar di kebun hati
dan katamu sebuah kota bahagia dan berdiri ..

Chorus
sehingga hujung masa
berbisik sendiri dan terbit suara kalbuku
kasihku... tuluskah cintamu
sebuah jawapan ku damba dari bibir mu .. bibir mu

tidakkah kau tahu hidup punya waktu
kasih tersia bukan itu ku mahu
andai kau membisu tentu akhirnya
perpisahan ini akan tetap terjadi

Tiada ulasan:

Catat Ulasan