Nuffnang

Khamis, 14 Mac 2013

siti nordiana - Google Blog Search

siti nordiana - Google Blog Search


<b>siti nordiana</b> tertekan kerana imej dikritik - ammboi dot com

Posted: 25 Sep 2012 08:00 PM PDT

Siti Nordiana Tertekan Kerana Imej Dikritik | Bekas isteri kepada pelakon Faizal Yusop (Allahyarham) sebelum bercerai pada tahun 2009 ini mengakui tertekan kerana imejnya sering dikritik. Namun itu perkara lama. Jelas Siti Nordiana, beliau mengakui pernah tertekan apabila imej dan cara pemakaiannya sering dijadikan bahan kritikan masyarakat termasuklah di media sejak bergelar penyanyi sekitar tahun 1999.

Oleh kerana hal itu membuatkan jiwanya memberontak dan berasa serba tidak kena dengan setiap penampilan yang ditonjolkan sehinggalah membuatkan dia tidak mahu menyertai acara hiburan kerana malu dengan imejnya itu.

"Dahulu, jiwa saya selalu memberontak setiap kali nak tampil di depan khalayak termasuklah ketika ingin membuat persembahan pentas. Risau dengan pandangan orang tentang baju yang dipakai. Tambah pula, saya bukan seorang yang seksi. Jadi apabila perlu bersaing dengan artis-artis lain untuk nampak 'hot' agak susah. Sehinggakan saya tidak ada keyakinan langsung dalam diri. Sampaikan, mana-mana majlis hiburan yang di undang, selagi boleh dielak, saya elak. Tapi, tidaklah untuk semua majlis, tengok pada keadaan," katanya dalam portal mStar Online.

Bagaimanapun perasaan itu sudah pun terhapus sejak dia mengenakan tudung pada November tahun lalu dan berasa lebih yakin dengan imej berkenaan yang lebih sopan. Malah, ibu beranak satu ini merasakan perubahan kepada imej bertudung membuatkan dirinya selesa dan tidak perlu terlalu memaksa diri untuk memikirkan pakaian apakah yang bersesuaian untuk ke acara-acara tertentu.

"Alhamdulillah, imej sebegini (bertudung) membuatkan saya lebih yakin daripada biasa kerana tidak perlu memikirkan kritikan yang bakal dilemparkan oleh khalayak, sebalik apa yang dipakai sekarang ini adalah untuk Allah. Dan sekarang ini, saya lebih berani berfesyen mengikut trend yang bersesuaian sebagai seorang muslimah," ujarnya yang gemar mengenakan pemakaian konsep colour blocking.

Selain itu, kerana minat yang semakin mendalam terhadap fesyen-fesyen muslimah, Nana turut memiliki sebuah perniagaan butik iaitu Ammara Collection yang terletak di Sendayan, Negeri Sembilan. Dalam pada itu, dia juga bakal membuka sebuah lagi cawangan butiknya di sekitar Damansara. Siti Nordiana mempunyai seorang anak lelaki tunggal iaitu Mohammad Ryyan Nakhaie yang kini berusia empat tahun.

" ); (function() { var nn = document.createElement('script'); nn.type = 'text/javascript'; nn.src = 'http://synad2.nuffnang.com.my/lr.js'; var s = document.getElementsByTagName('script')[0]; s.parentNode.insertBefore(nn, s.nextSibling); })();

CARIAN BERKAITAN

  • siti nurdiana 2012 (7)
  • siti nordiana seksi (4)
  • nana dan faizal (3)
  • butik dot edu di kuantan (2)
  • siti nurdiana (2)

Tags: , , , , ,

Category: HIBURAN

Tiada ulasan:

Catat Ulasan