Nuffnang

Khamis, 14 Mac 2013

Diana Amir - Google Blog Search

Diana Amir - Google Blog Search


Yatt Hamzah Jadi Penyanyi Nasyid Bersama <b>Diana Amir</b> - Djdanchef

Posted: 09 Mar 2013 01:36 AM PST

Yatt Hamzah jadi penyanyi nasyid bersama diana amir , noryn aziz

Lama djdanchef tak dengar khabar Yatt Hamzah. Terkini Yatt Hamzah sudah mula giat melakukan Nasyid Marhabban setelah penghijrahan dia untuk memakai tudung.

Yatt juga mengakui dia agak memilih watak untuk berlakon dalam sesebuah drama.

"Saya memang memilih watak. Tidak semua watak bertudung boleh saya ambil. Ada juga tidak sesuai dengan penghijrahan saya ini. Memang benar, selain berlakon, mengacara dan sering dijemput untuk mengadakan ceramah, Yatt juga sibuk menyanyi untuk nasyid marhaban. Saya sertai kumpulan tersebut bukan tujuan untuk mendapatkan show sebaliknya ia adalah minat Yatt sendiri."

"Pada kebiasaanya, Marhaban selalunya disertai generasi yang lebih senior. Jadi, apa salah Yatt ambil inisiatif ini dengan mengumpulkan artis muda yang telah berhijrah untuk turut sama," katanya


Kalau nak tahu bukan Yatt seorang sahaja kumpulan ini juga turut disertai oleh Noryn Aziz, Akma, Diana Amir, Siti Nurdiana dan Lufya.

"Persembahan pertama kami bersempena sambutan Maulidur Rasul di Putrajaya. Dari situ kami mulakan sehingga kami dijemput mengadakan persembahan dalam program Primadona di Astro Prima.

"Insya-Allah, kalau semuanya okay, kami akan buat album untuk Marhaban ini. Namun, ia bukan sekarang. Lagi pun, saya masih lagi sibuk dengan berlakon. Saya pun lebih memilih untuk berlakon." kata Yatt Hamzah.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan