Didie Alias - Google Blog Search |
BERITA ARTIS - <b>Didie Alias</b> Nafi Tipu Peminat - Gua.com.my Posted: 28 Feb 2013 08:00 AM PST Pelakon, pengacara serta pelawak, Didie Alias dituduh menipu peminat gara-gara tidak muncul ketika percutian ke Beijing, China yang dianjurkan oleh syarikat pelancongan Arlief Event & Management, pada hujung Januari lalu. Walau bagaimanapun, pakej percutian selama enam hari lima malam itu tetap diteruskan juga di mana tempat Didie telah digantikan dengan pelakon Fizo Omar. Pada Oktober tahun lalu, Arlief Event & Management telah mengadakan satu sidang media bagi memperkenalkan Didie sebagai Ikon Pelancongan agensi mereka dengan menawarkan pakej 'Jom Melancong Bersama Didie Alias & D'Geng'. Ekoran ketiadaan Didie pada percutian tersebut, peminat terasa tertipu dengan pengacara karpet merah ABPBH 2012 ini. "Ramai yang agak terkejut bila saya tak ada ketika percutian tersebut apatah lagi mereka yang pergi ke Beijing itu kebanyakannya peminat saya. Saya rasa tak sedap hati dan takut peminat ingat saya tipu mereka. Saya begitu ralat kerana pihak agensi bagi alasan yang saya tak balas emel mereka dan tak boleh bagi komitmen untuk percutian ke Beijing, China baru-baru ini. Saya mahu membersihkan nama saya dan harap mereka selesaikan isu ini dengan memperjelaskan perkara sebenar. Sebenarnya, saya tak tandatangan kontrak dengan mereka dan hanya berbincang secara verbal dan melalui emel saja mengenai projek ini. Saya mengenali rapat tuan punya agensi kerana kami kawan dan saya sendiri yang mengutarakan kepadanya mengenai projek ini. Namun, selepas mendapat persetujuan, projek ini beralih dari satu tangan ke tangan yang lain sekaligus perbincangan mengenai harga jadi tidak masuk akal sama sekali. Akhirnya, mereka sendiri yang membatalkan projek ini juga secara verbal serta emel. Kita berniaga dan jika orang tak menghargai, tak apalah. Saya malas nak layan isu ini sebab banyak lagi benda yang saya nak fikir. Bagi saya, mereka lepas tangan dan saya akan mengadakan satu sidang akhbar untuk menerangkan lebih jelas mengenai hal ini. InsyaAllah, pada 12 Mac ini saya akan melancarkan kelab peminat saya dan saya akan menjelaskan kesemuanya pada waktu itu. Jika ada masa, saya juga mahu bersemuka dengan pihak agensi tersebut," ujar Didie mengakhiri perbualan. |
Suami <b>Didie Alias</b> terkena gangguan sihir? | Corat Coret Pink Ummi Posted: 12 Dec 2012 09:53 PM PST PETALING JAYA: Suami kepada pelakon Didie Alias iaitu Norisham Ismail mengalami penyakit misteri selepas pulang menjalani program Fear Factor Selebriti Malaysia terbitan Astro di Cape Town, Afrika Selatan, baru-baru ini. Didie berkata, suaminya mengalami masalah pedih hulu hati, sesak nafas dan berpeluh sehingga menyebabkan terpaksa ditahan di hospital beberapa kali untuk pemeriksaan lanjut selepas seminggu pulang dari negara tersebut. "Risau juga dibuatnya. Dah banyak kali suami keluar masuk wad tetapi doktor hanya mengesahkan dia mungkin mengalami penyakit gastrik yang teruk. "Keadaan itu dikatakan berpunca daripada cara pemakanannya yang tidak sesuai sepanjang dua minggu berada di Cape Town. "Berdasarkan apa yang doktor cakap memang ada betulnya sebab dia hilang selera makan apabila berada di sana kerana ketiadaan masakan Melayu," katanya yang dihubungi mStar Online di sini pada Rabu. Bagaimanapun tambah Didie, akibat penyakit yang masih lagi belum pulih itu, suaminya telah pulang ke kampung halamannya di Kampung Nuri, Negeri Sembilan untuk menjalani rawatan perubatan secara tradidional. "Alhamdulillah, sepanjang hampir dua minggu berada di kampung, keadaannya semakin pulih. Kami ikhtiar cara tradisional pula selepas pihak doktor turut memberi nasihat sedemikian. "Sejak suami berada di kampung, keadaannya tidak seperti dahulu. Mungkin kerana di kampung dia mendapat udara bersih dan pemakanannya turut dijaga rapi, jadi dia pun semakin sihat," tuturnya. Sementara itu Didie menyifatkan penyakit suaminya itu bukan berpunca daripada gangguan sihir memandangkan mereka tidak pernah bermusuh dengan sesiapa. "Nak cakap penyakit misteri, memang misteri pun, kerana penyakit gastrik seperti yang doktor sahkan itu tidak pulih seperti orang yang biasa selalu kena. "Tetapi saya tak anggap dia kena buatan orang. Mungkin di kampung, suami dijaga dengan baik selain mendapat udara segar dan boleh bersenam serta mampu makan sebanyak lima kali sehari," selorohnya yang akan membawa pulang Norisham ke Kuala Lumpur pada Jumaat ini. Selain pasangan itu, seramai 30 selebriti (dibahagikan kepada 15 kumpulan) menyertaiFear Factor Selebriti Malaysia antaranya Zoey, Dafi, Jehan Miskin, Kaka, Elfira Loy, Hairul Azreen, Farish Aziz, Azam Pitt, Gambit Saifullah, Ezlynn, Mejar Dr Faiz, Zawen Anwar, Hafizul (On Air) dan Johan As'ari. |
You are subscribed to email updates from Didie Alias - Google Blog Search To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan